MELBOURNE : Seorang wanita hamil dari Malaysia yang menelan 34 until kecil heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne pada Jumaat, dihukum penjara 14 bulan setelah mengaku bersalah mengimport heroin.
Akhbar The Age melaporkan,
Hakim Mahkamah Daerah Gabriele Cannon menyelar Norazlinda Ramli, 35, dari
Puchong, Selangor kerana sanggup membahayakan nyawa bayi yang dikandungnya
dengan berkata tindakannya menjadi penyeludup dadah
Kata hakim itu walaupun
Norazlinda, yang dijadual melahirkan bayi perempuan dan sudah diberi nama
‘Grace’ pada 15 Julai, berhasrat untuk tinggal bersama bayinya di dalam
penjara, tetapi perkara itu akan diputuskan pihak berkuasa berkenaan.
Norazlinda, yang dipercayai
menghadapi masalah kewangan, mengandung 12 minggu ketika menelan untilan dadah
berkenaan dan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Melbourne
pada 12 Februari.
Setelah ditahan para pegawai
kastam, dia mengeluarkan untilan yang mengandungi 83.1 gram heroin tulen dan
dianggarkan bernilai A$92,200 (RM298,101) di pasaran gelap.
Hakim Cannon berkata
Norazlinda mendakwa dia tidak menyedari untilan berkenaan mengandungi heroin.
Dalam keterangan kepada
polis, Norazlinda berkata dia didatangi seorang lelaki semasa bekerja di pusat
beli-belah di Subang Jaya dua minggu sebelum menaiki pesawat dan diberitahu
akan dibayar RM9,000 sekiranya dia menelan 80 until kecil dan pergi ke
Australia.
Bagaimanapun, kata wanita
ini, dia hanya dapat menelan 34 until.
Hakim Cannon berkata
Norazlinda menerima tawaran lelaki berkenaan kerana ingin menyara keluarganya.
Norazlinda mendirikan rumah
tangga dengan lelaki pilihan keluarganya ketika berusia 16 tahun dan mempunyai
lima anak. Anak lelakinya meninggal dunia ketika berusia tiga tahun kerana
masalah paru-paru tiga tahun lepas, manakala ibunya meninggal dunia akibat
kanser pada 2009.
Rumah tangganya hancur pada
2010 apabila suaminya mengalami masalah mental dan kembali tinggal dengan
keluarganya.
Berikutan itu, Norazlinda
bersama anak-anaknya yang berusia 8, 11, 16 dan 19 tahun, terpaksa tinggal
dengan bapa tirinya di sebuah pangsapuri tiga bilik.
Ketika bekerja di sebuah
kedai pakaian, dia menjalin hubungan dengan lelaki bernama Abdul Ramen yang
mengusahakan kedai runcit bersebelahan tempatnya bekerja.
Apabila hamil hasil
hubungannya dengan Ramen, Norazlinda mengalami masalah kewangan untuk
menanggung keluarganya dan ini mendorongnya bersetuju menelan untilan dadah
berkenaan dan pergi ke Australia.
Hakim Cannon berkata
Norazlinda boleh dikenakan hukuman maksimum 25 tahun penjara serta denda
A$550,00, tetapi beliau mengurangkan hukuman itu setelah mengambil kira
“masalah keluarga luar biasa yang dihadapinya.” (Bernama)
Hopefully this sort of drug smuggling will be stopped.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
If one of those capsules breaks while still in the body, the drugs will soon spread through the bloodstream and it could be lethal.
ReplyDeletedesakan hidup sering dijadikan alasan mereka dalam melakukan kegiatan ini.
ReplyDeleteMacam mana tidak sedar untilan tersebut mengandungi dadah/heroin. kalau saya pun, pasti tertanya2 kenapa perlu makan benda tu dan untuk tujuan apa. takkan dia tidak syak sesuatu, dengan hanya makan untilan tu boleh dapat sampai RM9, 000??sebelum ni pun kita sering juga dengar wanita yang jadi keldai dadah. Rasanya, apa yang ada di fikiran wanita tu cuma 'DUIT', langsung tidak fikir akibatnya.
ReplyDeleteTidak dapat bayangkan untuk menelan dadah2 ni semua.
ReplyDeleteKalau pecah tu boleh mati..
DeleteMemang tidak mustahil perkara sebegini berlaku. Jika terdesak pasti sanggup buat apa saja demi meneruskan kehidupan.
ReplyDeleteNi kerja gila...
ReplyDeletedia tidak tanya ka apa benda yang lelaki itu minta dia telan??
ReplyDeletesatu perkara lagi yang menarik perhatian saya ialah, bagaimana dia boleh lepas pemeriksaan di KLIA tapi ditahan di Melbourne?? pihak KLIA patut meningkatkan keberkesanan pemeriksaan mereka..
ReplyDelete