SERAH
KUNCI….Pemilik Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd Mr Yapp Su Hen menyerahkan kunci Bangunan Gereja tersebut
kepada seorang AJK Gereja sambil disaksikan oleh Masiung.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto: ISWADIMAN SHASMUDDIN (RTM)
AHLI Dewan Undangan Negeri Kuamut,
Masiung Banah menggesa rakyat di luar bandar agar rumah ibadat dijadikan
sebagai agen perpaduan untuk pelbagai kaum. Katanya, ini penting agar kekukuhan
adalah menjurus kepada keutuhan perpaduan dan kemakmuran untuk semua kaum luar
bandar khsusunya dalam DUN Kuamut terus terpelihara.
Masiung membuat gesaan
tersebut ekoran terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berusaha dan
sengaja untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dengan mengeluarkan pelbagai
sentimen supaya rakyat benci terhadap kerajaan yang sedia ada.
Beliau yakin rakyat di DUN
Kuamut bijak dan terus menjadikan rumah ibadat sebagai pusat sehenti dalam
memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.
Beliau berkata demikian
kepada media sejurus selepas merasmikan Bangunan Baru Gereja S-I-B Kampung Maliau dalam Mukim
Tongod di sini, kelmarin.
Masiung menambah bagunan
baru gereja tersebut di bina adalah bagi menggantikan bangunan lama yang telah
usang yang dibina dahulunya melalui tanggungjawab sosial Syarikat Teraju Hijau
Sdn Bhd; yang merupakan salah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk
membersihkan sisa balak di Pusat Agropolitan, Lalampas, Tongod.
Perlu dijelaskan kata
Masiung, walaupun pembinaan rumah ibadat itu mendapat sumbangan daripada sebuah
syarikat swasta, namun ia tidak bermakna kerajaan tidak komited dalam hal-hal
kebajikan dan hal ehwal agama dan pembangunan penduduk luar bandar.
Dalam pada itu, tambah
Masiung kerajaan yang didukung oleh rakyat, khususnya Barisan Nasional (BN)
sedang berusaha ke arah menyalurkan bekalan elektrik di samping menaik taraf
jalan-jalan raya dari Tongod hingga ke Pinangah.
Apabila siap kelak, Jelas
Masiung, ia akan memberi menfaat kepada lebih 20 ribu penduduk dalam DUN Kuamut
khasnya.
“Dari itu rakyat di kawasan
Kuamut dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh oleh dakyah-dakyah songsang
dan propaganda serta hasutan oleh parti pembangkang untuk memesong buah fikiran
rakyat supaya membenci kepada pucuk pimpinan kerajaan BN.
“Parti pembangkang hanya
pandai bercakap memutar belitkan fakta. Apa sekalipun kerajaan buat, baik
kepada rakyat, tanpa mengira siapa mereka; malah sering dinafikan dan menidakkan
usaha-usaha murni kerajaan BN,"
tegasnya
Turut hadir pada Majlis itu
ialah pemilik Syarikat Teraju Hijau Sdn Bhd Yapp Su Hen dan para Jawatankuasa
SIB Kampung Entilibon, Tongod.
No comments:
Post a Comment