Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
PETALING JAYA : PKR melihat,
kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji
selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti Perdana Menteri itu
menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.
Rafizi menjelaskan,
berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu “bread and butter”
menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.
“Hasik kaji selidik Merdeka
Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu
terhadap perdana menteri.
“Saya berpendapat, isu bread
and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP,
(Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka
cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik ... tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak
merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika sidang media
di Ibu Pejabat PKR di sini.
Selain itu, Rafizi juga
turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara
yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan Nasional (BN) juga
tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut.
“Saya mempersoalkan penemuan
ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara
terbuka.
“Tetapi situasi politik
sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center,” katanya.
“Kalau benar BN dan Najib
begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan,” tambahnya lagi.
Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat
sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya,
perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai “presiden” dan
berkempen secara individu.
“Kami sangat gembira dengan
keputusan kaji selidik Merdeka Center ... kalau saya Najib, parti sudah
sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib
berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.
“Ia bukannya semangat
berkumpulan, bukan team effort, tapi
personal strenght,” kata Rafizi lagi dan menambah,”PRU ini mungkin 50-50,
(persaingan antara BN dan PR).”
Kaji selidik yang dijalankan
Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak
menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap
kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan
penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu.
Kaji selidik yang dijalankan
terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap
prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada
79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.
Namun bagi pengundi Cina,
penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus
Jun lalu.
Penerimaan terhadap Najib
berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka
Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan
bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.
Bagaimanapun, kedudukan
stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap
kerajaan pimpinannya.
Kaji selidik itu mendapati
pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka
“gembira” dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.
Kaji selidik itu berkata,
penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65
peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012.
No comments:
Post a Comment