Tuesday, 28 August 2012

KRITIK PEMIMPIN SATU DOSA BESAR BAGI PAS





Oleh : MOHD NASRI ZAKARIAH

GOPENG :  Tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengutuk Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung hukum hudud dan negara Islam telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan parasit Pas yang bertuankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parasit Pas itu merasakan kelantangan Nasharudin berhubung isu berkenaan boleh membantutkan usaha untuk merealisasikan cita-cita Anwar untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Mereka berpendapat, kelantangan suara Nasharudin itu boleh menyebabkan sokongan terhadap pakatan pembangkang berbelah bagi terutama di kalangan pengundi atas pagar yang terdiri daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, berikutan perkara itu parasit Pas merasa kurang senang dengan apa yang berlaku dan berharap Nasharudin dikenakan tindakan segera termasuk memecatkannya seperti apa yang berlaku kepada bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali.

“Kehadiran Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Mekah bertemu dengan ulama Arab Saudi baru-baru ini menyebabkan parasit Pas rasa tidak senang dan menjadikan perkara itu sebagai satu isu besar.

“Mereka melihat kehadiran itu lebih menjurus ke arah politik walaupun perkara itu dinafikan oleh Ustaz Nasha, menurutnya kehadirannya bersama Perdana Menteri adalah untuk membincangkan mengenai agama Islam termasuk nasib masyarakat Roghiya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, parasit Pas amat berharap supaya tindakan segera perlu diambil terhadap Nasharudin kerana mereka merasakan jika dibiarkan boleh menimbulkan masalah besar di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang.

“Kalau boleh mereka mahu Ustaz Nasha dipecat segera, perbalahan itu bukan sahaja membabitkan dengan Karpal Singh, malah turut membabitkan pemimpin lain dalam pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR, ini yang merimaskan golongan berkenaan.

“Bagi mereka, apa yang berlaku itu menunjukkan tiadanya persefahaman di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang sedangkan tarikh pilihan raya semakin hampir, jika ini dibiarkan cita-cita golongan berkenaan tidak akan tercapai,” katanya.

Hamidah berkata, selagi Nasharudin terus berada dalam Pas, golongan berkenaan tetap tidak akan senang duduk kerana mereka melihat kehadiran Nasharudin sebagai `duri dalam daging` bagi merealisasikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. (MediaUMNO)

No comments:

Post a Comment