Oleh : WAN HAFIZ WAN HAMZAH
KUALA LUMPUR : Kenyataan
yang bercanggah antara sama satu lain yang diberi oleh kepimpinan Pakatan
Pembangkang, Tian Chua, Nurul Izzah dan Anwar sendiri dalam menghadapi isu jet
peribadi mewah yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu, bukanlah satu perkara yang pelik dan
menghairankan.
Menurut bekas Ketua
Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berdasarkan pengalamannya ketika bersama parti
tersebut selama lebih lima tahun, jawapan yang bercanggah seperti ini dalam
kepimpinan Pakatan Pembangkang, khususnya PKR merupakan satu perkara biasa.
“Perkara ini senang saja
untuk kita nilai. Sekiranya adanya dua tiga jawapan yang berlainan dari pucuk
kepimpinan Pakatan Pembangkang tentang sesuatu isu, sudah terang lagi bersuluh
ini bermakna ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
“Inilah budaya pembohong itu
sudah jadi asam garam dan makanan bagi mereka. Apabila ada satu-satu isu yang
timbul, Anwar selalu ingatkan para pemimpinnya agar menafikan dulu perkara itu,
kemudian baru kita fikirkan bagaimana untuk mencari alasan dan jawaban yang
munasabah untuk menjelaskan isu-isu tersebut,” tegas beliau kepada UMNO-Online
di sini hari ini.
Tambahnya lagi, sebagai
contoh, satu peristiwa yang berlaku
kepada YB Zulkifli Nordin ketika terlibat menyoal siasat saksi-saksi dalam kes
Altantuya dulu, melaporkan kepada Anwar bahawa tidak ada sebarang hujah dan keterangan dari saksi-saksi tersebut yang
boleh mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes tersebut.
“Namun, apabila perkara ini
dibawakan oleh YB Zul kepada beliau, Anwar ternyata memberikan arahan kepada YB
Zul, kalau takda bukti, cipta bukti! Ini membuktikan bahawa bagi saya Anwar
sebenarnya adalah pengamal dan penganut kepada falsafah teori Machiaevelli
iaitu matlamat menghalalkan cara. Jadi untuk mencapai matlamatnya menjadi
Perdana Menteri, maka segala cara dihalalkan untuk mencapai matlamat tersebut,”
jelas beliau.
Justeru itu, beliau meminta
agar semua rakyat, terutamanya ahli-ahli PKR agar membuka mata dan jangan terus
ditipu dan tertipu dengan hujah-hujah pemimpin mereka yang cakap tidak serupa
bikin.
“Zaman pemimpin mengatakan
jangan lihat apa yang saya buat tapi dengar dan ikut apa yang saya kata, zaman
kepimpinan seperti itu sudah berlalu. Zaman sekarang ini adalah zaman yang di
mana rakyat mahu melihat apa yang pemimpin buat, barulah nak dengar, percaya
dan ikut apa yang pemimpin itu suruh. Kita mahu kepimpinan melalui tauladan,
dan bukannya kepimpinan yang cakap tidak serupa bikin,” akhiri beliau. (MediaUMNO)
Pakatan Rakyat = Protest Rally ,Promises Ridiculously , Populist Romantically ,Plain Ruthless, Play Racial , Political Rhetoric , People Rebel just to accomplish Pas Reality to be Putrajaya Robber that end up the Public Rebel will happen because it will just end up with People Regret. Don't be misled by these opportunists!
ReplyDeleteWow, what a major breakdown of PR. Great job.
Deleterakyat perlu menilai dengan bijak dan tidak mudah dipengaruhi.
DeleteKenapa perlu ada percanggahan dalam parti? Nampak sangat yang mana penipuan tidak menjadi.
ReplyDeleteLook what happened btween PKR and DAP now.
DeleteKita dapat lihat juga sekarang akan perkara ini. Pembangkang sering membohongi rakyat dengan pelbagai cerita yang bukan-bukan.
ReplyDeletebanyak isu yang mereka mainkan adalah bermotifkan politik.
DeleteThe oppositions are splitting up now. This is the truth!
ReplyDeletePR is full of liars and betrayers. We all can figure it out.
ReplyDeleteLet them be the crocodile eat another crocodiles.
ReplyDeletepembangkang sejak dulu mmg byk berbohong.
ReplyDeletejgnlah percaya pada pembangkang.
ReplyDeletepihak yang suka berbohong tidak patut disokong.
ReplyDeleteBelum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.
ReplyDeleteKita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.
ReplyDeleteSenario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.
ReplyDeleteAnwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza. Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.
ReplyDeleteKata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan.
ReplyDeleteKos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.
ReplyDeleteJika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR. Dan begitulah seterusnya, sepatutnya.
ReplyDeleteJika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya. Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros. Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut. Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.
ReplyDeleteBegitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah. Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya. Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan.
ReplyDeletekenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR? Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula.
ReplyDelete