Oleh : ABDUL
RAHIM SABRI
KEPUTUSAN pilihan raya
kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini digantung ekoran masalah
teknikal.
Jurucakap universiti
memberitahu Malaysiakini, keputusan itu diambil ekoran jumlah undi direkodkan
melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.
Perkara itu, katanya akan
dirujuk kepada Dewan Senat UIA.
Menurut jurucakap UIA juga, jawatankuasa
pemilihan kampus akan mencadangkan supaya diadakan pilihan raya semula secara
manual dalam tempoh seminggu.
Sekarang ini universiti itu
menggunakan pengundian elektronik (e-undi).
Jika cadangan itu diterima,
ini bermakna UIA menjadi universiti pertama di negara ini menjalankan semula
pilihan raya kampusnya.
Jika tiada masalah,
keputusan pengundian di universiti itu sepatutnya sudah diumumkan
selewat-lewatnya jam 8 malam tadi.
Sebanyak 31 kerusi
dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.
Tahun lalu kumpulan
Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 26 kerusi.
Sementara itu, dalam
kenyataan kepada Malaysiakini sebentar tadi, jawatankuasa itu memohon maaf
terhadap kesulitan yang dihadapi.
Jawatankuasa itu juga
menegaskan prosesnya berjalan lancar tanpa campur tangan luar dan parti
politik. (MKINI)
No comments:
Post a Comment