Wednesday, 26 September 2012

MAT JENIN AKAN GAGALKAN BN DI SEPANGGAR?




Saudara Pengarang,

KEMUNCULAN Waris Mat Jenin di Sabah, seperti Parti Bersatu Sabah dan Gerakan yang masing-masing memasang angan-angan untuk mendapatkan 'hak atau royalti' bagi mewakili BN di kerusi Parlimen Sepanggar dan DUN Likas; menjadikan politik Sabah mula membahang apabila masing-masinmg mula melancarkan perang dingin.

Tanpa angin, tanpa ribut, Pengerusi Gerakan Sabah, Datuk Gordon Leong, menadah tempurung meminta sedekah daripada Pengerusi BN agar DUN Likas diberikan kepada Gerakan yang belum mendapat peruntukan kerusi yang sebelum ini dipinjam daripada SAPP dan LDP.

Seperti burung terbang dipipiskan lada, Gordon yang kepingin bertanding di DUN Likas kerana boleh 'Menang Mudah' disebabkan mempunyai banyak 'Fixed Deposit' mungkin terpaksa bersaing dengan LDP yang juga meminati kerusi berkenaan.

Sementara itu, PBS menerusi Presidennya, Datuk Pairin Kitingan juga meniupkan semboyan perang mereka dengan mendakwa bahawa mereka mengidamkan kerusi Parlimen Sepanggar yang telah lama diintai PBRS tetapi telah lama dijaga dengan baik oleh UMNO melalui Ketua Bahagiannya, Jumat Idris sejak empat tahun lalu; setelah SAPP keluar BN.

Ramai pemerhati politik membidas sikap kurang ajar Gerakan yang berperangai seperti 'Umang-Umang' (Hermit Crab) iaitu suka merampas 'perumah atau sarang'; tanpa usaha gigih menjaga sesuatu kawasan.

Begitu juga dengan PBS yang tidak pandai sedar diri kerana Sepanggar adalah kawasan Majoriti Islam. Jika kerusi Sepanggar ditandingi PBS, maka sudah pastinya Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun akan menang mudah sekalipun PBS meletakkan adiknya, William Majimbun menentang Pakatan Rakyat.

Walaupun Parlimen Sepanggar diperkukuhkan oleh dua DUN iaitu Karambunai dan Inanam yang masing-masing diwakili Jainab Ahmad (UMNO) dan 'Kuda Tua' yang hampir tewas pada PRU-2008, Johnny Goh (PBS).

Jika bukan kerana Calon DAP, Jeffery kumin  dan Calon PKR  Daniel John Jambun berhantuk kepala sesama sendiri, nescaya sudah lama PBS berkubur tanpa nisan atau keranda di Inanam; malah sudah pastinya Johnny akan jadi 'Nasi Ayam' pada PRU-13.

Sehubungan itu, jika hasrat kedua Mat Jenin ini dimakbulkan Najib atau Musa Aman, maka penyokong Pakatan Rakyat bolehlah menempah lima ekor lembu untuk dikorbankan sebagai jamuan kemenangan mereka selepas PRU-13.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

14 comments:

  1. Several BN component parties are bidding for Sepanggar seat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keputusan tepat harus dilakukan..

      Delete
    2. pilih yang terbaik untuk dicalonkan di sana.

      Delete
  2. w/macamana pun, BN sabah tetap akan menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN pasti menang asalkan rakyat beri sokongan kepada BN dan BN pula terus jaga kebajikan rakyat.

      Delete
    2. BN lebih kukuh dan bersatu berbanding PR yang sering berpecah.

      Delete
  3. Cakap memang senang tapi kita tidak akan tahu selagi keputusan PRU belum diumumkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar pengundi tentukan parti mana yang mereka mahu sokong.

      Delete
  4. Parti BN akan memastikan pemberian kerusi dengan adil kepada semua calon yang benar-benar layak saja.

    ReplyDelete
  5. Kita mahu siapa pun calon yang dipilih nanti semua ahli haruslah menyokong. Ini untuk kebaikkan semua. Tidak perlu memberontak dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. BN akan tetap kukuh di Sabah.

    ReplyDelete
  7. pembangkang sibuk cakap pasal BN tapi mereka sendiri yang sebenarnya berpecah.

    ReplyDelete
  8. jika PBS dan gerakan dikatakan mat jenin, bagaimana pula dengan pembangkang sabah yang sehingga hari ini masih belum mencapai kata sepakat bagi mengadakan satu lawan satu dengan BN??

    ReplyDelete
  9. siapapun yang bertanding kerusi sepanggar, jika disenangi oleh rakyat, kenapa perlu dipertikaikan?

    ReplyDelete