Oleh : AMIRUL AZAM ZULKAFLI
PETALING JAYA: Kumpulan Pro
Aspirasi (Pro A) menguasai pemilihan Maljis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi
2012/2013 yang dijalankan semalam di universiti seluruh negara.
Pro A menang besar dalam
pilihan raya kampus di kebanyakan universiti. Antaranya, UPM, UUM, UPSI, UPNM,
UMP, UMS dan USM. Setakat ini, Pro A menguasai 12 universiti.
Bagaimanapun, keputusan di
UIAM terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat kerosakan teknikal pada sistem
e-undi.
Dekan Bahagian Hal Ehwal dan
Pembangunan Pelajar, Dr Akmal Khuzairy berkata, proses pengundian melalui
sistem e-undi yang digunakan semalam telah mengalami masalah teknikal untuk
membuat pengiraan jumlah pengundian.
Pilihan raya ulangan akan
berlangsung seminggu kemudian menggunakan sistem manual.
Pada Khamis lepas, Pro A
telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi),
UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Di UiTM pula, Aspirasi membolot kesemua
226 kerusi yang dipertandingkan.
Keputusan pilihan raya
kampus UKM memihak kepada kumpulan Pro M seperti yang dijangka kerana UKM
merupakan kubu kuat Pro M. Mereka menang
19 kerusi berbalas 7 untuk Pro A.
Keputusan rasmi Pilihan Raya
Kampus bagi Universiti Malaya juga ditangguh ekoran dua kerusi iaitu di Fakulti
Sains dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Pendidikan mendapat undi sama banyak.
Difahamkan, undian semula di
kedua-dua fakulti itu akan dibuat hari inj bagi menentukan keputusan rasmi.
Bagaimanapun, keputusan stakat semalam menyaksikan Pro M kampus itu mendahului
dengan kemenangan di 20 kerusi.
Kemenangan dijangka berpihak
kepada Pro M. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Naib Canselor UM, Tan Sri
Ghauth Jasmon pada Khamis.
tahniah atas kejayaan Pro Aspirasi memenangi Pilihanraya kampus.
ReplyDeletePro Aspirasi mendapat tempat di hati pengundi siswa dan siswi.
ReplyDeleteKekalutan semasa pengundian universiti dijalankan diharap tidak berlaku dalam PRU13.
ReplyDeletetahniah atas kemenangan.
ReplyDeletekebangkitan Pro-A di UM kali ini adalah manifestasi penolakan mereka terhadap gerak kerja politik kumpulan Pro-M yang dilihat sudah melampau batas dan semakin tersasar jauh dari matlamat utama yakni mendahulukan kebajikan pelajar.
ReplyDeletekekalahan teruk Pro-M di UPSI merupakan antara peristiwa manis untuk dikenang kerana pada tahun ini IPTA itu pernah dihimpit kontroversi apabila salah seorang pelajarnya, Adam Adli dan beberapa kuncunya telah terbabit dalam beberapa insiden yang memalukan nama baik UPSI.
ReplyDeleteBarangkali sukar untuk pimpinan parti-parti pembangkang menerima hakikat bahawa ideologi dan susur galur perjuangan mereka sudah semakin pudar dari perhatian ramai khususnya dikalangan para belia kita.
ReplyDeleteKeputusan PRK 2012 sebenarnya lebih dari mencukupi sebagai bukti sebahagian besar orang muda dan para belia sudah serik dan semakin jauh dari jangkauan dakyah pakatan pembangkang.
ReplyDelete