Oleh : NILE BOWIE
KETIKA Malaysia menghampiri
PRU13 yang sudah pastinya akan diadakan sebelum akhir Jun 2013, satu suasana
politik yang tegang serta perasaan menentu dirasai di seluruh negara.
Kepentingan PRU-13 ini tidak
dapat diperkatakan dengan sepenuhnya. Semasa Pilihanraya umum 2008, Barisan
Nasional yang memerintah, yang telah memegang kuasa pemerintahan secara
berterusan sejak negara itu mencapai kemerdekaan, telah melalui satu pengalaman
paling teruk dalam beberapa dekad.
Sementara pakatan
pembangkang, Pakatan Rakyat telah memenangi 82 kerusi parlimen. Buat pertama
kali Barisan Nasional yang memerintah telah kehilangan dua pertiga majoritinya,
jumlah yang diperlukan untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sementara itu, Amerika
Syarikat terus-menerus mempertingkatkan kehadiran ketenteraannya di kawasan
Pasifik, selaras dengan peralihan dasar strategiknya untuk menghala ke Asia
Timur. Para pemimpin Washington ingin melihat ketua-ketua kerajaan tunduk
kepadanya, yang akan bertindak untuk memajukan kepentingan Amerika di kawasan
ASEAN.
Keputusan pilihanraya akan
datang boleh menimbulkan satu peralihan penting terhadap dasar Negara Malaysia
mengenai hubungan luar negara, ekonomi serta hubungan dagang.
Sementara tuduhan rasuah dan
salah urus ekonomi menghalang keutuhan kerajaan pemerintahan Perdana Menteri
Najib Razak, organisasi asing yang bergabung dengan pertubuhan American Israel
Public Affairs Committee (AIPAC) dan dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat
telah menyumbang sokongan ke arah memperkukuhkan pengaruh dan status kumpulan
pembangkang di Malaysia, sebagai tambahan kepada kumpulan Bersih yang disifat
kontroversial pimpinan Ambiga Sreenevasan.
Mereka yang tidak bersetuju
dengan maklumat ini akan menganggap ini sebagai satu 'propaganda' Barisan
Nasional, namun kesahihan tuduhan yang dibuat di sini telah dibuktikan melalui
beberapa pendokumentasian dan boleh dilihat sebagai satu usaha kerajaan asing
untuk menjejaskan kebebasan proses pilitik Malaysia.
Pada 27 Jun 2011, pemimpin
kumpulan Bersih Ambiga Sreenevasan telah mengakui bahawa pertubuhan yang
dipimpinnya mendapat bantuan kewangan daripada dua organisasi persendirian di
Amerika:
"Ambiga admitted to
Bersih receiving some money from two US organisations — the National Democratic
Institute (NDI) and Open Society Institute (OSI) — for other projects, which
she stressed were unrelated to the July 9 march. [1]"
Walaupun bantuan tersebut
tidak kelihatan sebagai suatu yang mengancam, namun satu penelitian yang lebih
kritikal terhadap pertubuhan ini serta kumpulan yang bergabung dengannya
diperlukan.
George Soros, seorang
dermawan dan pembiaya, rakyat Amerika yang berasal dari Hungary telah
menubuhkan Open Society Institute pada 1993, dengan matlamat utamanya ialah
“mengukuhkan prinsip dan amalan persatuan terbuka terhadap rejim yang bersikap
authoritarian dan terhadap akibat-akibat negatif globalisasi,” dengan satu
penekanan terhadap negara-negara yang dalam peralihan dari fahaman komunis
selepas kejatuhan Soviet Union. [2]
Walaupun OSI telah
menekankan komitmennya kepada 'hak asasi manusia' dan 'transparensi' dengan menaja
secara besar-besaran kumpulan seperti Amnesty International dan Human Rights
Watch, Soros telah didapati bersalah
atas tuduhan melakukan dagangan dalaman (dagangan dirancang) pada tahun 2002 berhubung bank Société Générale di
Peranchis dan yang pelik ialah rayuanya ditolak oleh "European Court of
Human Rights." [3][4][5]
Walaupun Soros dilihat
sebagai kritikal terhadap fahaman kapitalis secara umum, namun dia telah banyak
mengaut keuntungan melalui urusan dagangan licik dalam banyak kejadian, yang
paling nyata berlaku pada tahun 1992 apabila dia meraih keuntungan yang
dianggar berjumlah US$1.1 billion dengan menjual wang sterling dalam kadar
rendah sedangkan kerajaan British belum bersedia menimbang kadar bunga sebelum
menurunkan nilai mata wang pound.
Mantan Setiausaha Negara
Amerika (Menteri Luar), Madeline Albright mempengerusi badan National Democratic
Institute (NDI), sebuah pertubuhan yang menyediakan pemerhati pemilihan dan
mempromosikan pembaharuan kerajaan, yang secara keseluruhan dilihat sebagai
satu usaha untuk memupuk satu sistem politik luar negara yang selaras dengan
kepentingan Amerika dengan membantu pelbagai kumpulan masyarakat awam dalam
membuat tekanan berpengaruh terhadap kerajaan asing.
Presiden NDI, Kenneth
Wollack bertindak sebagai Pengarah Legislatif kepada badan American Israel
Public Affairs Committee, yang dianggap sebagai satu pertubuhan pelobi Israel
yang terkemuka, satu pertubuhan yang mempengaruhi penggubalan undang-undang di
Amerika yang menekankan dasar agresif dan pandangan di pihak Israel. [6]
National Democratic
Institute merupakan salah satu daripada empat buah pertubuhan yang dibiayai
oleh National Endowment for Democracy (NED), selain daripada pertubuhan International
Republican Institute (IRI), Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise
(CIPE) dan pertubuhan American Center for International Labor Solidarity.
Pada tahun 1991, Alan
Weinstein, salah seorang pengasas pertubuhan National Endowment for Democracy
telah dipetik secara umum sebagai berkata;
“Kebanyakan daripada apa yang telah kita
(NED) buat telah dilaksanakan 25 tahun dahulu secara rahsia oleh CIA.” [7]
Pertubuhan National
Endowment for Democracy menerima pembiayaan sepenuhnya melalui satu peruntukan
tahunan dari Kongres Amerika Syarikat di bawah bajet agensi bantuan pembangunan
USAID, sebuah cabang di bawah Jabatan
Negara Amerika Syarikat. [8]
Walaupun NED menerima biaya
umum dari pembayar cukai AS, namun aktiviti empat badan institut di bawah
kawalannya tidak dilaporkan kepada Kongres dan membuat pergerakan kewangan
serta penerimanya yang akhir sukar dikenalpasti.
Walaupun pertubuhan itu
mengutamakan aktiviti 'mempromosikan demokrasi' dan 'memperkukuhkan masyarakat
umum' di seluruh dunia, namun sejarah telah membuktikan bahawa aktiviti
berkiasan ini telah digunakan di pelbagai negara untuk membiayai secara rahsia
pelbagai kuasa politik yang menentang kerajan mereka dan yang sehaluan dengan
kepentingan Amerika.
Seorang ahli sejarah bangsa
Amerika dan bekas kakitangan Jabatan Negara Amerika Syaikat bernama William
Blum telah menulis sebagai berikut:
"Kenyataan Prinsip dan
Matlamat NED yang diterima pada 1984 menekankan bahawa “Peruntukan Endowment
bolehlah digunakan untuk membiayai kempen calon-calon yang bertanding dalam
pemilihan jawatan umum."
Tetapi cara-cara bagi
memintas semangat arahan ini tidak sukar untuk dilakukan; sama seperti
pilihanraya Amerika, ada 'wang kasar' dan ada 'wang lembut'. Sebagaimana
diterangkan dalam bab 'Elections' dan 'Interventions', NED Berjaya
memanipulasikan pilihanraya di Nicaragua pada tahun 1990 dan Mongolia pada
tahun 1996; telah membantu merampas kerajaan yang dipilih melalui proses
demokrasi di Bulgaria pada tahun 1990 dan di Albania pada tahun 1991 dan 1992;
dan telah bekerja mengalahkan calon bagi Perdana Mentee di Slovakia pada tahun
2002 yang tidak diingini oleh Washington.
Dari 1999 hingga 2004, NED telah membiayai kumpulan
pembangkang kepada Presiden Hugo Chavez di Venezuela untuk menentang
pemerintahannya dan menyokong satu referandum to untuk menumbang beliau. [9]"
........Bersambung Ke Episod
II
(Nile
Bowie is a Kuala Lumpur-based American writer and photographer for the Centre
for Research on Globalization in Montreal, Canada. He explores issues of
terrorism, economics and geopolitics.)
Nota Kaki
[1] Bersih repudiates
foreign Christian funding claim, The Malaysian Insider, July 27, 2011
[2] A Global Alliance for
Open Society, Soros Foundation Network, 2001
[3] Report and financial
statements for the year ended 31 March 2010, Amnesty International, March 31,
2010 (Page 10)
[4] Partners, Human Rights
Watch, 2012
[5] Soros Loses Case Against
French Insider-Trading Conviction, Bloomberg, October 6, 2011
[6] Kenneth Wollack,
National Democratic Institute, 2011
[7] Democracy promotion:
America’s new regime change formula, Russia Today, November 23, 2010
[8] History, National
Endowment for Democracy, 2011
[9] Trojan Horse: The
National Endowment for Democracy, The International Endowment for Democracy,
2003
No comments:
Post a Comment