Monday, 29 October 2012

BN JANGKA MENANG LEBIH 140 KERUSI





YAKIN....Tengku Adnan melahirkan keyakinan bahawa parti pemerintah akan melakukan dengan baik seperti tahun 2008.

Oleh : JAHABAR SADIQ (TMI)

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjangkakan untuk memenangi lebih daripada 140 kerusi parlimen yang mereka perolehi dalam pilihan raya 2008 walaupun serangan dan ceramah oleh Pakatan Rakyat (PR) seringkali mendakwa mereka boleh merampas Putrajaya dalam pilihan raya akan datang yang mesti diadakan pada penghujung April 2013, kata sumber dalam kerajaan.

Bagaimanapun, ahli politik BN mengaku tujuh kerusi parlimen di Sarawak dan enam di Sabah terdedah untuk PR menangi tetapi kubu kuat mereka di kawasan luar bandar kekal kukuh.

Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri untuk dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Senario terburuk adalah hanya memenangi lebih 120 kerusi tetapi kami yakin mendapat seberapa banyak seperti yang kita lakukan pada tahun 2008 jika tidak lebih,” kata seorang pegawai kanan BN kepada The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa kiraan mereka belum mengambil kira kesan lain pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Januari depan di mana isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3, 000 sebulan akan mendapatkan bantuan one-off secara RM500 tunai.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan keyakinan bahawa parti pemerintah akan melakukan dengan baik seperti tahun 2008 dalam satu ceramah baru-baru ini dengan  Kelab Wartawan Asing Malaysia walaupun terdapat keresahan atas kerusi berisiko dalam 'deposit tetap' negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Difahamkan bahawa BN menjangkakan untuk kehilangan beberapa kerusi yang dipegang oleh empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan gabungan tersebut manakala sentimen pengundi bandar Cina di Sarawak boleh menyebabkan kerusi tersebut dirampas PR. Dalam pilihan raya 2008, DAP adalah parti komponen PR tunggal yang memenangi satu kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, pembangkang telah mempersoalkan keyakinan BN oleh kerana pakatan pemerintah itu sendiri menjangkakan untuk kehilangan lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya akan datang berbanding sebelum ini.

“Bagaimana BN akan menampung kekalahan di negeri simpanan tetap?” bertanya seorang ahli parlimen pembangkang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“BN tahu ia boleh kehilangan sehingga enam di Sabah dan tujuh di Sarawak tetapi ia berharap untuk menampungnya di tempat lain, terutama di semenanjung di mana sentimen kembali menyokong kerajaan, “kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider, dengan menambah program seperti BR1M mempunyai kesan positif ke atas pengundi.

BR1M bermula awal tahun ini dan kira-kira RM2 bilion telah dibelanjakan untuk lebih empat juta isi rumah. BR1M 2.0 juga termasuk one-off RM250 untuk orang yang belum berkahwin dan berumur di antara 21 dan 30 yang menjana pendapatan sehingga RM2,000.

Penganalisis berkata liputan yang berkembang akan termasuk 2.2 juta pengundi kali pertama dijangka membuang undi mereka dalam pilihan raya akan datang.

Kini, terdapat hanya lebih 13 juta pengundi di negara  yang mempunyai lebih 28 juta orang.

Ahli politik BN juga mengatakan bahawa mereka menjangka untuk mendapatkan kembali sokongan daripada masyarakat India, yang berjumlah 1.7 juta orang, oleh kerana gabungan pemerintah telah memenuhi permintaan kaum India serta menambah pelbagai pemberian kepada mereka.

Ramai orang India telah mempersalahkan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk kemiskinan kewangan mereka dan berpaling tadah daripada BN dalam PRU 2008. Samy Vellu juga kalah di kubu kuat beliau di Sungai Siput dalam pilihan raya itu.

“Masyarakat India menunjukkan lebih sokongan tetapi kita perlu bekerja lebih keras. Kami juga perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan sokongan Cina selain daripada yang lain,” pemimpin Umno berkata, menunjukkan bahawa pentadbiran Najib telah bekerja untuk memenuhi permintaan daripada semua komuniti dalam negara.

Ahli parlimen BN sedar bahawa kedudukan kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menurun hanya satu peratus kepada 64 peratus pada bulan Jun walaupun penarafan kelulusan kerajaan susut enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan utama dalam kepuasan datang daripada pengundi Melayu.

Mereka juga menegaskan bahawa populariti Najib tetap kukuh walaupun ceramah harian oleh ahli-ahli politik PR di seluruh negara yang mengkritik kerajaan dalam banyak isu.

“PR memegang empat negeri sekarang dan mereka semua keluar dengan ceramah dan blog mereka tetapi sokongan terhadap kami kekal,” tambah pemimpin Umno, yang enggan namanya disiarkan.

“Kami juga bekerja keras untuk mempertahankan dan menambah sokongan terutamanya dari golongan muda,” katanya.

Beliau berkata Najib, Menteri-menteri Kabinet dan ahli-ahli politik lain yang bercita-cita telah melawat semua kawasan dan juga telah menggunakan media sosial untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi dalam apa yang dijangka menjadi satu pertempuran sengit pilihan raya umum.

Mandat BN tamat pada April 2009 dan Najib mempunyai enam bulan untuk mengadakan pilihan raya.

21 comments:

  1. Peruntukan kerusi untuk PRU13 di kalangan parti komponen Barisan Nasional telah lama diselesaikan

    ReplyDelete
  2. Upko President Tan Sri Bernard Dompok berkata parti itu mengintai salah satu kerusi Parlimen SAPP kerana sokongan yang kuat untuk Upko di kerusi tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dompok also called on the party members and voters Kuala Penyu and Beaufort not to be swayed by the opposition's propaganda and promises that are meant to confuse and mislead them.

      Delete
  3. LDP Youth chief Chin Shu Ying proposed a “2-3-3-2″ age formula in selecting BN candidates in the coming 13th general election

    ReplyDelete
    Replies
    1. If we want to wrest back the seats we lost in the 12GE, BN must field more young new faces who are educated, high spirited and have the interest of the rakyat at heart. They must also have the capability to implement the Government’s transformation programme

      Delete
  4. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang.

    ReplyDelete
  5. Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

    ReplyDelete
  6. Najib turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

    ReplyDelete
  7. Najib bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

    ReplyDelete
  8. Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar-Najib

    ReplyDelete
  9. Najib berkata beliau serta barisan kepimpinan BN berkerja keras siang dan malam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekali gus memastikan kemenangan BN.

    ReplyDelete
  10. BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti-Najib

    ReplyDelete
  11. tidak mustahil BN boleh menang lebih 140 kerusi.

    ReplyDelete
  12. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Sesungguhnya Bajet 2013 adalah merupakan bajet yang terbesar dalam sejarah negeri Sabah. Rakyat perlu menghakimi dan menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan Barisan Nasional Sabah dibawah pimpinan Datuk Musa Aman yang sentiasa berhati-hati, berhemat dan telus dalam mengurus kewangan negeri Sabah.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete
  13. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Pada tahun 2001 Akaun Hasil Disatukan hanya berjumlah lebih kurang RM100 juta sahaja. Pada waktu itu, kerajaan tidak berupaya untuk membayar kenaikan gaji dan bayaran bonus kepada anggota perkhidmatan awam negeri sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun, dengan Pengurusan Bajet dan Pengurusan Hasil yang berhemat dan bijak, Akaun Hasil Disatukan telah meningkat dari tahun ke tahun dan semakin kukuh. Pada tahun 2011, Akaun Hasil Disatukan telah meningkat kepada RM3.3 bilion dan ini merupakan catatan tertinggi dalam sejarah kewangan negeri Sabah.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete
  14. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Kedudukan hasil pada awal tahun 2001 pula ialah sebanyak RM1.2 bilion sahaja. Hasil tahun 2011 telah meningkat empat kali ganda iaitu mencecah jumlah RM4.4 bilion. Untuk pengetahuan semua, jumlah hasil yang telah dikutip sejak tahun 2001 hingga tahun 2011 adalah berjumlah RM28.14 bilion.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete
  15. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Manakala bagi rekod perbelanjaan negeri pula, pada tahun 2001 jumlah perbelanjaan hanya berjumlah RM1.15 bilion sahaja. Sejak dari itu perbelanjaan negeri terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah RM4.36 bilion pada tahun 2011. Ini membawa jumlah keseluruhan Perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut sebanyak RM24.93 bilion. Walaupun dengan perbelanjaan yang meningkat setiap tahun, kerajaan negeri Sabah masih berjaya mengukuhkan Akaun Hasil Disatukan negeri melebihi RM3 bilion.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete
  16. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Rakyat sendiri boleh menilai prestasi dan kecemerlangan yang dihasilkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin dan peka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Tidak akan wujud Kerajaan ini jika tidak dengan sokongan dan dukungan rakyat. "Umpama air dicincang tidak akan putus, ibarat isi dengan kuku" – demikianlah dekatnya kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete
  17. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Namun kita sedar akan wujudnya dalang-dalang tertentu yang sentiasa menghasut, mengadu domba dan mengapi-apikan rakyat, supaya rakyat membenci dan memusuhi Kerajaan dengan membuat tuduhan, tohmahan, hasutan serta menabur fitnah. Niat jahat mereka ini termasuklah yang disebarkan menerusi media siber dengan tujuan untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete
  18. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Ini ditambah lagi dengan janji-janji manis pembangkang melalui pembentangan bajet mereka yang bercita-cita besar atau ‘ambitious’ kononnya Sabah akan menikmati kadar royalti minyak yang berlipat kali ganda serta pelbagai janji kosong yang mengasyikkan. Hakikatnya janji-janji populist itu bukan sahaja tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata umpama angan-angan Mat Jenin yang boleh memufliskan serta menghancurkan masa depan negeri dan negara, akibatnya rakyat juga yang akan sengsara dan menderita.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete
  19. Rakyat perlu menilai secara jujur dan ikhlas kemampuan dan prestasi Kerajaan BN Sabah

    BERDASARKAN PRESTASI CEMERLANG PENTADBIRAN KERAJAAN BN, SABAH AKAN KEKAL MENJADI KUBU KUAT BN

    Kerajaan Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak berani berjanji kepada rakyat jika kerajaan tidak mempunyai kesanggupan atau kemampuan untuk menunaikan janji. Lagi pun, apa guna berjanji jika tidak boleh ditepati? Kerajaan BN berjanji berdasarkan keupayaan dan pertanggungjawaban. Walhal pembangkang berjanji hanya untuk menyedapkan telinga rakyat sedangkan janji mereka adalah janji palsu yang sebenarnya mustahil untuk dipenuhi.

    RAKYAT PERLU BIJAK MENILAI PRESTASI PARTI, BUKANNYA UNGKAPAN JANJI2 MANIS PARTI

    ReplyDelete