PENGERUSI Parti KeADILan
Sabah, Ahmad Thamrin Jaini mendesak pihak berkuasa menyiasat sama ada berlaku
kegiatan penggubahan wang haram dalam kes derma RM40 juta kepada UMNO bagi
Skandal Hong Kong.
Siasatan ini perlu setelah
Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, merangkap Pengerusi Gerakan
APS mendakwa bahawa wang RM40 juta itu dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi
seorang pemimpin Umno dan mengesahkan berkemungkinan besar menyalahi Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act 2001-Akta 613)
PKR memang telah lama
mengumpulkan bukti dan maklumat bagi membolehkan satu laporan dibuat kepada
Bank Negara Malaysia di bawah Akta 613 untuk menyiasat pemindahan wang
tersebut.
Apatah lagi apabila
pemindahan wang tersebut dipercayai membabitkan hasil dari kegiatan pembalakan
yang mempunyai unsur rasuah sehingga ia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Hong Kong (ICAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
PKR Sabah melalui Angkatan
Muda KeADILan Sabah dan Jingga 13 telah menghantar memorandum kepada Bank
Negara (BNM) cawangan Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis 25 Oktober 2012, jam 11
pagi agar satu siasatan dijalankan berdasarkan bukti-bukti berikut:
01. Sesebuah institusi
kewangan perlu melaporkan segera kepada Bank Negara Malaysia sekiranya sebarang
pegawai atau kakitangannya mengesyaki bahawa satu pemindahan wang adalah
bersabit kegiatan haram atau hasil dari kegiatan haram – Seksyen 14, Akta 613.
BUKTI:
-Kenyataan Dato’ Seri Nazri
Aziz bahawa wang RM40 juta dibekukan oleh pihak berkuasa di Hong Kong secara
jelas menunjukkan bahawa ada asas untuk mengesyaki wang tersebut berpunca dari
kegiatan haram. Sebarang pemindahan dari akaun yang dibekukan kerana disyaki
mestilah turut disyaki oleh bank Malaysia yang menerimanya, maka peruntukan
Akta 613 mewajibkan bank tersebut melaporkan segera kepada Bank Negara Malaysia
-Kenyataan Bumburing bahawa
wang RM40 juta itu dipindahkan ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin Umno
sepatutnya secara serta merta menimbulkan syak wasangka di pihak bank Malaysia
yang menerima kerana pendapatan dan kekayaan seorang ahli politik di Malaysia
tidaklah seberapa. Sebarang pemindahan wang dalam jumlah yang besar sebegitu ke
dalam akaun seorang ahli politik secara serta merta menimbulkan syak wasangka,
seperti diperuntukkan Akta 613.
02. Sesebuah Institusi Kewangan
wajib mengambil semua langkah-langkah yang perlu untuk menjejaki identiti
sebenar pemilik wang yang dipindahkan, lebih-lebih lagi di dalam kes yang
melibatkan seorang pemegang akaun yang tidak mempunyai sebarang aktiviti
perniagaan, kewangan atau industri dari negara asal wang yang dipindahkan –
Seksyen 16 (3), Akta 613;
BUKTI:
-Kenyataan Dato’ Seri Nazri
Aziz bahawa wang RM40 juta adalah milik Umno dan keterangan Dato’ Seri Wilfred
Bumburing bahawa wang tersebut dipindahkan ke akaun peribadi seorang pemimpin
Umno adalah salah satu contoh salahlaku yang perlu dilaporkan di bawah Seksyen
16(3), Akta 613.
-Akta 613 mewajibkan bank
menyiasat latar belakang individu yang terlibat dan sekiranya pemindahan wang
yang besar tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan yang dimiliki di
luar negara, ia asas yang kukuh untuk melaporkan kepada Bank Negara Malaysia
agar siasatan dapat dimulakan.
PKR percaya Bank Negara
Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk memulakan siasatan dan kuasa yang
meluas untuk menyiasat individu-individu terbabit. Kebebasan Bank Negara
Malaysia menyiasat kes ini akan diikuti rapat oleh masyarakat dalam dan luar
negara kerana ia bakal membayangkan integritinya.
No comments:
Post a Comment