Oleh : AKHBAR SATAR
CADANGAN agar sebuah
Suruhanjaya Perkhidmatan baru diwujudkan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan menaik taraf Ketua Pesuruhjaya sebagai jawatan berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan
Hakim untuk memastikan kebebasan dan ketelusan adalah baik.
Cadangan ini memberi lebih
kuasa kepada badan bebas berkenaan dalam membuat keputusan tanpa campur tangan
mana-mana pihak dalam usaha meletakkan badan itu benar-benar bebas dan telus,
sekali gus menangkis pandangan negatif dan persepsi rakyat terhadap SPRM.
Penubuhan Suruhanjaya
Perkhidmatan sendiri adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu semua pimpinan SPRM.
Ia membolehkan badan pemantau antirasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas
pegawainya, termasuk semua proses pelantikan dan pemecatan pegawai tidak lagi
dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
SPRM amat memerlukan sebuah
badan khusus dalam pemilihan anggota, berdasarkan kualiti dan kredibiliti calon
bagi melaksanakan tugas yang memerlukan kepakaran tertentu untuk memperkasakan
aspek pencegahan rasuah di negara ini. Jika ia dapat dilaksanakan, maka ramai
golongan profesional negara yang ingin berkhidmat dengan SPRM akan dapat
berbuat demikian secara lebih mudah dan efisien serta dapat mengurangkan
kerenah birokrasi.
Ini bukan bermakna SPRM akan
mengambil pegawai dengan sewenang-wenangnya, tetapi SPRM akan menggunakan
kaedah menemuduga yang lebih sesuai dan calon perlu menduduki ujian tertentu.
Oleh kerana bilangan pengambilan pegawainya sedikit, mungkin tidak menjejaskan
dasar pasaran buruh kerajaan.
Beberapa bulan lalu, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan ketika merasmikan Program Pegawai
Integriti Bertauliah, membayangkan bahawa beliau bersetuju menubuhkan sebuah
Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh Lembaga
Penasihat SPRM, cuma isu ini perlu dibuat pindaan perlembagaan selepas Pilihan
Raya Umum Ke-13.
Naik Status Seperti Kuasa
Hakim
Pelantikan Ketua Pesuruhjaya
SPRM kini dilakukan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Banyak
pihak berpendapat bahawa secara logik beliau boleh dipengaruhi atau dipecat
sama ada disebabkan tekanan politik atau kerana sebab lain. Oleh itu,
sesetengah pihak mendakwa bahawa SPRM masih tidak benar-benar telus dan bebas.
Pada pendapat penulis memang
baik, sekiranya Pesuruhjaya SPRM itu dinaikkan statusnya, sama seperti kuasa
hakim yang tidak membenarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya memecat atau
melucutkan jawatannya tanpa melalui proses tribunal. Tetapi kita perlu ingat bahawa
sebuah negara masih diperintah oleh parti politik yang memenangi pilihan raya
dan beliau sedikit sebanyak terpaksa akur kepada arahan kerajaan.
Apatah lagi jika Pesuruhjaya
adalah seorang penjawat awam, tindakan yang tidak popular boleh menjejaskan masa
depan dalam perkhidmatannya melainkan beliau menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan tegas dan berani menghadapi sebarang risiko. Oleh itu, penulis
berpendapat kemungkinan besar Ketua Pesuruhjaya SPRM masih tidak mempunyai
jaminan untuk menjalankan tugas dengan bebas dan tenteram.
Sementara itu Bajet 2013,
SPRM menerima peruntukan sebanyak RM276 juta dan meluluskan sebanyak 150
perjawatan tambahan setiap tahun sehingga mencapai jumlah 5,000 anggota yang
disasarkan. Walaupun peruntukan ini masih kecil, ia adalah pelaburan berbaloi
untuk mewujudkan masyarakat yang bersih daripada gejala rasuah.
Perlu Aspek Integriti,
Akauntabiliti
Dalam hal peruntukan ini,
penulis berpendapat SPRM juga perlu diberi kuasa autonomi perbelanjaan kewangan
iaitu tanpa merujuk kepada Kementerian Kewangan untuk berbelanja. Peruntukan
agensi ini diperoleh terus daripada Parlimen dengan peratus kenaikan tetap
setiap tahun seperti yang diamalkan oleh ICAC Hong Kong. Ini disebabkan proses
membina agensi pencegahan rasuah yang teguh, dinamik dan viable bergantung
kepada kewangan yang stabil serta mengendalikan hal-hal kewangannya tanpa
banyak kerenah birokrasi.
Bagaimanapun SPRM perlu
menekankan aspek integriti, akauntabiliti dalam pengurusan kewangannya dan
pastikan ia disempurnakan dengan amanah dan penuh bertanggungjawab.
Menaikkan taraf Ketua
Pesuruhjaya tanpa mempunyai kuasa bebas untuk menggunakan peruntukan kewangan
akan menjejaskan kelancaran siasatan kes rasuah dan kelicinan agensi SPRM.
Perkara lebih buruk berlaku apabila SPRM menjalankan siasatan terhadap pegawai
atau agensi yang mempunyai kuasa menentu dan meluluskan peruntukan tahunannya,
sudah pasti sedikit sebanyak akan melambatkan proses meluluskan sesuatu
peruntukan.
Semua keadaan itu memerlukan
sumber kewangan yang mencukupi dan kuasa untuk membelanjakan peruntukan
kewangan tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak yang mempunyai
kepentingan. Malahan autonomi perbelanjaan kewangan ini boleh dianggap sebagai
satu instrumen penting yang boleh memacu SPRM ke arah sebuah agensi yang
benar-benar bebas dan telus.
Walau apapun pegawai SPRM
perlu berkerja keras, meningkatkan kualiti kertas siasatan, berdisiplin,
memperkasakan budaya integriti, memperbanyakkan latihan risikan, meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris, menggunakan teknologi dalam siasatan, menyiasat
secara adil, profesional dan demi negara berusaha memperbaiki kedudukan Indeks
Persepsi Rasuah (CPI) yang akan dikeluarkan oleh Transparency International
bulan depan. (Berita Harian Online)
setuju SPRM diberikan lebih kuasa autonomi untuk memastikan SPRM telus dan bebas..
ReplyDeleteSPRM perlu memastikan yang mana setiap masalah rasuah dapat diselesaikan.
Deletesuruhanjaya perkhidmatan SPRM harus diwujudkan dengan segera...
ReplyDeleteapa pun, usaha untuk memerangi rasuah harus berterusan.
DeleteCombating corruption is a national mission. Malaysians should not allow party politics to distract them from this mission, the success of which is critical for our very survival.
ReplyDeleteSince 2004, the Barisan Nasional federal government has also adopted a series of measures to curb corruption and to strengthen integrity
ReplyDeleteCreating a restructured Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) with greater autonomy and more powers reflected in the establishment of five oversight committees designed to ensure enforcement and action.
ReplyDeleteThe establishment of 14 special anti-corruption courts with the mandate to adjudicate all corruption cases within 12 months.
ReplyDeleteThe enactment of a Whistleblower Act which encourages disclosures of improper conduct and protects persons making such disclosures.
ReplyDeleteSPRM perlu betul-betul bebas barulah mereka dapat jalankan t/jawab dengan baik.
ReplyDeleteApapun saya yakin SPRM telah lakukan yang terbaik utk buktikan mereka mampu jalankan amanah yang diberikan.
ReplyDeleteSPRM harus terus berusaha untuk membanteras masalah rasuah.
ReplyDeleteselain itu, kerjasama dariapda setiap orang adalah penting untuk membasmi rasuah.
ReplyDelete