BURUK....Krisis
Rohingya di Myanmar dilaporkan bertambah buruk sejak pertengahan tahun ini.
YANGON : Ekoran rusuhan
berterusan sejak awal minggu lalu, yang menyebabkan lebih 800 premis musnah
dalam kebakaran manakala sekurang-kurangnya 80 maut, Pertubuhan Islam di
Myanmar membatalkan sambutan Aidiladha kali ini.
Tiada sebab diberikan oleh
Persatuan Islam Seluruh Myanmar berhubung keputusan mereka, lapor CNN.
Bagaimanapun difahamkan
keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sementara krisis di wilayah
barat bertambah buruk. Pertubuhan itu dianggotai oleh lima badan Islam utama di
Myanmar.
Rusuhan antara masyarakat
Buddha dan Muslim di negeri Rakhine bertambah buruk sejak awal minggu lalu
menyebabkan 800 rumah dan bangunan musnah dalam kebakaran. Setakat kelmarin 64
orang dilaporkan maut. Angka pihak berkuasa menunjukkan ia mencecah 80 orang.
Dalam pada itu, BBC
melaporkan bahawa Presiden Myanmar Thein Sein mengakui kemusnahan yang berlaku
ekoran rusuhan di barat negara tersebut.
"Ada insiden di mana
keseluruhan kawasan penempatan dan sebahagian bandar di negeri Rakhine bakar,”
kata jurucakap Presiden Myanmar, Zaw Htay dipetik BBC.
Kenyataan itu dikeluarkan
susulan pendedahan Human Rights Watch bahawa lebih 800 premis musnah di bandar
tepi pantai, Kyaukpyu.
Menurut badan hak asasi
manusia itu, kebanyakan yang menjadi sasaran ialah masyarakat Islam Rohingya.
Jurucakap itu berkata,
kerajaan Myanmar sedang mempertingkatkan tahap keselamatan di Rakhine, yang
dahulunya dikenali sebagai Arakan.
"Jika perlu kami akan
menghantar lebih ramai anggota polis dan tentera,” katanya.
Menurut maklumat kerajaan,
minggu lalu sahaja jumlah kematian telah mencecah 82 orang manakala 129 cedera
dan hampir 3,000 rumah telah musnah. (CNN)
No comments:
Post a Comment