ORANG kurang waras ataupun
orang kurang siuman semakin bertambah-tambah, bukan sahaja di sekitar Kota
Kinabalu, malah di pekan-pekan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Walaupun kebanyakan mereka
ini tidak begitu berbahaya, tetapi tetap juga menakutkan orang awam dengan cara
mereka berpakaian dan penampilan mereka yang sama sekali tidak terurus.
Hairannya, kebanyakan orang
kurang siuman ini adalah dari kalangan pendatang asing. Kadangkala orang kurang
siuman ini pandai pula meminta wang dari orang awam atau mereka akan duduk di
kedai-kedai kopi mahupun restoran untuk meminta makanan ataupun minuman.
Mereka juga akan duduk
berjam-jam dalam kedai kopi dan ini juga akan menganggu serta menjejas
pandangan dan perniagaan orang awam. Disebabkan penampilan mereka akan
membuatkan orang awam merasa takut untuk duduk bersama-sama dengan orang kurang
siuman ini.
Ada juga kelihatan mereka
ini yang tidur atau berehat di mana-mana sahaja sama ada di depan-depan kedai, tepi
pasar, taman-taman bunga ataupun di bangku-bangku yang tersedia di sekitar
bandaraya.
Pemandangan ini juga sangat
buruk dan menjejaskan kujungan para pelancong luar dan dalam negeri. Apakah
tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak keluarga mahupun kerajaan
negeri untuk menempatkan mereka-mereka ini di tempat yang sesuai atau yang
sepatutnya supaya kehidupan mereka ini akan lebih terjaga dan terurus dengan
lebih baik lagi? (DAP Media)
No comments:
Post a Comment