Oleh : MOHD FIRDAUS BIN MD
NOR
KOTA KINABALU : Seorang
kakitangan Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah terkejut apabila mendapati pintu dan
papan tanda pejabat berkenaan dibaling telur serta diconteng dengan perkataan
kesat awal pagi kelmarin.
Kejadian yang disedari
kira-kira jam 8.30 pagi itu ketika kakitangan tersebut ingin membuka
pejabatnya.
Ketua Pemuda PAS Sabah,
Lahirul Latigu percaya perbuatan membaling telur dan melemparkan kata-kata
kesat itu dilakukan sesetengah pihak yang kurang menyenangi tindakan PAS yang
agresif melawan kezaliman yang diperlakukan oleh pihak tertentu.
“Kita sendiri berasa kurang
selesa bila diperlakukan sebegini. Perbuatan ini langsung tidak menunjukkan
moral yang tinggi dikalangan individu mahupun parti yang terkesan akibat
tindakan agresif yang dilakukan oleh PAS sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada
satu kenyataan, kelmarin.
Bagaimanapun Lahirul
berkata, beliau tidak mengesyaki pihak yang terbabit dan tidak berhasrat untuk
melaporkan perbuatan berkenaan kepada pihak polis.
“Kali ini kita maafkan
mereka, supaya mereka benar-benar menginsafi bahawa perbuatan mereka ini adalah
yang tidak bermoral,” ujarnya.
Sementara itu, pejabat PAS Kawasan
Sepanggar turut dipecahkan cermin apabila dibaling objek keras awal pagi
kelmarin.
Kejadian yang mengejutkan
kakitangan pejabat berkenaan yang sedang tidur itu bagaimanapun tidak
mendatangkan kecederaan.
Ketua Pemuda PAS Kawasan
Sepanggar, Saifuddin Ahmad berkata, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku
setelah pejabat berkenaan beroperasi sejak dua tahun yang lalu.
Beliau berkata, wakilnya
telah membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra berhubung perkara
berkenaan.
No comments:
Post a Comment