Monday, 31 December 2012

72,592 PENDUDUK DAPAT BANTUAN






KASIH.....Kemesraan Azizah dan seorang pendudk di Kg Melampai Kuala Penyu menggambarkan ikatan kasih sayang pemimpin dan rakyat.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA PENYU : Seramai 72,592 penduduk negeri ini telah menerima pelbagai bantuan kebajikan sehingga Oktober tahun ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata, keadaan ini membuktikan kesungguhan dan usaha kerajaan melaksanakan program membela rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan seperti Skim Bantuan Orang Tua, Skim Bantuan Anak Yatim & Miskin, Bantuan Kanak-kanak, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Penjagaan OKU & Pesakit Kronik Terlantar danSkim Bantuan OKU Tidak Bekerja.

“Kita mampu bantu rakyat kerana kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi dan kita lebih beruntung kerana mempunyai pemimpin yang bijak mengurus kewangan negeri ini,” katanya sambil memberitahu bahawa Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah berjaya meningkatkan ekonomi negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Kepenggunaan dan Penyampaian Sumbangan Krismas di Kg Melampai di sini, kelmarin.

Program itu dianjurkan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Hadir sama, Ketua Daerah Kuala Penyu, OKK Raymond Insi, Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Beaufort, Rokiah Salleh; Pegawai JPKA Kuala Penyu, Aminah Antong; Pegawai KPDNKK Beaufort, Ali Akhbar; ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKKK dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia berkata kerajaan BN berkhidmat untuk semua penduduk tanpa mengira kaum dan di mana sahaja mereka berada.

"Kerajaan BN menjaga kebajikan semua rakyat, BN berkhidmat untuk semua tanpa mengira kaum. Prinsip kepimpinan dalam BN ialah kasih mengasihi antara satu sama lain, bantu membantu antara satu sama lain. Sudah menjadi tradisi masyarakat kita hidup dalam keaadaan yang harmoni sejak BN mentadbir negara ini dan inilah yang BN terus pertahankan demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Adun Klias itu juga berkata penduduk di sini boleh nampak perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui wakil rakyat BN.

“Justeru itu sayangilah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat, pemimpin yang berintegriti dan prihatin kepada semua rakyat rakyat.

“Dan apa yang lebih penting sekarang ialah kekalkan dan pastikan kemenangan BN di Parlimen Beaufort ini bagi memastikan akan lebih banyak lagi pembangunan akan di bawa ke Dun Kuala Penyu dan Dun Klias,” katanya.

24 comments:

  1. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) kerana rakyat semakin menyokong pelbagai program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  2. DPM menaruh keyakinan itu kerana berdasarkan analisa banyak pihak termasuk dalam dan luar negara telah mengesahkan bahawa kedudukan BN adalah jauh lebih kukuh kalau dibandingkan selepas pilihan raya umum 2008 (PRU 12).

    ReplyDelete
  3. Ini berdasarkan langkah-langkah yang telah pun diambil oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak selepas pilihan raya umum 2008 melalui transformasi politik dalam BN yang lebih inklusif

    ReplyDelete
  4. tiap-tiap parti komponen telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kekuatan parti masing-masing.

    ReplyDelete
  5. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, berdasarkan kepada keseluruhannya, pada pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah diadakan termasuk di Sabah yang terakhir diadakan pada 2012 rakyat telah menunjukkan sokongan yang padu sehingga mencapai kemenangan yang besar.

    ReplyDelete
  6. Umumnya penerimaan rakyat kepada BN bertambah baik kerana inisiatif Perdana Menteri, keduanya BN tiada perpecahan dalam kepimpinan parti masing-masing, kalau ada pun ia dapat diatasi dan diselesaikan

    ReplyDelete
  7. inisiatif yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang lebih besar ialah lebih fokus kepada gagasan 1Malaysia

    ReplyDelete
  8. Gagasan ini sudah serasi dengan rakyat dan rakyat sudah menerimanya melalui program transformasi ekonomi, transformasi kerajaan, transformasi politik dan transformasi luar bandar dan bentuk program-program yang telah dilaksanakan membantu setiap masyarakat seperti ‘touch point’ melalui belanjawan yang lalu di mana 115 perkara yang tersenarai untuk membantu setiap kelompok masyarakat

    ReplyDelete
  9. BN tidak ada perpecahan di kalangan masyarakat, soal perpaduan negara yang menjadi teras pembangunan nasional dapat kita perkukuhkan hubungan antara kaum walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mencetuskan semangat perkauman terutama yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang tetapi usaha ini dapat kita teruskan dan tidak berlaku perkara-perkara yang boleh menyebabkan perpecahan antara kaum, agama dan sebagainya

    ReplyDelete
  10. pencapaian yang agak luar biasa dari segi ekonomi negara menerusi program-program transformasi kerajaan.

    ReplyDelete
  11. hasil negara bertambah, pungutan cukai meningkat, ekonomi masih mampu berkembang lima peratus yang disahkan oleh presiden IMF dan lain-lain badan penganalisa di dunia.

    ReplyDelete
  12. byk bantuan kerajaan berikan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  13. segala bantuan diberikan amatlah dihargai

    ReplyDelete
  14. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10. Dalam Bajet 2013, peruntukan sebanyak RM202.12 juta disediakan untuk pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan dengan matlamat sasaran pensifaran miskin tegar dan pengurangan miskin relatif.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  15. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Dalam teks ucapan bajet tersebut, Datuk Musa Aman turut menekankan bahawa program-program pembasmian kemiskinan tegar seperti program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Ladang-Ladang PPRT, satu program usahasama kerajaan negeri dengan Kumpulan Sawit Kinabalu yang diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu telah menampakkan impak yang ketara dan kini sedang mengeluarkan hasil.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  16. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Peserta-peserta Ladang PPRT Tongod dan Ladang PPRT Kalabakan terdiri daripada 1,167 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) kini sedang menerima dividen masing masing bernilai RM400 sebulan yang merupakan tambahan kepada pendapatan bulanan mereka sekaligus membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan tegar.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  17. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    MESEJ Sungai Laba, Pulau Sebatik di daerah Tawau dan MESEJ Bunang 1 di daerah Keningau sudah mengeluarkan hasil sejak akhir tahun 2011. MESEJ Bunang 2 (Liawan) di Keningau; MESEJ Labang di Nabawan dan MESEJ Balat di Kinabatangan dijangka akan mengeluarkan hasil dalam masa terdekat.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  18. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Memandangkan keberkesanan MESEJ sebagai mekanisme pembangunan kesejahteraan rakyat khususnya Ketua Isi Rumah Miskin Tegar, kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada program tersebut. Pada tahun 2013, 4 buah MESEJ baru masing-masing di daerah Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut akan dilaksanakan sebagai tambahan kepada 44 buah MESEJ yang sedia ada di seluruh negeri Sabah.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  19. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Selain program-program pembasmian kemiskinan yang disebutkan tadi, kerajaan melalui Yayasan Usaha Maju (YUM), menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan miskin, mudah miskin dan miskin tegar yang sebahagian besarnya melibatkan golongan wanita.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  20. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Kemudahan pinjaman diberikan untuk menjalankan aktiviti keusahawanan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan, perniagaan jual beli, pemprosesan, pertukangan, jahit menjahit dan perkhidmatan.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  21. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Sehingga kini, YUM telah mengeluarkan pinjaman kepada seramai 22,861 orang peminjam wanita termasuk ibu tunggal yang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM149 juta dengan kadar bayaran balik pinjaman melebihi 95%.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  22. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    YUM akan terus membantu usahawan wanita dengan menyasarkan penyerahan pinjaman berjumlah RM40 juta pada tahun hadapan yang bakal dimanfaatkan oleh hampir 10,000 orang peminjam. Untuk membolehkan YUM memperluaskan operasinya, maka dalam Bajet 2013, pemberian sebanyak RM7.5 juta dicadangkan kepada YUM.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  23. Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013

    Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10

    Kerajaan yakin dengan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan ini dan disokong lagi oleh program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini, masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan.

    masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan

    ReplyDelete
  24. The Education Blueprint will bring positive changes especially to Sabah and Sarawak which will benefit enormously from the reforms.

    Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili terms the Education Blueprint as a transformation programme that aims to strengthen the present system and improve weaknesses in order to fulfill the education needs of the people, in line with the national education policy and global challenges.

    "Some people have doubts about the blueprint but in actual fact it will bring a lot of good as well as improvements, including benefiting mission schools and vernacular schools," he said.

    Dr Ongkili added that the Blueprint is also to ensure quality teachers to produce quality human capital for the country. It also reflects the importance placed on education as one of the seven national key result areas on "improving student outcomes".

    He said this before presenting the government's RM100 aid to 100 students of SMK Tandek who were the first students in the constituency to receive the assistance.

    The RM100 aid is to help students cover their fees and cost for the start of the school year, given out under Budget 2013 as a continuation of the government's measure first implemented last year.

    A total of 1,800 students from SMK Tandek will receive the aid.

    "This is part of the government's initiative to ensure the interest of the people, including the younger generation, is uplifted and their future is brighter. Barisan Nasional cares for our children and the younger generation of this country, consistent with our slogan Janji Ditepati (Promise Delivered)," he said.

    Dr Ongkili also advised the students to put to good use the government's initiatives to give them better education opportunities.

    "Education is the most powerful weapon a person can possess, which no one can take away from you but no one can hand over to you either without you putting in your own efforts," he told the students.

    ReplyDelete