TAWAU:
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yakin angin
perubahan politik di Sabah kini lebih menyebelahi Barisan Nasional (BN)
berbanding pilihan raya umum 2008.
Pairin
yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata keyakinan itu berasaskan
prestasi kepimpinan cemerlang BN sama ada di peringkat negeri dan persekutuan
yang kesannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.
“Kepimpinan
BN sekarang ini benar-benar ingin berkhidmat dan berusaha bersungguh-sungguh
dengan perancangan begitu teratur dan jelas. Lebih-lebih lagi dengan kepimpinan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang telah
mempunyai pendekatan begitu jelas dan baik.
“Pendekatan
(Najib) itu bukan sahaja begitu jelas dan baik tetapi tindakan-tindakannya juga
menunjukkan segala perancangan yang terperinci itu dilaksana. Kita semua sedia
maklum cara perdana menteri dan anggota kabinet bekerja tidak henti-henti dan
menekankan segala usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat.
“Semua
lapisan masyarakat (menikmati hasilnya), bukan sahaja secara menyeluruh tetapi
dengan lebih terperinci,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat
Pengarah-Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sini kelmarin.
Pairin
yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah mewakili Ketua Menteri Datuk
Seri Musa Aman. Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah KDRM Datuk Seri
Khazali Ahmad.
Pairin
berkata berasaskan kepada pretasi cemerlang kepimpinan kerajaan BN hari ini,
rakyat Sabah perlu memberi peluang kepada kepimpinan sedia ada untuk meneruskan
agendanya demi kemakmuran dan masa depan rakyat negeri itu.
Kepimpinan
yang baik sekarang ini perlu diteruskan kerana ia memerlukan kesinambungan
supaya hasilnya dapat dinikmati oleh masyarakat dan rakyat keseluruhannya,
katanya.
No comments:
Post a Comment