Saturday, 15 December 2012

BN TIDAK PERNAH MUNGKIR JANJI





KERUSI RODA... V.K Liew dan Awang Sham bersama Mak Cik Hailah yang turut menerima kerusi roda.


Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili parlimen Sandakan kita tidak akan melupai jasa-jasa mereka yang memberikan kemengangan pada PRU 12 yang lalu kita akan memberi bantuan apa sahaja yang mereka perlukan, itu memang sudah menjadi tanggung jawab dan kewajiban pemimpin kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada pengundinya.

Akan tetapi ada satu-satu benda yang dipohon akan memakan masa yang lama  jadi mereka harus bersabar untuk mendapatkan apa yang diperlukan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong ketika menjelaskan kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menyampaikan 4 buah kerusi roda kepada empat orang yang mengidap penyakit lumpuh di Kampung Sim-Sim Tengah dan Kg Berhala Darat, Jambatan 11, Kg Sim-Sim Sandakan, kelmarin.

Mereka yang menerima kerusi roda tersebut adalah terdiri daripada Noorsiah Bongou, 82 tahun, Jambatan 11, Sim-sim; Innah Sandiri, 72;  Halilah Salleh, 62  dan Mohamed Hashim 82 dari Kampung Sim-Sim Tengah.

Kata V.K Liew, ini adalah sebahagian penunaian janji-janjinya sebagai ADR Sandakan bagi memberikan bantuan sedemikian kepada 4 orang tersebut.

Majlis upacara penyampaian 4  kerusi roda tersebut disaksikan sendiri oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Hj Awang Sham Amit.

Dalam ucapan ringkas Awang Sham antara lain menasihatkan kepada para penduduk supaya mempunyai sikap kesabaran bila memohon satu-satu barang bukan hari ini minta esok dapat adakalanya benda yang dipohon melalui proses yang rapi.

"Kita bersyukur kerana mempunyai Ahli Parlimen yang berjiwa rakyat seperti Datuk V.K Liew yang rajin turun padang menemui rakyat contoh yang terdekat di Kampung Sim-Sim Berhala Darat dari jam 1 sehingga jam 24 semua jambatan telah dinaiktaraf daripada menggunakan beruti dan papan; kini kesemuanya telah diganti dengan simen yang memakan perbelanjaan jutaan ringgit,” Awang Sham.

Sebagai rakyat yang inginkan kemajuan dalam pelbagai aspek tambah Awang Sham kita harus berterima kasih kepada pemimpin termasuk kerajaan BN yang banyak membantu rakyat tidak kira keturunan mereka mendapat hak yang sama rata duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

Sambil membidas kepada para pemimpin pembangkang mereka hanya tahu menabur fitnah, mencela dan memburuk-burukkan kerajaan BN sedangkan mereka cakap hanya menggunakan air liur, tetapi habukpun tak ada”  ujarnya.

No comments:

Post a Comment