Saudara
Pengarang,
MOHON
perhatian pihak berkuasa berhubung kes yang diadu oleh tiga orang kanak-kanak yang
tinggal di Taman Sri Balung, Tawau yang diperlakukan secara tidak senonoh oleh Guru
Mengaji Al Quran mereka di Masjid Taman Sri Balung.
Kes
tersebut telah dilapor di IPD Tawau, tetapi
kemudiannya setelah dipengaruhi oleh pegawai polis, maka pengadu menarik balik aduan
kes tersebut.
Dalam
hal ini, kami mendapat tahu bahawa ibu bapa mangsa tidak berpuas hati kenapa
pegawai polis mengarahkan kes berkenaan ditarik balik sedangkan tertuduh tidak
langsung disiasat dan yakin aduan anak mereka benar. Cukuplah Sabah kehilangan
Adik Norikoh Saliwa dan jangan terjadi apa-apa kepada anak jiran kami yang
tidak berdosa.
Salam
Hormat,
JIRAN
SIMPATI
No comments:
Post a Comment