Thursday, 13 December 2012

HENTIKAN SALAH GUNA PERMIT KERJA






Saudara Pengarang,
           
SAYA amat tidak berpuas hati dengan golongan warganegara Indonesia yang datang ke Sabah untuk mencari perkerjaan kerana sepatutnya diklasifikasikan mengikut beberapa kategori pekerjaan di Sabah dan dilarang keras menjalankan perniagaan sendiri.

Namun agak menghairankan kerana mereka boleh membuka perniagaan sendiri seperti kedai runcit, restoran dan sebagainya. Adakah warganegara Indonesia telah dapat kelulusan daripada pihak berkuasa?

Senario ini boleh dilihat dengan mudah di Pekan Keningau iaitu berdekatan Pasar Malam; sebagai contoh sebuah kedai menjual pakaian terpakai berdekatkan dengan ASB.

Saya harap bagi pihak Sabahkini.net dapat memberikan kesedaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab disebabkan warganegara Indonesia telah merampas hak kita dan mereka patut mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa.

Sepatutnya warganegara Indonesia bekerja dengan rakyat Sabah mengikuti levi dan permit kerja yang diluluskan kepada mereka dan bukannya menjadi 'Tuan' di negeri kita.

Salam Hormat,

ALEX TENG

No comments:

Post a Comment