Saudara Pengarang,
SEMASA PRU 2008, kami tidak
dapat masuk Kg Guakon. Awal tahun ini ada perkhidmatan untuk Khidmat Doktor
Percuma dan Kami tunaikan. Selepas itu mereka datang kerumah saya meminta
borang keahlian dan memohon agar saya merasmikan ranting mereka. Lebih 36
borang telah diserahkan pada 9 Disember 2012. Jangan hina mereka sebagai
golongan yang hanya datang untuk makan dan minum. Mustahil PBS biarkan
penyokong mereka 'pook makan' dengan pembangkang. Tahniah warga Kg Guakon Baru
yang berani berubah demi kelangsungan hidup anak cucu dan generasi mereka akan
datang yang lebih terjamin, lebih selamat dan makmur menikmati kekayaan di
buminya sendiri. Salam Hormat, ANSARI ABDULLAH
No comments:
Post a Comment