Sunday, 9 December 2012

LAJIM JADI TAUKEH JUDI FUN FAIR?




SUBAHAT......Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya turut bersubahat kerana membiarkan Lajim menggunakan Persatuan Bisaya sebagai 'Batu Loncatan' untuk menjayakan muslihat politiknya.

 
Saudara Pengarang,

ENTAH apa malangnya nasib masyarakat Bisaya kerana bukan sahaja dipaksa menerima 'Raja Judi' dan 'Raja Katak' Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin sebagai 'Janang Gayuh'; kini  mengajar kami pula berjudi dengan membuka 'Fun Fair' di rumahnya sempena 'Adau Janang Gayuh'.

Sebagai kaum Bisaya yang beragama Islam, saya amat kesal kerana Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya tidak peka dengan budaya dan anutan agama Kaum Bisaya yang majoritinya beragama Islam sekalipun berada di bawah rumpun kadazan Dusun dan bersubahat  dengan Lajim menganjurkan Fun Fair sempena 'Adau Janang Gayuh'.

Saya lebih kesal kerana beberapa rakan saya yang juga perwakilan pemerhati UMNO Beaufort ke Perhimpunan Agung UMNO membatalkan niat mereka ke Kuala Lumpur kerana ingin memeriahkan Adau Janang Gayuh; salah satu usaha Lajim untuk menyekat pengaruh UMNO di Beaufort.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih yang bagaikan ayam jantan patah taji,  tidak mempunyai kekuatan untuk melumpuhkan pengaruh Lajim sekalipun Lajim tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan; mungkin kerana sibuk menyiapkan rumah dan menayang kereta barunya.




TIDAK SIAP......Mungkinkah Lajim terpaksa menganjurkan Fun Fair sebagai memungut dana untuk menyiapkan bangunan yang tidak berbumbung ini setelah tidak dibenarkan menggunakan balai raya dan bangunan kerajaan untuk agenda politik beliau?
 
Akibatnya, kum Bisaya seperti 'anak ayam kehilangan ibu' terkapar-kapar kebingungan tidak tahu mahu ke mana setelah Lajim keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional; tidak mampu membela kami (Bisaya) yang kini menjadi masyarakat kelas 'Khinzir' dalam hiraki UMNO.

Saya agak hairan kenapa Lajim tidak peka dengan peraturan dan hukum Islam, sedangkan beliau sebelum ini adalah Pemimpin USIA dan PERKIM; yang sepatutnya membataskan dirinya dan mengelak daripada mengajak masyarakat Bisaya Ketagih Judi seperti beliau.

Sepatutnya, setelah menjadi pemimpin NGO Islam, Lajim wajib insaf dan menghentikan perangai buruknya; apatah lagi setelah membelanjakan hampir RM20 juta wang yang dibayar kepadanya oleh pemimpin UMNO sebagai habuan beliau meninggalkan PBS bagi membolehkan UMNO merampas tampuk kuasa Kerajaan Negeri setelah PBS kehilangan majoriti dua pertiga.

Oleh itu, saya menggesa agar masyarakat Bisaya memboikot Lajim serta PPSnya dan Fun Fairnya yang sepatutnya tamat pada 1 Disember tetapi disambung lagi ke suatu tarikh yang tidak dapat dikenalpasti.

Salam Hormat,

ISMAIL B.G

No comments:

Post a Comment