MANDAT.....Apakah yang telah dilakukan oleh Shafie selama
empat penggal memegang mandat para pengundi di Semporna ini?
Oleh
: RIZALDY A AZIZ
TAHUN
2012 sudah hampir melabuhkan tirainya dan andai direnung kembali peristiwa
sepanjang tahun ini sudah tentu bahang PRU13
(pilihan raya umum ke 13) yang tidak berkesudahan tetap menjadi bualan
hangat bagi mereka yang merasakan cukup arif tentang suasana politik Malaysia.
Ada
sesuatu yang sangat menarik perhatian penulis untuk mengulas kemelut politik
yang sedang melanda Malaysia Timur ketika ini dan di antara yang paling panas
ialah Parlimen Semporna P189 yang memang terkenal sebagai salah satu kubu kuat
Umno semenjak parti tersebut berjaya menakluki negeri Sabah.
Hasil
daripada kajian yang penulis telah lakukan semenjak kembali dari bercuti di
daerah tersebut, amat mengejutkan apabila disedari bahawa Ahli Parlimen bagi
Semporna ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
yang juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membawa kemasukan Umno
ke Sabah pada tahun 1991.
Menyingkap
titik permulaan beliau di arena politik Malaysia, Shafie hanya bermula sebagai
pegawai biasa di Yayasan Sabah berjaya dketengahkan oleh bapa saudara beliau
Tun Haji Sakaran in Dandai yang pada masa itu pemilik kerusi DUN N.48 Sulabayan
di bawah tiket parti pembangkang Usno.
Setelah
Shafie berjaya mengambil alih kerusi parlimen Semporna pada PRU 1995, beliau
telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan
Menteri Pertahanan, Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Korperasi, Menteri Perpaduan
Masyarakat dan Kebudayaan dan kini menerajui Kementerian Pembangunan Luar
Bandar dan Wilayah.
Melalui
rekod jawatan yang beliau sandang, ternyata Shafie adalah seorang yang boleh
dikatakan pemain peranan utama di dalam kabinet Barisan Nasional.
Memegang
tampuk kepimpinan Parlimen Semporna selama empat penggal dan pada pemilihan
Agung Parti Umno 2008 beliau berjaya menduduki salah satu daripada kerusi naib
presiden. Rekod kejayaan Shafie sebagai ahli politik memang boleh dikatakan gah
secara zahirnya.
Berbalik
semula kepada topik daerah Semporna. Lawatan penulis baru-baru ini sangat
membuka mata.
Tanah
yang terkenal dengan Pulau Sipadan (Diver’s Heaven) ternyata daif dan jauh
ketinggalan dalam segala aspek walaupun diwakili oleh orang penting di dalam
kabinet Barisan Nasional (BN).
Persoalannya,
apakah yang telah dilakukan oleh Shafie selama empat penggal memegang mandat
para pengundi di Semporna ini?
Soalan
ini memaksa penulis cuba mencari tahu daripada masyarakat tempatan bagi
mengenal pasti kepincangan pengurusan daerah tersebut.
Hasil
daripada apa yang diamati, ada 4 Dalil Utama yang akan menjadi penyebab kepada
kekalahan BN sekiranya Shafie diturunkan sekali lagi pada PRU13 nanti.
1.
Janji empat penggal tidak ditepati
Ditanyakan
tentang kepimpinan dan kredibiliti Shafie kepada masyarakat tempatan, terlalu
ramai yang mengeluh dan menyuarakan rasa kecewa mereka dengan cara pimpinan
Shafie setelah empat penggal.
Terlalu
banyak janji-janji yang tidak ditepati. Salah satu daripadanya ialah pembinaan
jambatan dari tanah besar Semporna ke Pulau BumBum yang dikatakan janji empat
penggal yang jelas tidak ditunaikan sehingga ke hari ini.
Ramai
yang hilang keyakinan dan berjanji tidak akan memberikan sokongan mereka kepada
Shafie lagi kerana hilang kepercayaan kepada janji-janji manis yang ditaburkan.
Selain
daripada janji jambatan yang tidak tertunai, penduduk daerah ini juga berdepan
dengan masalah infrastruktur di mana jalan utama ke pekan Semporna sentiasa
mengalami kesesakan kerana sudah tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang
semakin bertambah.
Masalah
kemudahan asas yang semakin meruncing seperti bekalan tenaga elektrik yang
tidak stabil dan bekalan air bersih yang tidak terurus juga sudah sekian lama
tidak dapat diselesaikan.
Dan
yang sangat memalukan ialah pengurusan sampah yang sangat lemah telah
mengharumkan nama Semporna sebagai daerah terkotor di Sabah dan juga mungkin di
Malaysia.
Kekotoran
daerah ini memang tidak dapat disangkal lagi dan sudah cukup menjadi bukti
kukuh kepincangan kepimpinan Shafie dan YB DUN di dalam kawasan parlimen
Semporna.
Ramai
sedia maklum kehangatan skandal pemberian hampir RM1.3 juta kepada seorang
aktres tempatan.
Walaupun
Shafie berjaya mendiamkan dan menyejukkan kehangatan skandal ini, golongan
masyarakat Semporna sudah maklum akan kebenarannya, malah ada anak tempatan
yang mempunyai bukti yang kukuh atas kesahihan skandal ini.
Kehangatan
skandal ini juga dikatakan telah membuka semula rahsia skandal lapuk Shafie
yang dikaitkan dengan seorang wanita tempatan.
Kedua-dua
skandal ini sebenarnya boleh dikatakan nyata bagai ‘sudah terang lagi
bersuluh’, tetapi Shafie tetap menafikan dan sanggup menipu dan memperbodohkan
masyarakat daerah Semporna.
Persoalan
penting yang harus diberikan tumpuan ialah, bagaimana Shafie mampu mendapat
jutaan ringgit bagi menampung kemewahan hidup artis tersebut?
Mengimbas
semula skandal-skandal yang pernah melanda barisan pemimpin tertinggi Umno,
seharusnya Shafie mengambil langkah yang sama menawarkan diri untuk tidak
bertanding di dalam PRU13 agar beliau dapat bersara dengan cara terhormat.
Skandal
ini tidak seharusnya diambil mudah oleh barisan pemimpin tertinggi BN sekiranya
mereka benar-benar ingin menurunkan barisan calon pilihan terbaik.
Terdengar
ura-ura mengatakan akan ada pihak yang berani untuk membuktikan kesahihan
skandal ini.
Seandainya
Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh mahu mempertahankan kuasa BN di
Putrajaya, maka tidak salah untuk mengorbankan Shafie demi nama baik Umno
kerana lambat laun akan terbukti Shafie hanyalah individu yang akan membawa
kerosakan pada imej kepimpinan BN.
3.
Kronisme dan sabotaj penyokong Umno
Selama
menjadi menteri di Persekutuan, Shafie dikatakan telah mengamalkan kronisme di
mana beliau telah banyak menganugerahkan projek-projek kerajaan kepada ahli
keluarga yang terdekat.
Ada
yang mengatakan bahawa saudara mara beliau hanyalah keluarga sederhana, tetapi
menjadi kaya raya hanya dengan sekelip mata Ketidakadilan beliau ini telah
mengakibatkan para penyokong Umno sendiri tidak berpuas hati dan dipercayai
akan cuba membuat sabotaj ke atas beliau di dalam PRU13 nanti.
Mengambil
kira dari keadaan semasa yang melanda negeri Sabah, Ahli Majlis Tertinggi BN
sewajarnya meminta Shafie untuk meletak jawatan bagi membuktikan kesungguhan
mereka untuk membariskan pemimpin yang bersih dan lebih cekap mengurus di dalam
PRU13 nanti.
Tindakan
bekas presiden Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Abdullah Ahmad
Badawi yang dengan sukarela melepaskan jawatan mereka dan bersara harus
dicontohi oleh Shafie demi kepentingan perjuangan Umno dan BN di Sabah.
4.
Calon pembangkang bukan calon pilihan Shafie
Bukan
lagi khabar angin. Yang jelas, dalam PRU10 sehingga PRU12 masyarakat tempatan
ada mengakui bahawa Shafie telah meletakkan orang sendiri sebagai calon parti
lawan dan ini adalah faktor utama kejayaan bertahan selama empat penggal.
Strategi
beliau telah lama dikenal pasti dan setelah menyedari bahawa anak tempatan yang
juga seorang pakar bedah pilihan sebenar PKR Pusat akan menentang beliau,
pelbagai usaha telah beliau lakukan bagi memastikan anak tempatan tersebut
tidak dicalonkan.
Satu
langkah jelas yang beliau lakukan ialah dengan memporak porandakan urusan
Cabang PKR Semporna dan juga cuba meletakkan calon wanita yang kononnya Ketua
Srikandi Cabang tersebut.
Malangnya,
perhimpunan kemasukan beramai-ramai ke PKR yang dihadiri hampir 3,000 orang
tempatan di Semporna telah membuktikan bahawa Shafie akan menghadapi kerumitan
di dalam mempertahankan kerusi beliau.
Kemasukan
beramai-ramai ini juga petanda besar kepimpinan Shafie telah ditolak. Memancing
undi dengan wang ringgit bukan lagi satu kaedah terbaik untuk memenangi hati
masyarakat Semporna pada PRU13 kerana perkara utama mereka inginkan ialah
pemimpin yang lebih berjiwa rakyat dan mampu menzahirkan segala janji yang
ditaburkan.
Mungkin
Shafie berada di zon selesa sebelum ini sehinggakan beliau terlepas pandang
akan kepincangan yang telah beliau lakukan selama memegang kerusi tersebut
hampir 18 tahun.
Sudah
tiba masa untuk beliau memberikan laluan kepada muka baru bagi memimpin dan
memenangi hati pengundi pada PRU13 kelak.
Empat
dalil (faktor utama) telah diterangkan di sini, maka terserah kepada pucuk
pimpinan BN untuk membuka dacing dan membuat pertimbangan.
Meletakkan
Shafie dalam senarai calon sekali lagi hanyalah umpama membiarkan parasit
membiak dan merosakkan kredibiliti BN.
Padah
akan mengundang seandainya suara pengundi Semporna dianggap remeh kerana kuasa
ditangan mereka.
Kebencian
para pengundi pada Shafie sudah tidak dapat dibendung lagi. Yang pasti, janji
dan sumpah keramat Shafie sudah tidak mampu mengaburi mata penduduk tanah Bajau
Laut itu.
(NOTA : Penulis, 33 tahun, yang bermastautin di Kuala
Lumpur ialah seorang penyanyi, penulis lirik lagu, penggemar seni, suka
menjelajah dunia, aktivis Gerakan Hak Asasi Malaysia (MCLM) dan politik)
No comments:
Post a Comment