Tuesday, 11 December 2012

TAMAN RUGADING HANYA SESUAI UNTUK BERUK?






Saudara Pengarang,

SEBAGAI penduduk Taman Seri Rugading, Telipok, kami menghadapi masalah yang amat memeningkan kepala kerana Majlis Daerah Tuaran gagal memastikan tempat membuang sampah mencukupi dan tidak memungut sampah setiap hari sehingga mengeluarkan bau busuk yang menyesakkan hidung dan meloyakan tekak.


Tambahan pula, Pengurusan Taman Seri Rugading tidak amanah menjalankan tugas mereka sehingga kaki lima dan tangga semua blok bangunan amat kotor dan berbau busuk dan hancing sehingga menjadi tempat pembiakan serangga yang merebakkan penyakit bawaan vektor.

Lebih memburukkan keadaan, vandalisme sudah menjadi rutin yang sukar dibendung, seolah-olah dihuni beruk dan kera yang tidak bertamaddun.

Jika Wakil Rakyat BN enggan turun padang dan menyelesaikan masalah kami, apa salahnya bakal calon Wakil Rakyat Pembangkang turun padang membantu kami mengatasi masalah yang semakin rumit.

Salam Hormat,

DATUK K


No comments:

Post a Comment