BINCANG...Dato
Sri Nasir (tiga kiri) diringi Datuk Amri A.Suratman (dua kiri); Sakaria Semelah
(tiga kanan) dan Abd Razak Abd.Hamid (kiri) berbincang sesuatu dengan Pengarah RTM Sabah, Abd.Jalani Mahmud
(dua kanan) sempena majlis itu di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Jalan Lintas, Kapayan.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran telah menjadi Tetamu Khas
Majlis Forum Khas Maulidur Rasul 1434H/2013M di Kompleks Bersepadu Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jalan Lintas, Kapayan.
Forum Khas 'Seandainya
Rasulullah S.A.W. Ada Bersama Kita' anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama RTM Kawasan Sabah itu disiarkan secara
langsung melalui Radio Sabah FM bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul
S.A.W. 1434H/2013M Peringkat Negeri Sabah.
Ahli Panel Forum itu Ustaz
Syarif Adul dan perantara forum Ustaz Abu Nurul. Hadirsama sempena majlis itu
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Datuk Haji Amri A.Suratman; Pengarah Jabatan Penyiaran
Malaysia Kawasan Sabah, Abdul Jalani Mahmud; Wakil Pengarah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Ustaz Shamsuri Ghazali serta
pegawai-pegawai kanan RTM Sabah dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia
Cawangan Sabah.
No comments:
Post a Comment