BERTENAGA.....
Rombakan baru, bertanda (1) Thomas Anggan, bertanda (2) Prof Dr Abdul Rashid
Kobod, bertanda (3) wakil Parti KITA Pusat, duduk kiri sekali, Sylvester Mutang
Dawat dan Ketua Wanita.
Oleh: JACOB BALANG
TENOM: Bekas Adun Bingkor
dalam era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) sekitar tahun 1985, Thomas Anggan
kini mengambil alih kepimpinan Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Sabah
selepas penyandangnya Datuk Pengiran Othman Rauf meletakkan jawatan
berkuatkuasa Febuari 2013 atas alasan kesihatan.
Perlantikan Thomas Anggan berikutan
satu keputusan sebulat suara di kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu
di Sabah baru-baru ini yang dihadiri wakil daripada Pusat parti itu yang
mengesahkan bahawa mesyuarat pemilihan itu selaras dengan Perlembagaan Parti
KITA.
Dalam pada itu, Sejurus
selepas mesyuarat itu, Anggan memberitahu media bahawa barisan kepimpinan Parti
Kita di Negeri Sabah menghadapi sedikit rombakan di mana beberapa golongan
profesional seperti Peguam dan tokoh akademik (Ph.D) turut membarisi kepimpinan
baru.
Selain beliau yang dilantik
sebulat suara sebagai Pengerusi Parti KITA Negeri Sabah, dua Timbalan Pengerusi
turut dilantik iaitu Sylvester Mutang Dawat bagi kuota KDM dan Peguam Haji
Johan Asik Shah bagi kuota Bumiputra Islam, manakala Profesor Dr Abdul Rashid
Kobod @ Cikgu Rashid dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Pengarah Strategi.
Manakala jawatan Setiausaha
Perhubungan Parti KITA Sabah disandang oleh seorang ahli akademik muda Timis
Sampadi; Ketua Wanita Betty Edwin Malangkan dan tiga AMT biasa masing masing
disandang Jounal Bibi, Wahid Susu @ Suyoh dan Saidi Jaimin.
Anggan yang pernah dilantik
Setiausaha Politik sebelum pilihanraya mengejut 1986 (Snap Election) semasa
kerajaan PBS, merupakan kakitangan Polis berpangkat Inspektor dan meletakkan
jawatan untuk menceburkan diri di dalam arena politik tahun 1985 dan bertanding
di kawasan Dun Bingkor menang dengan majoriti besar.
Berhubung dengan dasar
perjuangan parti itu di Sabah, Anggan berkata, beliau akan terus memperjuangkan
hak asasi rakyat di negeri ini terutamanya hak agehan yang saksama dan adil
dari segi hasil kekayaan sumber asli negeri ini seperti gas dan minyak yang
merupakan aset utama negeri ini yang mesti proses pengambilannya dirunding
menerusi persidangan DUN Sabah.
“Kita juga mahu menubuhkan
satu jawatankuas khas pengurusan tanah tanah di Sabah terutamanya tanah adat
(NCR) yang dipanggil Tribunal Pengurusan Tanah (kerana) setakat ini satu
Ordinan Tanah yang berkuatkuasa sekarang tidak relevan lagi dan sudah lapuk.
“Mengenai geran komunal, sekiranya
Parti Kita diberi mandat rakyat pada pilihanraya umum kali ke-13, maka geran
ini kita mansuhkan kerana hanya memberi manfaat kepada syarikat syarikat
gergasi luar yang diberi kontrak kerajaan untuk mengusahakannya dengan pelbagai
tanaman. Malangnya rakyat sebagai penama dalam geran itu hanya sekadar diberi imbuhan
beberapa ringgit sahaja,“ tegas Anggan.
Justeru, Anggan tanpa segan
silu menegaskan bahawa hasil masyhul di Sabah seharusnya dinikmati sepenuhnya
oleh rakyat Sabah dan hanya sekadar memberi sumbangan sekurang-kurangnya 40
peratus kepada kerajaan pusat sebagai imbuhan kerana Sabah salah satu negeri
berada dalam kelompok gabungan kerajaan Malaysia selepas Sarawak dan Malaya.
“Itulah sebabnya rakyat di
Sabah kurang senang hati dengan kerajaan Persekutuan kerana hak asasi kita
sudah terhakis sepertimana yang terkandung dalam dokumen 20 Perkara. Ertinya kita
seolah-olah masih dijajah walaupun selepas penjajahan British,” tegasnya.
Ketika ditanya berhubung
kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghadapi PRU-13 beliau berkata, “Kita
sedia menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan mereka, tetapi sekiranya
mereka juga tidak melayani kami, tidak apa kerana Parti KITA mampu bertanding
untuk 60 kerusi DUN dan 25 Parlimen,” tegasnya.
Berhubung dengan persiapan
parti itu untuk menghadapi PRU-13, Anggan menegaskan bahawa jentera parti itu
telah siap siaga sejak awal lagi kira-kira dua tahun lalui, dan setakat ini 4
pemimpin telah dikenal pasti untuk diletakkan sebagai calon iaitu beliau sendiri
akan bertanding di kawasan Dun Bingkor dan Parlimen Keningau, Sylvester Mutang
(Parlimen Tenom), Haji Juhan Asik Shah (Parlimen Kota Belud) dan Profesor Dr
Abdul Rashid Kobod @ Cikgu Rashid (Parlimen Semporna dan Dun Senallang).
No comments:
Post a Comment