Saudara Pengarang,
IZINKAN saya bawa perhatian
rakyat Sabah berkenaan laporan Daily Express
bertajuk "Musa's success in lowering poverty rate earns
praise" http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=84395; manakala
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan "The opposition says Sabah is poor,
Sabah has no progressive people, Sabah has no facilities, Sabah is lagging
behind...these are all lies,"..di Dewan Sri Antanom, Jumaat"
Sabah, negeri yang kini
makmur dengan PATI pernah suatu ketika dahulu menjadi antara negeri terkaya.
Namun setelah lebih kurang 50 tahun Sabah dimerdekakan, rakyat Sabah melihat
sendiri betapa negeri kita yang kedua terbesar di Malaysia ini jauh
terkebelakang. Ke mana hilangnya kekayaan Sabah itu pun menjadi misteri
nusantara sehingga kini?
Wahai YB, Benarlah Sabah is
Poor! Rata-ratanya kami disini tidak mampu memiliki rumah teres apa lagi
banglo. Ramai anak belia masih tinggal menumpang. Harga rumah terlalu mahal,
harga apartment seperti harga sebuah kereta BMW. Kami hidup dalam kesusahan,
ramai anak Sabah tidak mampu memiliki rumah apa lagi kereta cantik. Berbanding
orang muda di Semenanjung kini ramai sudah mampu memiliki kereta import. Anak
Sabah sebilangan besarnya cuma jadi pekerja bawahan untuk firma besar dari
Semenanjung atau Sarawak. Ramai terpaksa migrate ke Semenanjung untuk bekerja.
Berapa ramai kita mendengar anak muda Semenanjung yang migrate ke Sabah untuk
mencari pekerjaan???
Wahai YB, Benarlah Sabah has
no progressive people! Berapa banyak firma besar berasal dari Sabah berbanding
yang masuk ke Sabah? Biar saya sebut SP Setia, Sime Darby, Binapuri, Maxis,
Astro.. berapa banyak thycoon di Sabah yang mampu menandingi mereka? Ramai
tycoon dari Semenanjung dan Sarawak datang membuka firma di sini. Kami yang
terketinggalan tidak berpeluang untuk mencabar mereka bukan kerana kami tidak
progresif, tapi sebab peluang telah direbut lebih awal.
Wahai YB, Benarlah Sabah is
lagging behind!.. tolong kira berapa bilangan flyover yang ada di Sabah untuk
mengatasi kesesakan jalan raya berbanding di Johor atau Pulau Pinang. Jalan
tidak berturap masih banyak sehingga rakyat terpaksa berhutang besar untuk
memiliki 4wd kerana banyak perkampungan masih tidak ditembusi kereta kecil.
Bandingkan berapa lengkapnya kemudahan sekolah kerajaan di Johor atau Pulau
Pinang berbanding Sabah. Ramai anak kecil pedalaman Sabah 'dikurnia' betis
besar-besar kerana setiap hari terpaksa berjalan berkilo-kilometer untuk ke
sekolah. Melaka Negeri Sembilan ada monorel, komuter yang moden, Sabah pula
diberi kereta api design lama dari China (namun kami bersyukur).
Wahai YB yang sekian lama
memerintah, ramai rakyat Sabah sudah pernah sampai ke negeri-negeri di
Semenanjung. Now everyone can fly maa!!.. Kami tidak buta dan tidak tuli.
Pendapat saya tidak semestinya betul, terpulanglah kepada anda untuk
menghayatinya.
Salam Hormat,
AKU ANAK SABAH.
No comments:
Post a Comment