Saudara Pengarang,
KAMI warga bandaraya ingin
mengadukan beberapa persoalan kepada DBKK terutamanya Datuk Bandarnya. Adakah
DBKK berlaku adil kepada semua warga Bandaraya? Kita sedar atas usaha
bersungguh-sungguh DBKK banyak memberi keselesaan pada warga Bandaraya ini,
akan tetapi masih terdapat banyak perkara yang DBKK perlu atasi, seperti contoh
di perenggan berikut.
Penjual Rokok Haram seludup masih
bermaharajalela di depan Pasar Ikan Masin. Kehadiran para penjual rokok haram seolah-olah
tidak diambil apa-apa tindakan pihak DBKK, sehingga memaksa orang awam untuk
membeli rokok haram mereka.
Manakala Kereta Sapu juga
bermaharaja dengan meletakkan kereta mereka di depan Hotel Le Meriden dan mengangkut
para penumpang, dengan diawasi agen yang mengaturkan orang ramai yang ingin
mengunakan perkhidmatan kereta sapu ini di sana.
Bendera Parti Politik dibiarkan
bermaharaja di sekitar jalan menuju ke kampung Likas, tetapi tiada sebarang
tindakan daripada DBKK.
Terdapat dua buah bangunan
yang sedang dibina di tepi Laut berdekatan dengan jalanraya sehingga selalu
mengganggu lalu lintas kerana DBKK telah membenarkan sempadan tapak pembinaan
terlalu dekat dengan jalanraya (sepatutnya DBKK mensyaratkan sempadan tapak
pembinaan itu mestilah jaraknya 10 kaki dari jalanraya).
Keadaan ini selalu menganggu
pengguna kenderaan yang lalu di sana pada waktu
puncak kerana lori besar yang sedang mengangkut simen juga ingin masuk ke tapak berkenaan (bersebelahan
dengan Suria Sabah).
Sebagai warga Bandaraya,
kami kecewa dengan keadaan yang seperti senaraikan di atas tadi. Diharapkan DBKK
boleh membuka mata mereka, terhadap semua masalah yang telah disenaraikan itu.
Salam Hormat,
MICHEAL GOMEZ
No comments:
Post a Comment