TIMBALAN Ketua Cabang PKR
Tenom, Masdin Tumas telah membuat laporan polis berhubung fitnah seorang
forumen laman Disquss di Sabahkini.net yang menggunakan nama
'SharleynormaGilbert' dan semua pengomen yang secara sedar memfitnah Halik
Zaman.
Halik Zaman akan menggunakan
khidmat guaman M/s Dino M Borhan dan akan ke Kota Kinabalu, esok untuk
memfailkan saman.
"Sekali sekala saya
mesti ajar orang yang suka buat fitnah itu dengan mengheret mereka ke mahkamah.
Biar mahkamah yang putuskan 'betul atau tidaknya' tuduhan sipolan itu?"
kata Halik Zaman.
Menurut Halik, beliau sudah
lama berdiam diri dan menerima segala tohmahan serta kritikan, tetapi apabila
menyentuh fitnah peribadi secara terang-terangan, saya akan mengambil tindakan
undang-undang kepada pemilik Sabahkini.net dan pengomen 'SharleynormaGlbert'
kerana mengeluarkan kata-kata fitnah yang paling memalukan.
"Peguam saya akan membuat
laporan kepada Suruhanjaya Multimedia untuk mengenal pasti identiti 'SherleynormaGilbert'
dan tulisan pengomen lain dan orang yang ada turut sama menghina saya. Peguam
saya akan membuat tindakan membawa kes fitnah mahkamah dan yang lain juga akan
dikenalpasti oleh peguam dan Suruhanjaya Multimedia," kata Halik.
Berikut adalah Komen 'SharleynormaGilbert';
"Betul Saya Sokong
Boyan...Halik Zaman Mukanya Berewok Menyeramkan...Dah Tua Duduk Di Masjid Lebih
Baik Pencenlah Nanti Pkr Yang Menjadi Mangsa Cari Orang Muda Yang Berwibawa Ada
Pelajaran Ada Pengaruh Baru Pkr Tenom Ada Ohh...Ini Orang Sudah Dipanggil Kakek
Mahu Juga Betrtanding Jadi Calun Dalam Berjayapun Cukp Lama Sampai Boleh Kawin
4 Dan Beliau Ini Semasa Era Kerajaan Berjaya Menjadi Pengerusi Sldb (Lktns) Pernah
Skendel Dengan Anak Penerka Di Rancangan Ulu Dusun Sandakan Sekitar Tahun 1982
Nama Awek Itu Mustika Ngun Mantan Ratu Miss Sldb 1982 Bapa Ku Yang Tahu Cerita
Ini Siapa Tidak Kenal Dengan Halik Zaman Khan Buaya Bin Biawak."
Berikut Laporan Polis yang
dibuat Masdin Tumas pada 02 Februari 2013 pada jam 5.45 petang kelmarin ;
"Semasa
saya berada di Hotel Perkasa TENOM, saya mendapati satu artikel dikeluarkan di
laman web Sabahkini bertarikh 01 February 2013 bertajuk 'Halik Dan Isteri Wajar
Bersara'. Dan banyak lagi dari pengomen lain yang berbentuk menghina dan
memfitnah dengan tujuan secara sengaja dengan niat jahat. Capynya dikepil di sini."
"Dalam
artikel tersebut tertulis satu pernyataan atau "comment" dari pembaca
yang mengaibkan dan memfitnah kepada Ketua Cabang PKR Tenom Abdul Halik Bin
Khanizaman. Artikel yang di keluarkan oleh penulis blog dan pernyataan pembaca
diantaranya ialah "SharleynormaGilbert" adalah seperti di lampiran
"A". Tujuan saya buat laporan polis adalah untuk mengambil tindakan
sivil dan saman malu kepada penulis blog dan pembaca yang mengeluarkan
kenyataan mengaibkan terhadap diri Abdul Halik Khanizaman."
No comments:
Post a Comment