BANTUAN
KHAS.. Khairul (dua kanan) ditemani ibunya menerima Bantuan Khas Awal
Persekolahan disampaikan Dato Sri Nasir (dua kiri). Turut kelihatan Pengetua
SMK Datuk Panglima Abdullah II (tengah) dan Hj.Raduan Abd Rahman (kiri) sempena
majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan di Semporna.
Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA : Menteri DiJabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan rakyat mensyukuri
nikmat kemakmuran, keamanan, pembangunan dan pelbagai bantuan yang diberikan
kerajan Barisan Nasional (BN) selama ini, khususnya dalam aspek pembangunan
pendidikan.
Katanya, hanya dengan
memiliki ilmu pelajaran sahaja mampu mengubah kehidupan setiap rakyat di masa
hadapan.
Beliau menegaskan, kerajaan
sentiasa berusaha memenuhi keperluan pendidikan termasuk menambah bilangan
sekolah, asrama, guru dan menyediakan lebih 20 jenis bantuan kepada pelajar
sekolah seperti bantuan kumpulan wang amanah pelajar miskin, rancangan makanan
tambahan, susu 1 Malaysia, buku teks dan bantuan uniform persatuan beruniform
di sekolah.
Nasir berkata demikian
sempena majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada 1,600 orang
pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah II dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Haji Raduan Hj Abdul Rahman; Pengetua SMK
Datuk Panglima Abdullah II, Puan Gambalidah Hj.Jahiri; Pengerusi PIBG, Manja
Mohd.Yusof; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir dan Ketua Daerah
Semporna Kawasan Senallang, OKK Hj.Musa Sabaani.
Nasir berkata, daerah itu
amat bertuah kerana pada masa dahulu hanya memiliki sebuah sekolah menengah tetapi sekarang sudah
mempunyai sembilan buah sekolah
menengah, tujuh buah daripadanya adalah sekolah berasrama.
Nasir yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Senallang, kecewa dengan kenyataan pihak pembangkang
yang selalu menafikan pembangunan yang dilaksana kerajaan BN dan menuduh
kerajaan tidak berbuat apa-apa di kawasan itu sedangkan realitinya Daerah Semporna
kian membangun dari segi pembangunan infrastruktur;sosio-ekonomi; sosio-pendidikan;
Kesihatan dan menjadi destinasi pelancongan yang tersohor di peringkat
antarabangsa.
Sehubungan itu Nasir
mengingatkan golongan ibubapa memanfaatkan bantuan khas awal persekolahan itu
untuk tujuan dan keperluan pelajaran anak-anak mereka dan tidak menggunakan
untuk tujuan lain.
No comments:
Post a Comment