Oleh : MARUF ISMAIL
KADAMAIAN : Penduduk di Kg.
Tambulian Laut (Luminodip) Kota Belud merasa dukacita diatas keadaan jambatan
gantung yang tidak selamat digunakan lagi.
Jambatan ini merupakan
satu-satunya kemudahan asas laluan bagi penduduk mahupun budak sekolah untuk
aktiviti harian masing-masing.
Namun, ianya menyukarkan
budak-budak sekolah rendah yang pergi ke sekolah melalui jambatan tersebut ke
SK Tambulian, yang terletak di seberang sungai Tambulian.
Penduduk mengatakan jambatan
tersebut telah di selenggara pada 3 tahun yang lalu namun hingga sekarang
jambatan tersebut sudah mula usang dan tidak selamat di gunakan lagi.
Permohonan peruntukan untuk
pembinaan semula jambatan ini telah dikemukakan oleh pihak JKKK kepada pihak
yang berkenaan tetapi masih belum ada apa apa tindakan ke atas jambatan
tersebut.
Seharusnya pihak kerajaan
perlu mengambil serius akan kemudahan-kemudahan yang penting bagi kampung tersebut.
Jika perkara ini tidak
diberi keutamaan ianya boleh mengundang risiko keselamatan budak-budak sekolah
rendah bila-bila masa apatah lagi semasa cuaca buruk seperti hujan.
Mengikut salah seorang
penduduk berkata, kadang kala budak sekolah lewat sampai ke sekolah semasa
hujan kerana, mereka terpaksa berjalan di jambatan dengan hati hati, ada juga
budak sekolah yang tidak pergi ke sekolah semasa hujan.
Baru-baru ini SAPP Kadamaian
telah meninjau keadaan jambatan gantung tersebut, dan mendapati banyak kerosakkan
seperti kabel-kabel yang telah putus, kayu-kayunya juga telah patah dan ini
mengakibatkan jambatan itu tidak stabil.
Bersama sama dengan beberapa
budak sekolah yang mengguna jambatan tersebut masa pergi sekolah, Pengerusi
SAPP CLC N7 Kadamaian, Pn. Agnes Liewpin cuba berjalan dan berpendapat bahawa
jambatan tersebut wajib digantikan dengan jambatan gantung yang berkualiti dan
selamat digunakan oleh orang ramai.
"Kg Tambulian mempunyai
2 buah sekolah iaitu SMK, Tambulian dan Sk, Tambulian dan jambatan gantung itu
menjadi titik laluan antara kedua buah sekolah tersebut. SK Tambulian ini telah
menjadi Tuan Rumah Pra Jambori 100 Tahun bagi pantai barat utara pada June
tahun ini, jadi tidak wajar sekiranya kemudahan asas seperti Jambatan ini tidak
di ambil tindakan dengan segera" kata Puan Agnes.
"Kg Tambulian mempunyai 2 buah sekolah iaitu SMK, Tambulian dan Sk, Tambulian dan jambatan gantung itu menjadi titik laluan antara kedua buah sekolah tersebut".
ReplyDeletepelajar SMK Tambulion tidak menggunakan jambatan tersebut ke sekolah..PENIPU BESAR!!!
"Kg Tambulian mempunyai 2 buah sekolah iaitu SMK, Tambulian dan Sk, Tambulian dan jambatan gantung itu menjadi titik laluan antara kedua buah sekolah tersebut".
ReplyDeletepelajar SMK Tambulion tidak menggunakan jambatan tersebut ke sekolah..PENIPU!!!AGNES PENIPU BESAR!!!AGNES PENIPU BESAR!!!AGNES PENIPU BESAR!!!AGNES PENIPU BESAR!!!AGNES PENIPU BESAR!!!