Sunday, 17 February 2013

OSMAN JAMAL HINA MAHKAMAH?







SEMANGAT....216 orang pemilik tanah melaungkan kami mahu hak kami dikembalikan dan pecat Osman Jamal kerana mencemarkan nama baik Ketua Menteri dan kerajaan BN.

Oleh : SAIMON S JUMADI   Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Sesi  Sidang Media  Tuntutan Tanah Koyah A Fasa I-II & III Kinabatangan (Skim Pekebun Kecil) Memorandum Mahkamah yang diadakan di Ballroom Sandakan Hotel, kelmarin yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang telah dihadiri seramai 216 orang yang terdiri daripada para pemilik tanah terbabit.

Puan Aisah Ahmad yang dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang bagi mengendalikan kes tuntutan ke atas tanah tersebut kepada kerajaan khususnya Jabatan Tanah dan Ukur Sabah; telah membentangkan satu memorandum yang bertajuk “Penyelesaian Terhadap Tuntutan Tanah Koyah A Fasa I, II & III Kinabatangan di bawah Skim Pekebun Kecil yang akan dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Muasa Hj Aman.


Menurut Aisah, tujuan menghantar memorandum tersebut kepada kedua-dua  pemimpi tertinggi kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada peringkat persekutuan mahupun peringkat Negeri itu setebal 17 muka adalah untuk mendedahkan tingkah laku jenayah terancang pihak Jabatan Tanah dan UkurSabah yang diketuai oleh Osman Jamal.

Jabatan Tanah kata Aisah, bukan saja gagal menyelesaikan kes tuntutan tanah 400 orang pemilik benefisiari tanah Skim Pekebun Kecil yang sekian lama menjadi mangsa penipuan; bahkan Osman Jamal terlalu memperlekehkan dan banyak karenah untuk membuat sebarang keputusan yang tepat.

Berikut petikan  sebahagian  isi  kandungan Memorandum Mahkamah  yang dibentangkan di Sidang Media oleh Aisah Ahmad yang dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang  yang mewakili 216 orang atas status kapasiti individu.

Latar Belakang Kes:

Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan permohonan bagi 400 pemilik di bawah Skim Pekebun Kecil yang mana secara purata minimum seorang pemilik mendapat keluasan 12 ekar dan maksimum 16 ekar.

Geran-geran deraf telah dikeluaran pada tahun 1998 namun pihak Jabatan Tanah dan Ukur Kinabatagan (selepas ini dirujuk sebagai JTUK) tidak pernah memaklumkan kepada pemilik-pemilik dengan mengikut peraturan yang sedia ada.

Surat tawaran dan deraf geran sepatutnya diberi kepada para pemilik  sebelum geran akhir (Final Title) dikeluarkan bagi mengemaskinikan  butiran diri, bagi membuat sebarang bayaran yang berkaitan dan mengesahan penerimaan tawaran.




MEMORANDUM....Aisah membentangkan Memorandum Mahkamah kepada 216 orang pemilik tanah terbabit di sesi  Majlis Sidang Media.




HADIR....Seramai 216 orang pemilik tanah terbabit begitu khusyuk mendengar keterangan mengenai kes tanah tersebut.

Sehingga tahun 1999 pihak tertentu (bukan JTUK) telah melakukan penipuan terhadap sebahagian pemilik untuk berkumpul bagi menerima wang berjumlahRM1,500; kononnya sebagai imbuhan dari pelbagai alasan yang diberi antaranya wang pendahuluan hasil tanah,  wang pendahuluan hasil kayu balak, duit raya dan wang parti.

Pada masa yang sama, sebahagian para pemilik yang hadir diminta menandatangani kerta kosong dan kertas yang telah siap bertaip dengan ini kandungan yang tidak difahami oleh kerana ayat-ayat dalam kandungan surat tersebut menggunakan Bahasa Inggeris.

Malangnya, mereka dimaklumkan bahawa geran-geran tersebut telah dibatalkan sementara JTUK menjelaskan bahawa pemilik-pemilik sendiri melalui surat mereka kepada Pengarah Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu  telah membatalkan  dan menyerahkan  semula geran mereka (surrender title) kepada kerajaan Negeri serta bersetuju kawasan tanah tersebut diserahkan kepada Syarikat Bagus Maju Bhd untuk membuka ladang kelapa sawit.

Dalam surat  tersebut  juga dinyatakan bahawa dengan penyerahan geran tersebut  pemilik akan diberikan saham (share Holder)  oleh Bagus Maju Sdn. Bhd.

JTUK mengesahkan pembatalan dan penyerahan geran tersebut dibuat melalui surat pemilik-pemilik sendiri dan Surat Kuasa atau Power Attorney (selepas dirujuk sebagai PA) di atas nama Abdullah bin Japar [No: K/P 600312-12-6163] dan Kwan Ngen Wah [No: K/P 580222-12-5049] yang mana mendapat kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu (selepas dirujuk sebagai JTUK)

Memorandum ini selebihnya akan disambung sebaik saja  pendedahan awal ini disiarkan di Sabahkini.Net kita akan menyusul keterangan selanjutnya,” kata Aisah.

"Satu lagi perkara yang saya ingin luahkan agar para pemimpin Negeri terutama sekali Ketua Menteri Sabah dan para Jemaah Hakim yang arif di Sabah dapat mengetahui perilaku Osman Jamal sebagai Pengarah Tanah dan Ukur kerana segala percakapannya telah saya rakam," ujar Aisah yang mengejutkan para pekebun kecil dan wartawan.

Kata Aisah, semasa perjumpaan beliau dengan Osman Jamal di Kota Kinabalu baru-baru ini, Osman bukan saja mencerca beliau sebagai seorang peguam yang mempunyai dan memegang Ijazah Undang-undang;  malah semasa perbincangan antara saya dengannya, Osman Jamal berkata;

“Aisah  kenapa mahu sibuk-sibuk membuang masa untuk menguruskan  kes tanah di Koyah A. Lagipun kes ini walaupun dibawa ke pihak pengadilan pastinya tetap kalah sebab semua peguam dan termasuk Hakim di Sabah boleh dibeli dengan wang ringgit untuk  tidak membela kes ini,” kata Aisah yang akan menyerahkan rakaman percakapan Osman Jamal untuk disiarkan SabahkiniTV.


"Saya berpendapat, Osman Jamal sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah menghina bukan saja terhadap profesyen kehakiman, bahkan menghina semua penguam bela dan peguam cara yang ada di Sabah kerana  dengan mudah dibeli untuk membatalkan satu-satu kes," kata Aisah yang menegaskan bahawa pandangan Osman Jamal boleh ditakrifkan bahawa Mahkamah di Sabah adalah 'Mahkamah Kangaroo'.

Tambah Aisah, percakapan Osman Jamal ini adalah satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan dan Kerajaan BN harus mengambil tindakan tegas terhadap Pengarah JTU.

"Dengan mengeluarkan kata-kata tersebut, Osman Jamal telah menghiris hati sanubari pada Hakim di Sabah, seolah-olah para hakim di Sabah tidak beretika  dalam  menjalankan  khidmat mereka dalam bidang keadilan dan kehakiman,” jelas Aisah yang terlalu jengkel dengan sikap keangkuhan dan kesimbongan Osman Jamal yang tidak sedari diri siapa dan dan dari mana asal usulnya.

No comments:

Post a Comment