Oleh : AFZAINIZAM ABDULLAH
BOH LA WEI : Nik Aziz Nik
Mat mensamakan penerima BR1M dan BR2.0 sebagai 'haiwan'. Mereka dianggap
sebagai 'ayam' dan 'lembu' yang diberi dedak dan jerami. Kenyataan itu pula
dibuat di hadapan penyokongnya sekembalinya beliau dari menunaikan umrah.
Jika tidak silap, rakyat
Kelantan adalah penerima dan pemohon paling ramai menerima BR1.0 dan BR2.0.
Saya percaya ramai di antara mereka yang terdiri dari ahli-ahli taksub Pas
sendiri. Bayangkan seorang Menteri Besar menghina rakyatnya sendiri dengan
menyamakan mereka dengan haiwan. Pemimpin jenis apakah Nik Aziz ini?
Sekadar perbandingan, ketika
Umar Abd Aziz menjadi Khalifah tidak ada orang Islam yang mahu menerima zakat
kerana mereka berada di dalam keadaan mewah.
Tetapi 22 tahun di bawah
pemerintahan Nik Aziz, rakyat Kelantan banyak yang menjadi 'haiwan'. Sekali
lagi soalan yang sama: "Pemimpin Jenis apakah Nik Aziz ini?".
Justeru sudah sampai masanya
rakyat Kelantan 'menghukum' Nik Aziz khasnya dan Pas amnya dari terus menerajui
Kelantan selepas PRU13 kelak. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment