PILAKS...Shamsuddin
Chino dengan ahli-ahli PPPS yang berwajahkan 'Pilaks' (gelaran untuk PATI Filipina)
Oleh: CHARLES P ANDIANG
SEKONG : Pengerusi JKKK Kampung Air merangkap Ketua
UMNO Cawangan Jalan Penglima Adam, Jafar Mustafah (gambar sisipan) menyifatkan
tindakan Pengerusi Penaja PPPS Kawasan Sandakan, Shamsudin Chino yang mahu menyingkir ADUN
Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya pada PRU-13 nanti seperti orang yang tidak siuman.
"Apa kekuatan
Shamsuddin Chino hendak menentang Samsudin Yahya? Apa pengaruhnya sedangkan hidupnya bersandarkan
dengan orang lain. Cakap bijak seperti peguam
yang tidak bertauliah," kata Jafar.
Kata Jafar, beliau kenal
betul Shamsuddin Chino empat tahun lalu
dia apabila dia (Shamsudin Chino) dilantik oleh ADUN Sekong sebagai Pengerusi
JKKK Kampung Bambangan.
"Tetapi dipecat kerana
Samsudin kuat mengugut dan menyalahguna kuasanya sebagai Pengerusi JKKK,
terutama suka menggertak kontraktor yang masuk ke kampung tersebut bagi melaksanakan pelbagai projek
kecil," kata Jafar yang menjelaskan bahawa Shamsudin meminta bayaran 20
peratus daripada nilai kontrak, kononnya untuk tabung JKKK.
Disebabkan perbuatannya
boleh menjejaskan nama baik kerajaan BN dan mencemarkan nama baik ADUN
berkenaan, kata Jafar, akhirnya Samsudin dipecat daripada jawatannya.
Kata Jafar lagi, sekarang
ini Shamsudin telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Penaja PPPS Sandakan yang mendakwa
konon PPPS sudah mempunyai ramai ahli
dianggarkan lebih 1,000 orang.
"Apa yang dinyatakan
oleh Samsudin Chino itu adalah satu pembohongan besar. Dari mana dia dapat
sejumlah 1,000 orang itu? Lagipun kalau dilihat
kebanyakan wajah-wajah mereka
persis orang 'Pilaks' sahaja," kata Jafar.
Jafar menegaskan, beliau
tidak bermaksud untuk membodek Datuk Samsudin Yahya, tetapi realitinya jika
PPPS ingin menentang UMNO di Batu Sapi, mereka wajar cermin diri dahulu.
No comments:
Post a Comment