Oleh : CHARLES P ANDIANG
KINABATANGAN : Akibat pengurusan pentadbiran yang tidak telus dan tidak
cekap, maka menjurus berlakunya beberapa penyelewengan Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabatangan (PPK) yang
diketuai oleh Hj Hamidin Raden yang
ditubuhkan kira-kira 25 tahun lalu iaitu semasa era pemerintahan PBS lagi.
PPK Kinabatangan yang
ditubuhkan untuk membela nasib para pekebun kecil yang mengusahakan kebun
kelapa sawit tetapi kini telah menyimpang lebih jauh daripada tujuan asal
perjuangan mereka yang kononnya untuk membantu para pekebun kecil.
Ramai pekebun kecil yang
menjadi ahli dalam pertubuhan ini sekaligus mereka telah melabur untuk pemegang
saham; tetapi setelah 20 tahun dividen yang dijanjikan untuk diageh-agehkan
kepada para pelabur terbabit, namun sehingga ke hari ini, satu sen pun belum
diagehkan.
Mantan Ketua Daerah
Kinabatangan, Haji Adhah Hj Sulaiman yang kini menjadi Ketua Cawangan Pas,
Kampung Batu Putih membongkar penyelewengan ini ekoran terlalu banyak aduan
yang diterima daripada para pelabur kecil; khususnya para pekebun kecil yang
menjadi mangsa penipuan oleh PPK tersebut.
"Kita sedih kerana
Pengerusi PPK, Haji Hamidin sebagai pemegang amanah telah menafikan hak-hak para pekebun kecil yang merupakan
pemegang saham di dalam pertubuhan tersebut," kata Haji Ahdah.
Tegasnya lagi, banyak tanah
PPK telah disewa pajak kepada sebuah syarikat perladangan, Bell Plantation Sdn.
Bhd yang menjana pendapatan bulanan antara RM10 ribu hingga RM15 ribu kerana PPK
hanya dibayar RM7 bagi setiap tan buah yang dituai dan dibeli oleh syarikat
terbabit.
“Saya yang mewakili para
pelabur yang terdiri daripada pekebun kecil meminta agar Suruhanjaya Pencegah
Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mengenai penyelewengan ini; terutama sekali
memanggil Hj Hamidin untuk disiasat berhubung penyelewengan dana PPK,” tegas Hj
Adhah yang mendesak pihak SPRM menangkap Hj Hamidin dan syarikat perladangan
terbabit.
No comments:
Post a Comment