TEMURAMAH.....Datuk
VK Liew sedang ditemuramah mengenai
tuntutan Penceroboh Asing di
Lahad Datu.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Kerajaan tidak
perlu mempertimbangkan tuntutan yang dibuat sekumpulan warga asing yang
menceroboh masuk perairan negara dekat Lahad Datu pada 13 Februari lalu.
Ini kerana tuntutan kumpulan yang mendakwa sebagai
Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu adalah tidak timbul memandangkan dari segi
perundangan saja semua pihak boleh merujuk kepada fakta sejarah.
"Kita difahamkan bahawa
menurut fakta sejarah, Kesultanan Sulu telah dimansuhkan pada awal tahun
1930-an apabila Kerajaan Filipina menjadi sebuah negara republik."
Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada Sabahkini.Net
sejurus selepas menyampaikan BR1M 2.0 Fasa 1 bagi kawasan Tanjung Papat yang
dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi kelmarin.
"Jadi, tidak timbul
soal tuntutan apabila sesebuah dinasti itu sudah pun dimansuhkan sejak sekian
lama,” ujarnya.
Sehubungan dengan itu,
katanya, pihak kerajaan jangan melayan dan perlu menolak sekeras-kerasnya
kerana tuntutan dari segi undang-undang adalah tidak wajar sama sekali;
lebih-lebih lagi latarbelakang mereka sukar dikenal pasti.
Justeru, katanya lagi,
rakyat tidak perlu mewujudkan sebarang spekulasi sebaliknya menyerahkan kepada
kerajaan untuk menyelesaikannya secara aman tanpa melibatkan insiden yang tidak
diingini berlaku.
"Rakyat jangan bimbang
kerana pasukan keselamatan kita akan melakukan yang terbaik bagi mengawal
keadaan demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini," ujar Ahli Parlimen
Sandakan itu.
No comments:
Post a Comment