Tuesday 12 March 2013

KEMILAU NCR DI AMBANG PILIHANRAYA







KENANGAN.....Amai dan Peguam yang sentiasa menolong Orang Asal, Datuk Kong Hong Ming sempat mengambil gambar kenangan sebelum meninggalkan kandang saksi kelmarin (11 Mac 2013).

Oleh : GALUS AHTOI

SETELAH 6 hari berada di kandang saksi dalam Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu bagi kes Pemberian Geran Tanah/Rampasan Tanah Adat, penduduk di tujuh buah kampung dalam Daerah Tongod; akhirnya saksi ke-4, Amai @ Martin Ampisik yang kini berumur 79 tahun merupakan bekas Ketua Anak Negeri telah selesai memberi keterangan.


Bagi Amai, perjuangan masih jauh dan pelbagai cabaran sedang melanda dan harus ditempuhi dengan tabah. Perbicaraan sedang berjalan dari kelmarin 11 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013 bagi bulan Mac ini.

Persoalannya, kenapakah orang miskin yang sudah nyata haknya dalam perundangan 'DIPAKSA' menyatakan haknya terhadap Tanah Adat (NCR) sehingga di peringkat mahkamah?

Manakala dalam Kes Darinsuk P. Apan di Tongod adalah MARUAH dan MASA DEPAN Orang Asal ke atas hak memiliki tanah menurut PEGANGAN TANAH ADAT (NCR).

No comments:

Post a Comment