Oleh : CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR : Pakatan
Rakyat (PR) berjanji mahu menghukum mereka yang terlibat dalam ' IC Projek '
sebagai manifesto pilihan raya untuk Sabah, dan menggunakan kemarahan berdekad
penduduk asal ke atas mereka yang terlibat memberi kad pengenalan kepada
pendatang asing.
Pakatan pembangkang itu
berkata inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan pentadbiran Najib
seharusnya perlu mempunyai syarat memastikan panel mempunyai kuasa menghukum
mereka yang terlibat dalam inisiatif kontroversi itu.
"Kita akan menguruskan
RCI yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan masalah kedatangan pendatang
haram di Sabah, bukan hanya membersihkan sistem kewarganegaraan dan memastikan
hanya yang layak sahaja dibenarkan mendapatkan kewarganegaraan, tetapi mereka
yang terlibat dengan Projek IC akan dihukum," kata pakatan tersebut dalam
manifestonya yang dimuat turun secara online.
Janji itu dikeluarkan
selepas Sabah masih lagi terkejut dengan pencerobohan yang berlaku oleh
sekumpulan militan Filipina ke negeri mereka, insiden yang dikaitkan dengan ' IC
Projek '.
Militan seramai 200 orang
itu mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari, dan menggunakan laluan yang
digunakan oleh penduduk selatan Filipina yang beragama Islam ke utara
SabahRamai yang menuding jari bahawa 'IC Projek IC' adalah punca dari masalah
ini berlaku, dan mendakwa berdekad projek "beri kewarganegaraan untuk
undi" didakwa dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) kepada
warga asing Filipina sepatutnya dipersalahkan dalam pencerobohan itu.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia paling lama dalam kuasa iaitu dari 1981 hingga 2003, dituduh
menjadi dalang dalam 'IC Projek' adalah di mana kewarganegaraan diberikan
kepada imigran sebagai pertukaran untuk undi.
Isu pendatang asing adalah
topik yang menjadi punca kemarahan penduduk asal Sabah seperti komuniti
Kadazandusun dan Murut (KDM), yang merasakan kedaulatan negeri dirampas oleh
pendatang asing seperti Filipina dan Indonesia.
Di Sabah, sudah menjadi
rahsia terbuka penduduk asal mahu pendatang asing dihantar pulang ke negara
asal, dan sering menuduh kumpulan tersebut merompak dan merampas peluang
pekerjaan disamping mencetuskan masalah sosial, ekonomi dan keselamatan.
Statistik menunjukkan
peningkatan sebanyak 390 peratus dari 636,431 orang penduduk pada 1970 kepada
3,120,040 orang pada 2010, dua kali ganda dari peratus pertumbuhan penduduk
nasional iaitu 164 peratus. Selain janji menghukum mereka yang terlibat dengan
"Projek IC", PR Sabah juga memberitahu bahawa di bawah pentadbiran
mereka, negeri akan kembali mendapat autonomi, yang mengikut perjanjian 1963.
Ia juga berjanji layanan
yang adil kepada Sabah dan mereka di seberang Laut China Selatan, disamping
kerajaan bersih berdasarkan intergriti dan "sifar rasuah".
"[Kami akan] hentikan
kronisme di setiap peringkat kerajaan dengan mengamalkan polisi terbuka bagi
mengelakkan pembaziran dan rasuah," kata pakatan tersebut dalam
manifestonya.
PR juga berjanji untuk
mengkaji semula perjanjian royalti minyak di antara negeri dan persekutuan,
menghapuskan polisi kabotaj, melindungi tanah adat orang asal, perumahan yang
lebih baik, prasarana awam yang lebih baik, dan membaiki sistem kebajikan
kepada yang miskin.
Pada pilihan raya 2008, BN
tewas majoriti tradisi dua pertiga kerana tewas teruk di semenanjung, dimana
cuma menang 85 kerusi sementara pembangkang menang 80 kerusi.
BN terselamat apabila di
Sabah, Sarawak dan Labuan mereka memenangi 55 kerusi parlimen berbanding
pembangkang dua buah kerusi sahaja. (TMI)
No comments:
Post a Comment