Oleh : NIGEL AW
PERSATUAN Jawatankuasa
Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) berharap pertemuan pertama dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, akan membawa kepada pengiktirafan
Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC).
Pengerusi Dong Zong, Yap Sin
Tian berkata delegasi beliau mengharapkan pengumuman besar dari Najib hari ini,
tetapi jawapan yang tegas, jika ada, mungkin mengambil sedikit masa.
Yap (kiri) berkata demikian
selepas pertemuan selama sejam dengan Najib di pejabat perdana menteri di
Putrajaya.
"Kami mengharapkan satu
pengumuman - berita baik dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini - tetapi kerana wujud isu-isu teknikal, maka lebih banyak perbincangan
diperlukan.
"Kami mengharapkan
pengumuman untuk mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke universiti awam boleh dibuat
sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya kepada wartawan selepas
pertemuan tersebut di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Yap menambah, disebabkan
kekangan masa, maka Dong Zong telah membincangkan secara eksklusif tentang
pengiktirafan UEC - sijil bagi sekolah menengah persendirian Cina.
Menurutnya lagi, terdapat
perbincangan mengenai syarat pelajar dari sekolah pengantar Cina untuk
memperolehi sekurang-kurangnya satu kredit dalam SPM bersama-sama dengan UEC
sebagai syarat untuk memohon memasuki universiti awam.
"Terdapat juga
perbincangan mengenai isu akreditasi subjek bahasa Melayu dalam UEC,"
katanya.
No comments:
Post a Comment