Oleh : KREW SABAHKINI.NET
TUARAN : Calon Parti
Keadilan Rakyat (PKR) bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman; Haji
Ghulabdin Enjih berikrar memperjuangkan nasib rakyat yang memerlukan pembelaan jika
terpilih sebagai Wakil Rakyat.
Haji Ghulabdin yang
mempunyai pengalaman luas dalam politik dan pernah menjadi Ketua Penerangan
UMNO Tuaran, Setiausaha Bahagian Berjaya Sulaman, Timbalan Ketua Pemuda Parti
Bersatu Sabah (PBS) Sulaman.
Beliau juga pernah menjawat
beberapa jawatan lain seperti Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Tuaran tahun
1991 hingga tahun 2004, Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna SANYA Berhad
(KOSAN) tahun 1999 hingga kini; Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan
Perumahan dan Bandar Sabah tahun 2010 hingga 2012 dan Setiausaha Akhbar Menteri
pada tahun 2004 hingga tahun 2010.
Beliau berkata demikian
ketika berucap di Majlis Perjumpaan Rakyat anjuran Jawatankuasa Daerah Mengundi
Tambalang di kediamannya di Kampung Kota Tuaran baru-baru ini, mengakui pengalaman
menganggotai beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Pertubuhan Belia
Kebangsaan Sabah (SANYA); Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran,Pengerusi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St John Tuaran, Pengerusi Badan Bahasa
dan Sastera Sabah (Bahasa) Tuaran dan Pengerusi Ranting Angkatan Amanah Merdeka
(AMANAH) Kawasan Sulaman
Kesungguhan Haji Ghulabdin
berkhidmat dan mendekati penduduk pelbagai kaum di kawasan Sulaman telah
menjadikan beliau begitu disenangi dan sering mendampingi rakyat tanpa mengira
sama ada tua ataupun golongan anak-anak muda di kawasan tersebut.
Peluang Haji Ghulabddin agak
cerah dan yakin dapat membuat kejutan dalam pilihan raya ini dan bakal memberikan
saingan sengit kepada penyandang, Datuk Haji Hajiji Noor; malah peluang
berdepan dengan penyandang merupakan satu cabaran politik yang menarik kerana
pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Hajiji.
"Sesungguhnya bagi
saya, PKR mempunyai potensi besar bagi menawan Kawasan DUN Sulaman dan Kawasan
Parlimen Tuaran kerana terlalu banyak isu tempatan; seperti masalah perumahan
di Kampung Mengkabong yang bernilai RM80 juta; tetapi terdapat pembinaannya
tidak mengikut kehendak rakyat.
"Pembinaan itu
seolah-olah hanya melepaskan batuk di tangga dan asal ada sahaja, malahan
terdapat juga banyak rungutan yang diluahkan oleh rakyat terlibat kerana tidak
berpuas hati terhadap sistem pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti.
"Situasi lebih tidak
menyenangkan apabila ada di antara beberapa penghuni yang sepatutnya juga layak
memperolehi rumah tetapi tidak berpeluang memilikinya.
"Saya ingin menyatakan
kepada rakyat yang terlibat dan belum memperolehinya agar bersabar. Sekiranya
saya diberi peluang oleh rakyat untuk mewakili kawasan ini, Insyallah saya
sudah merangka satu dasar koprehensif untuk menyelesaikan masalah rakyat
terlibat. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT dan atas sokongan rakyat Pakatan
Rakyat (PR) dapat diberipeluang untuk memerintah," kata Haji Ghulabdin.
Haji Ghulabdin menyatakan, rakyat
di DUN Sulaman dan Sabah khasnya tidak mempunyai pilihan selain daripada
memilih Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 ini demi merealisasikan perubahan yang
lebih bermakna sejajar dengan mesifesto
dan perjuangan untuk memberikan perkhidmatan yanglebih telus kepada
rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Katanya, rakyat mesti
melakukan perubahan kerana pemerintahan yang lepas begitu tidak ikhlas kerana
jelas apabila sudah mendepani pilihan raya dan merasakan sudah mulah kehilangan
sokongan baharulah kerajaan memberikan pelbagai sumbangan.
"Dasar kerajaan lepas
sudah tidak relevan berikutan kecenderungan pemimpinnya yang mengenepikan
rakyat atau tidak lagi berpaksikan kepada perjuangan membela rakyat,sebaliknya
hanya mengurus kepada mempertahankan kepentingan peribadi dan kepentinagn
pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
"Pemimpin BN bersungguh
melakukan apa sahaja cara bagi memenangi pilihan raya ini semata-mata untuk
mendapatkan kuasa dengan harapan kuasa itulah yang menentukan mereka terus
hidup bermewah-mewah dan seolah-olah berlagak jumud dengan melupakan
kepentingan rakyat.
"Ini berbeza dengan apa
yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan rakyat dalam
perjuangannya," kata Haji Ghulabdin lagi.
Justeru itu Haji Ghulabdin
mengajak rakyat supaya berani membuat pilihan bijak dengan memilih Pakatan
Rakyat kerana masanya sudah tiba untuk semua rakyat membawa perubahan dan
menumbangkan sistem parti yang serta mendewa-dewakan kepimpinan yang berkuasa
mutlak dan bersifat autokrasi di negara ini.
No comments:
Post a Comment