BANTU....Anwar
berkata majlis ini akan membantu Pakatan Rakyat dalam hal ehwal pertahanan dan
keselamatan negara.
Oleh : MD IZWAN
PETALING JAYA :Pakatan
Rakyat (PR) hari ini mengumumkan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat
(MPKR) yang berperanan untuk menasihati pemimpin PR tentang isu keselamatan dan
pertahanan, serta memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan
keselamatan negara.
Dalam sidang media di ibu
pejabat PKR Petaling Jaya hari ini, Tan Sri Jeneral (B) Md Hashim Hussein
dilantik sebagai pengerusi MPKR dan bertanggungjawab menguruskan majlis
tersebut.
“Sidang media hari ini ialah
bagi mengumumkan perlantikkan Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai pengerusi
Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat... ia diputuskan sebulat suara oleh
kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Majlis ini akan membantu
Pakatan Rakyat dalam hal ehwal pertahanan dan keselamatan negara,” kata Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hashim merupakan bekas ketua
turus angkatan tentera darat Malaysia dilantik memandangkan pengalaman dan
pengetahuan yang dimilikinya tentang aspek keselamatan dan pertahanan negara,
kata Anwar lagi.
Hashim berkata objektif
penubuhan MPKR antaranya ialah bagi bagi mengenalpasti mekanisma terbaik untuk
keselamatan dan pertahanan negara disamping mencari jalan penyelesaian ketika
berlaku sesuatu konflik atau ancaman terhadap ancaman negara.
“Antara objektifnya ialah
penetapan tugas dan tanggungjawab bagi mewujudkan satu arahan selaras dalam
arahan dan kawalan, serta melihat tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia dan
Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu-isu ancaman negara.
“Selain itu, ia juga akan memberi
khidmat nasihat kepada pasukan keselamatan dalam menyelesaikan sesuatu
konflik,” kata Hashim.
Mengulas lanjut, Hashim
memberikan contoh insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dimana berlaku
banyak pertikaian daripada segi arahan dan kawalan sepanjang insiden
pencerobohan pengganas Sulu tersebut.
“Sebagai contoh, di Sabah
baru-baru ini, saya lihat ada penglibatan politik yang luar biasa dalam
menangani insiden pencerobohan tersebut.
“Itu apa yang saya nampak,
contohnya ialah mengapa tidak membiarkan panglima tentera di Sabah
mengendalikan isu tersebut kenapa panglima di semenanjung yang perlu ditugaskan
ke sana? Ini wujudkan pertikaian arahan,” tegas beliau lagi.
No comments:
Post a Comment