Oleh: JACOB BALANG
KEMABONG : Parti
Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Sabah tidak terkejut malah tidak terjejas
sama sekali penyertaan bekas Adun Bingkor Thomas Anggan yang juga merupakan
Pengerusi Parti KITA Sabah ke pangkuan Barisan Nasional (BN) baru baru ini.
Demikian dinyatakan Timbalan
Pengerusi parti KITA Mutang @ Sylvester bin Dawat (gambar), yang juga calun
parti itu bertanding dikawasan Parlimen Tenom ketika diminta mengulas tindakan
Thomas meninggalkan Parti KITA sepertimana yang dilaporkan.
Bagaimana pun, Thomas yang
disebut sebut untuk bertanding dikawasan Dun Bingkor dan Parlimen Keningau atas
tiket Parti KITA pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) tidak menjadi tanpa
memberi apa apa alasan.
Mutang berkata, beliau sedia
memikul tanggung jawab parti selepas Thomas Anggan keluar meninggalkan mereka
kerana parti itu dikembangkan ke Sabah atas kehendak rakyat Sabah itu sendiri.
Pada hematnya, tidak ada
sebabnya tergesa gesa meninggalkan perjuangan itu selama kira kira lebih dua
tahun bertapak diSabah tetapi ianya sekadar mampu untuk separuh jalan untuk
sampai ke kemuncaknya, namun harapan rakyat terutamanya para penyokong parti
itu terus dihampakan begitu sahaja, tegas Mutang.
Ketika ditanya berhubung
dakwaan Thomas kononnya jumlah keahlian Parti KITA diSabah keseluruhannya
setakat ini berjumlah 4,000 dimana diPedalaman hanya setakat 1,000 keahlian
adalah tidak benar dan karut semata mata (hentam keromoh).
“ Terpulang lah kepada
Thomas mentafsirkan kekuatan Parti Kita dalam apa sahaja bentuk andaiannya
dalam masa sekarang...tetapi perjuangan kita akan terus kukuh dan didokongi
oleh golongan muda profesional selepas PRU13,” tegasnya lagi.
Mutang terlibat didalam
pertandingan empat penjuru bagi Parlimen Tenom pada PRU13 antaranya Datuk Raime
Unggi (BN-penyandang), Jimmy Jawatah (SAPP), dan Masdin Tumas (PKR) untuk
meraih sokongan pengundi seramai hampir 24,000 yang merangkumi Dun Melalap dan
Kemabong pada 5.5.2013.
No comments:
Post a Comment