SERTAI
DAP....Jaidin dengan 100 orang ahli UMNO Sim-Sim menyerahkan borang kemasukan
DAP kepada Pengerusi DAP Sandakan, Stephen Wong.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Terdapat beberapa usul dibentangkan termasuk mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) untuk menyiasat masalah kekurangan diesel dan gangguan Bekalan
Elektrik yang semakin meruncing sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Masalah gangguan bekalan
elektrik di Sandakan sehingga kini belum dapat diselesaikan walau penyelesaian
dicari sejak berpuluh-puluh tahun dan semakin teruk kerana menjejaskan kehidupan rakyat jelata dan pelbagai sektor industri di Sandakan;
malah mengakibatkan kerugian besar yang ditanggung oleh para peniaga.
Kami menyeru agar satu Suruhanjaya
Siasatan Diraja yang bebas ditubuhkan
untuk menyiasat masalah berkaitan masalah seperti yang dinyatakan dan
mengemukakan satu rancangan bagi
menyelesaikan dengan sempurna.
Setiausaha Organisasi DAP
Sabah, Jeffry Kumin membentangkan usul berkenaan ketika beliau mempengerusikan
Mesyuarat Agung Tahunan DAP 2013
Sandakan bagi kali kedua di sini,
kelmarin.
Usul berikutnya yang turut
dibentangkan ialah sokongan terhadap pucuk pimpinan di mana ahli-ahli DAP
seluruh Sabah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Jimmy Wong Wze
Phin supaya dikekalkan sebagai jawatan Pengerusi DAP Sabah.
Kata Jeffrey, khidmat Jimmy Wong
memang amat diperlukan demi memperkukuhkan kestabilan semua cawangan di
Sabah termasuk pengurusan dalaman untuk
mengelakan sebarang konfilk yang tidak diperlukan, di samping menjaga suasana
muhibbah.
Usul seterusnya dibentangkan
ialah mempertikaikan masalah kekurangan bekalan minyak diesel bersubsidi kerana
daerah Sandakan selalu menghadapi kekurangan Diesel sehingga mengganggu operasi sektor
pengangkutan darat dan laut. Kebanyakan diesel bersubsidi tidak dipantau dengan teliti dan disalah
gunakan sehingga banyak sektor pengangkutan terpaksa membazir masa yang panjang
untuk menunggu giliran membeli diesel.
"Kami menyeru kerajaan
agar memperkuatkuasakan pemantauan diesel bersubsidi ini supaya rakyat lagi sengsara
dan tindakan ini seolah-olah berlaku sabotaj ekonomi," kata Jeffrey lagi.
Kata Jeffrey, usul terakhir ialah
DAP meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon maaf kepada rakyat dan penjawat
utama meletakkan jawatan.
Dalam PRU 13 lalu, semua
ahli SPR yang dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) perhubungan antara SPR dan BN amat
meragukan dan pihak SPR kurang adil dalam menjalankan tugas mereka .
TERIMA....
Wong menerima borang kemasukan DAP yang diketuai oleh Dayang Zubaidah bersama 100 Ahli UMNO Jambatan Lorong 14.
USUL...Jeffry
membentangkan usul mengenai kekurangan Diesel di Sandakan yang semakin kritikal.
Selain daripada itu,
berjuta-juta ringgit telah dibazirkan untuk membeli dakwat 'kekal' rupanya dakwat tidak kekal, senarai nama pengundi
penuh dengan mereka bagi orang-orang yang diberikan Kad Pengenalan di
bawah 'IC Projek'.
Mereka yang mendapat
keistimewaan IC Projek ini benar-benar telah mencabuli hak-hak pengundi tulen
rakyat tempatan dan kami mencabar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR melatak
jawatan kerana jelas bersekongkol dengan kerajaan BN melakukan penipuan besar kepada
para pengundi yang sebenarnya.
Mesyuarat Agung tersebut
yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang yang diadakan di pejabatnya Bandar Litad,
Jalan Pintas Utara, telah dihadiri lebih 1,000 ahli DAP daripada beberapa buah
cawangan.
Dalam ucapan alu-aluan
Pengerusi DAP Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan kerana
dapat meluangkan masa disamping iaitu juga beliau mengalu alukan kemasukan
seramai 200 orang daripada dua
cawangan BN Kg Sim-Sim yang diketuai Jaidin Awang Damit dari jambatan lorong 24
dan satu lagi Cawangan DAP Jambatan Lorong 14 yang diketuai Dayang Subaidah
menyertai DAP Sandakan.
Katanya, kalau dululu DAP
yang dianggap hanya parti untuk orang Cina sahaja, tetapi sekarang semuanya telah
berubah kerana ramai bumiputera sudah menyedari hakikat yang sebenarnya dan
tiada satu badan politik di negara ini hanya berjuang untuk bangsanya sendiri.
LOMPAT PARTI IDAK ADA PENDIRIAN
ReplyDeleteIroninya, pada setiap musim pilihan raya seperti sekarang, topik 'katak lompat' atau "lompat parti" sering menjadi perbualan ramai, kerana fenomena itu menjadi lumrah politik pilihan raya di Malaysia.
Apa jua pandangan atau persepsi terhadap fenomena itu, topik lompat parti sememangnya menarik dibahaskan malah hujah mengenainya pernah dibangkitkan di mahkamah.
Pada April 1992, Mahkamah Agung ketika itu dalam kes Nordin bin Salleh vs Dewan Undangan Negeri Kelantan, memutuskan bahawa undang-undang yang mewajibkan seseorang anggota dewan yang bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan kebebasan berpersatuan yang diperuntuk di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ini ekoran tindakan kerajaan Kelantan, dan diikuti kerajaan Sabah, ketika itu mengubal undang-undang anti-lompat bagi mengelakkan wakil rakyat bertukar parti.
LOMPAT PARTI, TIDAK ADA PENDIRIAN
ReplyDeleteKetika itu, terdapat parti politik yang meminta calon pilihan raya mereka menandatangani surat perjanjian tanpa bertarikh terlebih dahulu bahawa mereka akan meletakkan jawatan jika bertindak keluar parti selepas menang pilihan raya.
Perbualan 'lompat parti' juga menjadi hangat apabila pada 2008 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu ghairah mengumumkan beliau akan dapat menarik beberapa anggota parlimen untuk membolehkannya menubuhkan kerajaan pada 16 Sept.
Sejak pilihan raya umum 2008, insiden lompat parti begitu ketara dengan beberapa wakil rakyat keluar parti, sama ada dari pembangkang mahu pun Barisan Nasional, dan menjadi anggota Bebas, baik di Semenanjung mahu pun di Sabah.
LOMPAT PARTI, TIDAK ADA PENDIRIAN
ReplyDeleteBagi penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, insiden lompat parti sebenarnya menunjukkan politik di Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi yang adil kerana tiada akta digubal yang tidak membenarkan mana-mana anggota keluar parti kerana berpindah ke parti lawan yang mahu meraih majoriti.
Katanya tindakan lompat parti biasanya berlaku apabila keadaan terutama ketika sesebuah parti tidak mendapat undi majoriti menjadikannya tidak boleh membentuk kerajaan dan ini menyebabkan ada antara anggotanya merasakan kedudukan mereka terancam sehingga bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertai pihak lain.
"Secara mudahnya kita panggil ia sebagai politik cari makan dan bukan politik berprinsip kerana sikap anggota parti sebegini selalunya akan mudah tertawan dengan tawaran berbentuk wang ringgit dan jawatan oleh parti lain.
Sikap tidak kuat pendirian itu mendorong anggota parti itu berasa tidak lagi berguna pada parti selain ada anggota yang lompat parti ibarat 'merajuk' apabila tidak tercalon pada pilihan raya," katanya
Budaya lompat parti ini memang satu kebiasaan di politik.
DeleteSELEPAS tewas teruk dalam PRU yang lepas, pembangkang cuba macam-macam cara untuk pastikan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan kekal sebagai Perdana Menteri. Pelbagai dakwaan yang bukan-bukan dibuat, pelbagai tohmah direka untuk menunjukkan seoalah-olahnya kerajaan ini lemah.
ReplyDeleteMacam biasa, balaci pembangkang semua percaya, termasuk segelintir di kalangan yang mengaku pro BN.
Tidak mengapalah, perlu terima hakikat ada segelintir rakyat Malaysia ini otaknya berpenyakit. Cakap pasal betul salah dengan puak-puak ini, ibarat cakap dengan batu, buang masa dan tenaga.
Petisyen yang dikemukakan juag mencapai rekod kali ini. Kami menantikan perkembangan selanjutnya.
DeleteWalaupun begitu, bagi ramai yang lain, penjelasan perlu diberikan, dan ini termasuklah fitnah terbaru kononnya ada ahli parlimen dalam negara ini yang cuba mengumpulkan sokongan untuk mengenakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib.
ReplyDeleteCuma yang anehnya dalam fitnah terbaru ini, tidak ada sebab dinyatakan!!
Apa jenis undi tak percaya tu? Sepatutnya mesti ada sebab kenapa nak diadakan undi tidak percaya, atas alasan dan sebab apa pulak yang nak dikenakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri?
Patutnya, pembangkang usulkan undi tidak percaya pada Anwar Ibrahim sebab dia tipu banyak dah, sehinggakan dikala 97% orang cina beri undi kepada pembangkang pun, kerajaan BN masih tidak dapat ditewaskan!!
ReplyDeleteUsul undi tidak percaya ini pula diwar-warkan pulak, diatur oleh seorang pemimpin UMNO dari Kelantan, pemimpin sama yang disebut-sebut akan mencabar Najib dalam pemilihan UMNO akan datang. Tapi seperti biasa, tidak ada bukti ditunjukkan, hanya petik sumber yang entah sesiapa.
Justeru, dimpulkan ini semua adalah satu lagi fitnah yang direkayaksakan oleh pasukan tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai Red Bean Army. Pasukan yang dibiayai oleh DAP ini (dijelaskan oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun) nampaknya mengubah taktik dengan cuba menimbulkan huru hara dalam UMNO pula.
Media jika salah digunakan akan mendatangkan kesan yang amat negatif.
DeletePendekatan ini sesuai dengan kedudukan UMNO sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi paling tinggi dalam Dewan Rakyat, 88 kerusi – kurang satu dari 89 kerusi pembangkang kalau dicampurkan semua sekali. Tak dapat kalahkan UMNO dalam pilihanraya, Red Bean Army cuba hancurkan UMNO dari dalam pula.
ReplyDeleteIni semua pendekatan yang kita semua patut berhati-hati agar tidak terperangkap. Puak ini memang tidak ada kerja lain, hanya menyasarkan UMNO sebab itulah parti terkuat dalam BN.
Sementara kita yakin UMNO mampu bertahan dari fitnah ini kerana jentera kita kuat, parti komponen BN macam MCA dan Gerakan patut ambil peluang ini untuk perkukuh kedudukan masing-masing dalam politik dan alam siber. Biarlah Red Bean sibuk attack UMNO dan MCA serta Gerakan boleh perkemas jentera siber masing-masing.
DAP ingat tubuh RCI ni macam buat laporan polis ka?? kalau mahu sangat tubuh RCI, minta saja kerajaan DAP keluarkan dana.. amacam??
ReplyDeletetgkklah adakah usul ini akan diterima
ReplyDeleteSabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyalurkan bekalan elektrik tambahan sebanyak 8 Megawatt (MW) di daerah ini melalui pembukaan operasi set janakuasa bergerak di SJ Labuk yang mula beroperasi sepenuhnya hari ini.
ReplyDeleteMenteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah ketika melancarkan operasi set janakuasa itu berkata projek tersebut adalah sebahagian daripada projek penambahan 28MW kapasiti penjanaan elektrik di daerah ini yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.
ReplyDeleteKatanya dengan penambahan itu, kapasiti penjanaan bekalan elektrik di daerah ini berjumlah 217.MW melebihi keperluan pengguna sebanyak 112.5 MW. "Kami berharap penambahan kapasti penjanaan bekalan elektrik itu akan menggalakkan pembangunan di daerah ini," katanya.
ReplyDeleteSyabas adanya bekalan yang mencukupi. Semoga bekalan ini dapat meningkatkan lagi produktiviti.
DeleteTan berkata sebahagian projek penambahan bekalan elektrik itu adalah Rehabilitasi Set Turbin Gas berkeupayaan 20MW di Stesen Janakuasa Batu Sapi SESB. Beliau berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM50 juta secara keseluruhannya bagi melaksanakan projek mempertingkatkan sistem bekalan elektrik di daerah ini.
ReplyDeleteKatanya pelaksanaan projek tersebut dapat mengatasi masalah seperti gangguan tenaga elektrik dan kurang bekalan elektrik kecuali jika disebabkan masalah cuaca.
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM42 juta untuk membuka semula Stesen Janakuasa Elektrik Batu Sapi di sini bagi meningkatkan bekalan elektrik di daerah ini.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa membela nasib dan sedia menaikkan taraf hidup semua golongan.
DeleteMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata peruntukan itu sepatutnya dikeluarkan untuk tahun depan tetapi dipercepatkan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik terutama di daerah ini.
ReplyDelete“Ia hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke daerah ini pada bulan lepas yang mahu kementerian mengambil tindakan segera mengatasi gangguan bekalan elektrik di daerah ini,” katanya..
ReplyDeleteBeliau berkata Stesen Janakuasa Elektrik Batu Sapi yang ditutup pada 2010 dijangka dibuka semula November ini, dengan kapasiti penjanaan sebanyak 20 Megawatt (MW).
ReplyDeletekerajaan BN selama ini tidak goyang kaki membiarkan masalah2 seperti gangguan bekalan letrik terus membebankan rakyat.. malah ianya adalah usaha berterusan kerajaan bukan sahaja tertumpu di sandakan tetapi juga meliputi seluruh negeri Sabah..
ReplyDeleteTerdapat dua faktor yang mungkin menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan minyak diesel bersubsidi di beberapa kawasan.dua faktor yang dimaksudkan itu ialah projek ‘Community Drumming’ dan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertindak ke atas pihak yang menjalankan aktiviti penyelewengan seperti ini.
Delete“Ini kerana bagi menampung kuota minyak bersubsidi untuk projek Community Drumming, para pembekal terpaksa mengambil bekalan dari beberapa stesen di kawasan berhampiran untuk dihantar ke kawasan pedalaman.
ReplyDeleteTengok sejauh mana kemampuannya.
ReplyDeleteInstitut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), yakin akan wujud jalinan kerjasama dengan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
ReplyDeletePengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata KKIP merupakan satu kawasan perindustrian yang paling pesat pembangunannya di negeri ini. pasti akan lebih banyak pekerjaan akan diwujudkan dan NIOSH yakin satu kerjasama dengan KKIP juga akan wujud.
ReplyDeleteLee berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan 3rd Borneo Conference And Exhibition On Occupational Safety And Health (BOSH) – A Global Strategy : Optimizing Productivity Through Accident Prevention, di sini, kelmarin.
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam ucapannnya yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid sebelum ini memberitahu KKIP setakat ini telah berjaya menarik pelaburan bernilai RM2 bilion dalam pelbagai industri yang kebanyakannya daripada industri kecil dan sederhana (PKS).
ReplyDeleteBeliau menyeru agar setiap pihak yang berkaitan untuk terus sedar akan betapa pentingnya peranan OSH serta menyarankan agar ia dibudayakan.
ReplyDeleteSungguhpun kesedaran tentang OSH dari tahun ke tahun meningkat di Malaysia, hanya dengan pengamalan dan komitmen yang berterusan untuk sistem pengurusan OSH akan mencapai budaya OSH dalam organisasi.
ReplyDeleteSyarikat mesti berusaha untuk mewujudkan budaya kerja selamat dan berbuat lebih banyak untuk mencegah atau meminimumkan kemalangan industri melalui amalan OSH yang baik,
ReplyDeleteBeliau turut menggesa agar semua pihak agar menganggap OSH sebagai pelaburan dan bukan beban dan ini selaras dengan pepatah bahawa ‘Keselamatan Baik Untuk Perniagaan’.
ReplyDeletesebuah strategi pencegahan kemalangan harus diterima oleh semua syarikat untuk mencapai keseluruhan promosi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
ReplyDelete