Oleh : MD IZWAN
TUN DR MAHATHIR Mohamad
mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan
menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13
(PRU13) baru-baru ini dimana media baru banyak memainkan peranan.
Dr Mahathir berkata beliau
kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh
internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1996.
"Ketika saya mengetuai
MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat
internet.
"Saya beritahu dia
tidak, kami akan jadi sangat bebas... tapi kini saya terpaksa berfikir dua
kali," kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di
Berjaya Times Square Convention Centre disini.
Beliau juga berkata tidak
menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang drastik sehingga ia
disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan orang ramai
mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain.
"Bila berikan
kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu beri
mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya.
"Sekarang kamu lihat
orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain, kenyataan-kenyataan
tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara satu sama lain,"
katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak sebelum ini berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap
Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial.
Najib menegaskan kerajaan
tidak akan bertindak melesenkan portal berita dan blog sebagaimana dilakukan
negara jiran, bagaimanapun, katanya, bagi memelihara keharmonian nasional,
kerajaan akan tetap menguatkuasakan undang-undang sedia ada.
Media sosial, terutamanya
Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus
"Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut presiden
mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan.
Kira-kira 13.6 juta pengguna
Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari
keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com.
Dua puluh sembilan peratus
pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.
Penganalisis politik
berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan
maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk
mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana,
menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin
berkurangan. (TMI)
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sadong Jaya Ir. Aidel Lariwoo menasihatkan anggota masyarakat khasnya generasi muda menggunakan sebaik mungkin kemudahan komputer riba 1Malaysia (KR1M) yang diberikan kerajaan.
ReplyDeleteBeliau berkata kemudahan itu yang disediakan untuk tujuan pendidikan tidak sepatutnya disalahgunakan untuk menimbulkan propaganda yang boleh memburukkan kerajaan dan menghancurkan masa depan negara.
ReplyDeleteMenurutnya, KR1M memberi faedah kepada generasi muda bagi mengetahui lebih luas dunia digital serta satu langkah untuk mengenali alam siber dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) dalam dunia yang semakin maju dan membangun.
ReplyDelete“Pelbagai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bertujuan menaik taraf kehidupan rakyat, membangun sesuatu kawasan agar rakyat tidak ketinggalan daripada masyarakat lain di dunia ini.
ReplyDeleteBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Komputer 1Malaysia (KR1M) SKMM di Dewan Sri Sadong Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sadong Jaya.
ReplyDeleteKatanya, bagi pelajar yang telah menerima KR1M, mereka harus berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan kemudahan bagi pendidikan supaya mereka setaraf dengan masyarakat lain dengan mendedahkan penggunaan komputer dan kemudahan mendapatkan maklumat pembelajaran melalui internet.
Beliau memberitahu kebebasan bersuara menerusi laman sosial tidak harus disalah guna untuk menghasut yang boleh menggugat keamanan negara kerana mereka yang didapati melakukan kesalahan seperti menghasut di laman sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang.
ReplyDelete“Kita kesal kerana ada individu yang menggunakan laman sosial untuk menghina institusi Raja, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) seperti yang berlaku baru-baru ini, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.
ReplyDeleteBudaya inovasi
ReplyDeleteSementara itu di KOTA SAMARAHAN, Minggu Inovasi dan Kreativiti 2013 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak menjadi platform untuk membudaya inovasi yang merupakan agenda penting bagi Malaysia demi meningkatkan daya saing negara supaya dapat bergerak seiring bersama negara-negara maju yang lain.
Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Sarawak Prof. Madya Dr. Rashidah Mahdi berkata, langkah untuk menyemai budaya inovasi perlu dilakukan secara menyeluruh semenjak dari bangku sekolah, universiti, industri serta kerajaan.
ReplyDelete“Usaha itu perlu mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk ahli akademik bagi membolehkan inovasi dan produktiviti yang kompetitif untuk memacu peningkatan nilai tambah kepada ekonomi negara,” katanya.
ReplyDeleteMenurutnya, sambutan yang bertemakan ‘Inovasi: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi’ lebih bermakna kerana ia bersamaan dengan Sambutan Ulang Tahun UiTM Sarawak Ke-40.
ReplyDelete“Kita harap program ini dapat menggalakkan budaya inovasi dan meningkatkan daya kreativiti di kalangan warga UiTM Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Minggu Inovasi & Kreativiti 2013 UiTM Sarawak.
Di samping itu katanya, pendedahan mengenai kepentingan perlindungan harta intelek serta penerangan mengenai prosedur untuk mendapatkan perlindungan harta intelek dan pengisian borang permohonan perlindungan harta intelek juga akan dilaksanakan.
ReplyDeletekebebasan media yang jgnlah disalah guna. gunakan ia untuk benda brmanfaat.
ReplyDeleteSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa aduan yang diterima mengenai sekatan akses yang dikatakan dilakukan oleh Penyedia-penyedia Perkhidmatan Internet (ISP). Siasatan awal mendapati tiada sekatan dilakukan oleh pihak ISP seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
ReplyDeleteNamun, kesesakan yang mungkin dialami oleh orang ramai dalam mengakses beberapa laman web yang dikatakan telah disekat mungkin berpunca daripada peningkatan secara mendadak jumlah pelawat ke laman-laman web berkaitan PRU13.
ReplyDeleteSKMM memandang berat terhadap tuduhan sekatan akses kerana jika ISP telah melakukan sekatan tidak mengikut lunas undang-undang, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi & Multimedia 1998 kerana melanggar syarat-syarat lesen.
ReplyDeleteSKMM menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan secara terburu-buru sebelum siasatan lengkap dilaksanakan. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan seperti masalah laluan penghantaran data (network routing) atau kekangan kapasiti disebabkan peningkatan bilangan mereka yang melayari laman-laman web tersebut.
ReplyDeleteuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengkaji aspek penggunaan internet di negara ini secara holistik, termasuk keperluan dan kesesuaian mewujudkan undang-undang tertentu untuk mengawalnya.
ReplyDeleteMenteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata perkara itu akan diteliti secara rasional, tidak terburu-buru tanpa membabitkan tempoh masa, dan bukan berdasarkan pertimbangan atau perspektif politik.
ReplyDeleteKatanya, kerajaan tidak boleh terlalu sensitif dengan segelintir kandungan online berbaur politik yang melakukan penyalahgunaan atas tujuan tertentu, sebaliknya perlu melihat kegunaan internet secara menyeluruh, termasuk untuk kepentingan perniagaan, mempromosi negara dan perkongsian maklumat serta pendapat dalam pelbagai bidang.
ReplyDeleteBagaimanapun pada masa sama, beliau berkata, kajian SKMM juga akan mengambil kira langkah negara lain seperti Australia dan United Kingdom yang walaupun mengamalkan dasar liberal, tetap melaksanakan inisiatif kawalan terutama bagi melindungi kanak-kanak daripada pornografi serta mengelak ancaman pengganas.
ReplyDelete“Kita akan pantau perkara ini. Ada sesetengah perkara itu tidak perlu kita buat undang-undang seperti di Singapura. Undang-undang yang ada sudah memadai... boleh gunakan akta sedia ada, tidak semestinya kita kena buat satu peraturan perlesenan untuk tujuan itu,” katanya.
ReplyDeleteAhmad Shabery berkata, kerajaan perlu terlebih dulu memantau keberkesanan tindakan Singapura itu, memerhati pelbagai aspek yang masih kabur berhubung pelaksanaan berkenaan, selain mengenal pasti sama ada ia dianggap suatu kaedah untuk menyekat kebebasan.
ReplyDeleteBagaimanapun, beliau menegaskan, paling penting dalam konteks ini ialah rakyat Malaysia mempunyai kawalan kendiri, lebih bertanggungjawab dan bijak dalam memanfaatkan kemudahan internet, termasuk tidak menyalahgunakannya untuk mencetuskan sentimen perkauman, menabur fitnah, meracuni fikiran masyarakat sehingga merosakkan ketenteraman awam, atau terperdaya dengan pembohongan.
ReplyDelete