TANYA.....Pasukan
keselamatan bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang mendakwa diculik di Kampung
Tanagian, Lahad Datu semalam.
VIDEOKLIP
KOTA KINABALU : Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini, semalam.
KOTA KINABALU : Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira
pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke
sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.
Bagaimanapun, remaja
tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu
saudaranya.
Berdasarkan laporan, ketika
ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah
menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.
"Mereka mencari Bintor
dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di
situ," kata wanita itu.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis yang mendapat laporan mengenai
kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang. (KOSMO)
masih ada pengganas yang berani mahu masuk Lahad Datu ka?? tempat tu sudah jadi markas tentera.. sia2 mati katak kalau kedapatan..
ReplyDeleteada ura2 mengatakan bahawa 12 lelaki itu adalah saki-baki pengganas Kiram.. betul atau tidak, yang pasti mereka tetap akan diburu sampai ke lubang cacing..
ReplyDeletePencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteSabah, tegas beliau, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.
ReplyDeleteSambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.
"Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang, 'Sultan Sulu' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.
ReplyDelete"Kedua, sebarang tuntutan atau hak 'Sultan Sulu' terhadap Wilayah Sabah walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan September 1963," katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.
ReplyDeleteBagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.
ReplyDeleteMusa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden pencerobohan di daerah Lahad Datu.
Penubuhan ESSCOM yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.
ReplyDeleteMusa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, ESSCOM mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013 hingga 2017.
ReplyDeleteIni termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, katanya.
Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.
ReplyDeleteBerita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tudou,
ReplyDeleteLahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah
faham pihak tertentu di media sosial.
Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri
ReplyDelete(KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan
di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12
individu.
Kumpulan berkenaan disahkan bukan penceroboh tentera Suluk seperti yang didakwa.
ReplyDeleteAdik Nurul Zulaikha Abdullah, 14 Tahun didakwa diculik di Kampung Tanagian dalam zon Tanjung Labian, Lahad Datu
Ada yang mengatakan terdapat pencerobohan semula tentera Kesultanan Suluk ke Lahad Datu.
ReplyDeleteNamun berita itu telah dinafikan oleh sumber KDN