Saudara Pengarang,
RANAU : Masalah pengangguran
anak-anak muda Sabah terus kritikal. Dilaporkan seramai lebih 300,000 orang
Sabah yang berhijrah bekerja di Lembah Kelang sahaja dan angka ini pasti jauh
lebih besar jika dicampur dengan seluruh Malaya dan Singapura.
Sementara kakitangan Malaya
yang menyerbu ke Sabah terdiri dari penjawat bertaraf pegawai, Sabahan yang
bekerja di Malaya adalah kebanyakannya bekerja di kilang-kilang. Dilaporkan juga
bahawa ramai mereka yang hidup merempat di Malaya dan malah ada yang
menghabiskan malam mereka di bawah jambatan.
Situasi ini menempatkan
Sabahan setaraf dengan rakyat Indonesia, Filipina dan Bangladesh yang datang ke
Malaysia sebagai pekerja asing. Amat menghairankan apabila bumi Sabah yang kaya
dengan pelbagai hasil tapi rakyatnya adalah termiskin di Malaysia dan dangan
kadar pengangguran paling kronik di Malaysia.
Bayangkan sahaja bila hasil
cukai Sabah pada 2012 ialah RM 38 billion tetapi hasil sebanyak itu gagal
menjana ekonomi negeri Sabah dan gagal menjana peluang pekerjaan yang amat
diperlukan anak-anak muda. Apa tidaknya, semua hasil itu Malaya pungut melalui
Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Ironinya, semakin ramai
pegawai Malaya dihantar ke Sabah. Pada tahun 1980-an dahulu, bila kita suarakan
kehadiran mereka di Sabah, pemimpin kita sering buat alasan bahawa Sabahan
belum layak memegang jawatan-jawatan itu.
Tapi pada tahun 2013 ini,
alasan itu sudah tidak dapat diterima sama sekali. Di Ranau sahaja, saya amat
yakin lebih 500 org lulusan Sarjana, sarjana muda dan diploma masih menganggur.
Kalau setakat lulusan SPM, angka itu mampu mencapai ribuan orang.
Penghijrahan beramai-ramai
anak muda ke Malaya adalah satu kerugian besar kepada Sabah dan Ranau. Pekan
Ranau amat lembab berkembang kerana volume wang penduduk amat perlahan
meningkat.
Jika peluang pekerjaan
dijana d Ranau, dan katalah terdapat 5,000 orang Ranau mendapat peluang
pekerjaan itu, jika mereka berbelanja RM800 sebulan, maka sejumlah RM4j wang
akan dibelanjakan di Ranau sebagai tambahan kepada yang sedia ada setiap bulan.
Ini pasti dapat merancakkan perniagaan dan seterusnya pembangunan di Ranau.
Untuk mengatasi masalah
pengangguran di Sabah bukanlah terlalu sukar. Kerajaan BN hanya perlu tunaikan
manifesto pilihan raya iaitu menghormati Perkara 20. Perkara 8 iaitu
Borneonisasi hendaklah dilaksanakan serta merta supaya semua jawatan d Sabah
diisi Sabahan sendiri.
Perkara 11 iaitu kuasa
menungut dan mengurus hasil cukai dipulangkan kepada Sabah. Dengan hasil cukai
yang terlalu besar, ia dengan mudah mampu menjana pembangunan untuk Sabah dan
mampu mengubah ekonomi Sabah dalam tempoh 5 tahun.
Kerajaan BN juga perlu
memansuhkan polisi kabotaj serta merta. Gara-gara polisi ini, pelabur asing seperti
Jepun, China dan USA tidak berminat melabur di Sabah disebabkan kos tinggi dan
masa perjalanan perdagangan perkapalan yang memakan masa panjang. Akibat
kekurangan pelabur, peluang pekerjaan terbantut dan pengangguran berleluasa.
Saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin
di Ranau supaya prihatin dengan nasib anak-anak muda sekarang. Mereka perlu
bersuara mendesak Perkara 20 dilaksana dan polisi kabotaj dimansuhkan serta
merta.
Amat malang, Ranau yang
terkenal dengan paling ramai pelajar di universiti, tetapi akhirnya mereka ini
menjadi penganggur dan terpaksa bekerja di kilang-kilang di Malaya. Lebih
malang, mereka ini akan menanggung hutang PTPTN selepas habis pengajian tanpa
pekerjaan.
Sekian, Salam Hormat,
JALIBIN PAIDI
Ahli Jawatankuasa Negeri
STAR Sabah
suda ko pamalas lagi mo bising bising. . ada kobun kasi pajak Om. . ada sawit kasi pajak pilak. .. kirja potong rumput ki nda mau. . bikin swasta butun. .. memang patut la negeri ko mundur. .. memang pamalassss. . monginum sajaa ko rajin gamannnnn. .. kotoh !!!!!!
ReplyDeleteIN VIEW of the many job seekers approaching the ADUN Luyang office in Foh Sang shop, the ADUN Luyang Hiew King Cheu has decided to establish a job centre in his office to register and to help those who are looking for jobs and employment.
ReplyDeleteThe job centre will register those who are unemployed and seeking employment in Sabah or in Semenanjung. The job centre will contact the employers, or they can come to the office if they need to employ workers. The centre will keep a list of the people who has registered under various categories ranging from general workers, house maids, unskilled and skilled workers, technicians, engineers, and even professionals.
ReplyDeleteApakah punca pengangguran? Harus juga dikaji dan mencari cara penyelesaian yang terbaik.
DeleteThe purpose of setting up such job centre will enable the job seekers to be put in contact with the employers who are looking for workers and staffs, and it is easier by just contacting the ADUN Luyang office for the right person to employ. All interviews can be arranged through the centre.
ReplyDeleteHiew said any one who wishes to register with the job centre should come forward to the ADUN Luyang office in Foh Sang to fill in the particulars so that the employers can contact the person. Hiew also hopes that the move to set up such job centre can effectively help those who are seeking for employment.
ReplyDeleteFor those who are interested can call the job centre at tel: 088-254987, 018-9610 5
Let the center to help for a better and right position.
Deletebah, apalagi? sudah ada centre ni. buli la pigi isi kredit, rajin-rajin calling tu centre. usaha tangga kejayaan bro.
ReplyDeleteKerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali membawa masuk pekerja asing untuk mengisi kekosongan yang banyak dalam sektor industri perladangan dan komoditi, menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.
ReplyDeleteBeliau berkata, sektor perladangan dan komoditi merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pendapatan eksport komoditi di negara ini pada 2011 mencatatkan peningkatan sebanyak 24 peratus daripada RM114.2 bilion pada tahun 2011 kepada RM141.2 bilion pada 2012. Angka ini dijangka meningkat kepada RM282.6 bilion menjelang tahun 2020. Oleh itu, sektor seperti ini menyediakan sebilangan besar peluang pekerjaan.
ReplyDeleteDompok berkata, seramai 394,334 orang bekerja di ladang kelapa sawit di seluruh Malaysia pada September tahun ini. Daripada angka ini, kira-kira 299,569 orang atau 76 peratus adalah pekerja asing.
ReplyDeleteOrang Sabahan tidak mahu kerja di ladang, itulah semua digunakan orang asing.
DeleteDompok berkata, kementeriannya sentiasa menerima aduan daripada ladang-ladang dan pemilik kilang mengenai kesukaran yang mereka hadapi dalam menggaji pekerja tempatan terutama bagi jawatan pengurus, mekanik, juruelektrik, serta jawatan dalam pentadbiran dan kewangan.
ReplyDelete"Sehingga September 2012, terdapat 26,167 kekosongan dalam industri perladangan kelapa sawit yang perlu diisi. Daripada jumlah ini, 5,549 kekosongan adalah di Sabah," katanya.
ReplyDeleteKekosongan ini akan diisi oleh PATI atau pendatang asing.
DeleteDompok menggesa pencari kerja untuk mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan yang dijalankan oleh Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) di mana peserta akan dilatih untuk menjadi pekerja separuh mahir dan mahir dalam kelapa sawit, getah, koko, kayu, kenaf dan industri lada.
ReplyDelete"Dengan pendedahan dan latihan yang disediakan di IMPAC, akan lebih banyak peluang dalam sektor perladangan dan komoditi akan dibuka kepada mereka yang berminat," katanya di majlis itu.
ReplyDeletePeluang pekerjaan sebenarnya ada, apakah sebab tidak orang yang berminat? Gaji teramat rendah?
DeleteDompok juga menggesa majikan supaya memberi keutamaan kepada pencari pekerjaan tempatan apabila mengupah mereka kerana ramai graduan tempatan dan pelatih yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan yang ada itu.
ReplyDeleteKarnival Kerjaya, dianjurkan oleh Kementerian Dompok adalah sebuah pusat sehenti bagi pendaftaran pekerjaan, sesi temuduga terbuka dan ceramah kerjaya yang terbuka kepada orang ramai. Majlis bertujuan untuk memaklumkan dan mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai daripada pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor perladangan dan komoditi.
ReplyDeletepeluang pekerjaan sebenarnya sentiasa ada di negeri.. selain faktor gaji, belia sabah lebih suka bekerja di tempat lain berbanding dengan negeri sendiri.. inilah realiti yang perlu diketahui oleh sebilangan rakyat terutamanya pihak yang kerap menuduh bahawa kerajaan tidak melakukan apa2 dalam menyediakan peluang pekerjaan di negeri ini..
ReplyDeleteUsaha berterusan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran kepada golongan belia terutama dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi menjadikan Malaysia mengatasi beberapa negara maju dari segi jumlah pengangguran.
ReplyDeleteKetua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, hasil perancangan rapi dan berterusan kerajaan untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat membolehkan pencapaian itu dicatatkan.
ReplyDelete"Kadar pengangguran di negara ini adalah rendah dan terkawal, hanya sekitar 3.1 peratus berbanding beberapa negara maju seperti di Amerika Syarikat, 8.1 peratus, Kanada, 7.2 peratus dan Jepun, 4.5 peratus.
ReplyDelete"Segalanya tidak datang bergolek dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa yang lama di samping pelan tindakan melalui pelbagai peringkat kajian sebelum kita dapat menikmati apa yang ada hari ini," katanya.
ReplyDeletePengangguran merupakan masalah di kebanyakan negara dengan Eropah merekodkan sejumlah 24 juta orang yang tidak mempunyai pekerjaan.
ReplyDeleteKatanya, rakyat Malaysia bernasib baik kerana kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program pembinaan kerjaya dari semasa ke semasa sekali gus memberi kesedaran kepada golongan muda yang merangkumi kira-kira 40 peratus pengundi berdaftar.
ReplyDeleteTerdapat lebih 32,000 pemohon kerja di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berdasarkan statistik terkini daripada Jobs Malaysia.
ReplyDeleteSehubungan dengan itu katanya, kerajaan komited membantu golongan ini dengan melaksanakan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang melibatkan pihak swasta menerusi Tangungjawab Sosial Korporat (CSR).
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik usaha pelbagai pihak termasuk daripada jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta dalam membantu mengurangkan pengangguran di kalangan graduan di Sabah.
ReplyDeleteKerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat termasuklah golongan belia khususnya para graduan, katanya.
Oleh itu katanya, sektor swasta juga turut berperanan penting bagi memastikan negeri ini mempunyai kepakaran yang sesuai dengan keperluan industri dan kehendak semasa dalam memberi peluang pekerjaan kepada para graduan.
Sehubungan dengan itu katanya, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif potongan cukai berganda kepada syarikat yang menyertai program ini dengan kelulusan cukai diberikan selama hanya 5 tahun berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2016.
ReplyDeleteSementara itu, Musa menyatakan bahawa Kerajaan Negeri turut menggalakkan pelabur luar datang melabur dan membuka syarikat di Sabah supaya ia dapat membuka peluang kepada para graduan di negeri ini mendapat pekerjaan.
Selain itu, Musa turut menasihati para graduan supaya tidak memilih kerja dan terus berusaha tanpa putus asa dalam mencari pekerjaan serta melengkapi diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan secukupnya untuk menghadapi dunia pekerjaan.
ReplyDeleteSementara itu, seramai 400 atau 10 peratus daripada 4,000 pemohon yang layak menyertai program SL1M adalah graduan-graduan dari Sabah, katanya.
Juga katanya, program SL1M di Sabah telah menerima penyertaan sebanyak 44 syarikat daripada 80 penyertaan syarikat di seluruh Malaysia.
Mengikut rekod, pada tahun lepas (2011) katanya, seramai 8,000 graduan di seluruh Malaysia telah mendapat pekerjaan selepas menyertai program SL1M ini.
Terdapat lebih 32,000 pemohon kerja di Sabah, kata Ketua Men- teri
ReplyDeleteSabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berdasarkan statistik terkini daripada
Jobs- Malaysia.
erajaan komited membantu golongan ini dengan me- laksanakan program Skim
ReplyDeleteLatihan 1Malaysia (SL1M) yang melibatkan pihak swasta mene- rusi
Tangungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pelaksanaan program SL1M ini adalah bertepatan dengan masanya kerana sekurang- kurangnya ia berupaya mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan,
ReplyDeleteKerajaan Negeri sentiasa men- yambut baik usaha pelbagai pihak termasuk
ReplyDeletedaripada jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta dalam
membantu mengurangkan pengangguran di kalangan graduan di Sabah.
Kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat termasuklah golongan belia khususnya para graduan
ReplyDeleteKita telah dan akan sentiasa melaksana- kan pelbagai program bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan
ReplyDeletesektor swasta juga turut berperanan penting bagi memastikan negeri ini
ReplyDeletemempunyai kepakaran yang sesuai dengan keperluan industri dan kehendak
semasa dalam memberi peluang pekerjaan kepada para graduan.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif potongan cukai berganda
ReplyDeletekepada syarikat yang menyertai program ini dengan kelulusan cukai
diberikan selama hanya 5 tahun berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga 31
Disember 2016.
Pemberian insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan dan
ReplyDeletepengiktirafan Kerajaan di atas kerjasama, komitmen dan sokongan padu
yang diberikan serta usaha-usaha murni yang dijalankan oleh semua
syarikat yang terlibat dalam menjayakan program SL1M ini
harap bilangan syarikat khususnya di Sabah akan bertambah selepas program Outreach SL1M ini
ReplyDeleteKerajaan Negeri turut menggalakkan pelabur luar datang melabur dan
ReplyDeletemembuka syarikat di Sabah supaya ia dapat membuka peluang kepada para
graduan di negeri ini mendapat pekerjaan.
menasihati para graduan supaya tidak memilih kerja dan terus berusaha
ReplyDeletetanpa putus asa dalam mencari pekerjaan serta melengkapi diri mereka
dengan kemahiran dan pengetahuan secukupnya untuk menghadapi dunia
pekerjaan.