Tuesday 18 June 2013

NAJIB KALAH PERANG PERSEPSI?






Oleh : LIM KIT SIANG

HAIRANKAH kita jika buat kali pertama dalam sejarah negara kita yang berusia 56 tahun ini dan setelah 13 pilihan raya umum, legitimasi seorang Perdana Menteri dipertikaikan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia? Apakah Najib dan BN boleh bertahan sehingga ke PRU14?

‘Perdamaian Nasional’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan gagal dan Umno BN akan benar-benar kalah dalam PRU14 jika beliau terus menganggap bahawa Barisan Nasional memenangi PRU13 tetapi kalah dalam ‘perang persepsi’ sepertimana yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin.

Menurut Najib, Barisan telah menjalankan banyak transformasi dari segi pelaksanaan perkhidmatan sejak empat tahun lalu dan telah memenangi PRU13, tetapi ia kalah dalam perang persepsi berikutan fitnah dan pembohongan yang telah disebarkan oleh Pembangkang menerusi media alternatif yang lebih dipercayai orang berbanding kebenaran dalam media arus perdana.

Kata Najib: “Untuk pilihan raya umum berikutnya, Barisan mesti mempersiapkan diri untuk terlibat dalam perang persepsi”.

Apakah Najib sebenarnya menjanjikan lebih banyak pembohongan Umno BN di ruang siber dalam masa lima tahun mendatang, walaupun 10,000 cybertrooper Umno BN yang dilatih dalam siri Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dianjurkan di seluruh Malaysia, melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat, telah gagal sama sekali?

Saya tidak ingin membela media alternatif, tetapi apakah Najib sanggup menubuhkan suruhanjaya penyiasatan bebas untuk mengenalpasti mengapa media arus perdana telah hilang kredibiliti dan wibawa sehingga media alternatif lebih mendapat tempat?

Biarkan suruhanjaya bebas itu meneliti pembohongan media arus perdana Umno BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, atau Star yang mendakwa DAP telah mendanai “Tentera Kacang Merah” yang mempunyai 300 hingga 3,000 cybertrooper dan membelanjakan RM108 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN.

Sampai sekarang ini lidah Umno Utusan Malaysia masih terus menerbitkan pembohongan tentang DAP yang kononnya mendanai ‘Tentera Kacang Merah’! Dalam PRU13, Umno BN kalah undi majoriti tetapi menang majoriti kerusi parlimen kerana bagi para pengundi Umno BN gagal menangani isu nasional tentang Malaysia yang selamat, bersih, telus dan moderat.

Najib masih berjaya memegang kuasa kerana tiadanya sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Cakap-cakap Najib tentang ‘transformasi’ semuanya kosong, seperti yang dapat kita lihat pada hakikat bahawa rakyat Malaysia kini tidak merasa selamat di tempat-tempat awam dan bahkan dalam rumah sendiri berikutan peningkatan kadar jenayah yang tidak terkawal, sehinggakan buat kali pertama rakyat Malaysia tidak merasa selamat untuk keluar makan di restoran dan kedai makan terbuka.

Mampukah Najib, Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bersimpati dengan komen berikut yang ditulis oleh pengunjung blog saya?

“Darah saya mendidih hari ini apabila membaca berita tentang polis yang menyediakan pemeriksaan setiap jam ke atas mesin ATM! “Mengapa? Keselamatan mesin ATM adalah tanggungjawab pihak bank. “Di mana keutamaan PDRM? Orang ramai dirompak, ditetak, dirogol, dan bermacam-macam lagi cara harta benda dan tubuh-badan mereka dijejaskan, tetapi polis lebih bimbang tentang mesin ATM kepunyaan bank?

“Bank membayar lebih banyak cukai? Mesin ATM lebih penting daripada nyawa manusia? “Kita telah sampai ke peringkat di mana jalan-jalan awam ditawan oleh penjenayah dan kita tidak lagi berani keluar rumah. “Bagi saya kalau polis meronda setiap dua jam sekali di kawasan awam yang menjadi tempat tumpuan jenayah pun sudah cukup.

“Dan di mana sekian banyak motosikal yang baru-baru ini diberikan kepada polis dengan segala publisiti, untuk membantu mereka melakukan rondaan?

“Saya TIDAK PERNAH melihat walaupun seorang anggota polis di jalan berhampiran rumah saya, sama ada polis bermotor atau berkereta, sejak enam bulan lalu.

Padahal rumah saya hanya berjarak 2 km dari sebuah stesen polis yang pembukaannya dirasmikan dengan penuh meriah tidak sampai 3 tahun lalu.” Boleh Zahid atau Khalid menjawab persoalan-persoalan ini?

Maka hairankah kita jika buat kali pertama dalam sejarah negara kita yang berusia 56 tahun ini dan setelah 13 pilihan raya umum, legitimasi seorang Perdana Menteri dipertikaikan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia? (MP GELANG PATAH)

39 comments:

  1. BAGAIMANA PULA DENGAN PAKATAN HARAM?? BERAPA BANYAK DANA YANG DIHABISKAN UNTUK MENGANJURKAN DEMONSTRASI JALANAN HINGGA KE LUAR NEGARA DENGAN KERJASAMA BERSHIT??? BERAPA BANYAK PULA DANA DIHABISKAN UNTUK CYBERTROOPER PAKATAN TERMASUK RED BEAN ARMY??

    ReplyDelete
  2. BERAPA BANYAK PULA DANA DIHABISKAN UNTUK MEMBELI DUA BUAH BAS MEWAH, TRELER MEWAH, JET MEWAH, HELIKOPTER DAN PELBAGAI JENTERA KEMPEN PAKATAN HARAM?? DARI MANA DATANGNYA SEMUA DUIT ITU?? ANWAR DAN LIM KIT SIANG MENABUNG SEJAK KECIK??

    ReplyDelete
  3. KENAPA SEHINGGA KE HARI INI PAKATAN MASIH GAGAL MENUNJUKKAN BUKTI KUKUH KONONNYA BERLAKU PENIPUAN KETIKA PILIHANRAYA??? DAN APA PULA KOMEN LIM KIT SIALLL MENGENAI TINDAKAN GANAS PETUGAS2 PILIHANRAYA PAKATAN HARAM YANG MEMUKUL DAN MENGHALANG PENGUNDI DARI MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB??

    ReplyDelete
  4. DAN YANG LEBIH MENARIK UNTUK DIPERSOALKAN IALAH, APA FUNGSI SEBENAR PARA WAKIL ATAU AGEN PILIHANRAYA PAKATAN HARAM KETIKA PROSES PEMBUANGAN UNDI?? SEKIRANYA BENAR BERLAKU PENIPUAN, KENAPA TIDAK ADA WAKIL ATAU AGEN PAKATAN HARAM YANG TAMPIL MEMBUAT LAPORAN POLIS??

    ReplyDelete
  5. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Cabaran demi cabaran telah dibuat terhadap Anwar Ibrahim agar menampilkan bukti serta saksi bagi semua tuduhannya, kononnya keputusan PRU13 adalah penipuan dan rancangan jahat Barisan Nasional dengan bantuan SPR.

    ReplyDelete
  6. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia mempunyai bukti terdapat 40,000 orang Bangladesh telah mendarat di Kuala Lumpur dan menjadi pengundi-pengundi hantu di banyak kawasan.

    ReplyDelete
  7. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun pengundi hantu dari Bangladesh seperti yang didakwa itu, berjaya ditampilkan. Bukti-bukti blackout yang disiarkan oleh tentera Red Bean pula, kebanyakannya telah dirakamkan dan dilakonkan lebih awal sehingga beberapa perkara penting, bersalahan dengan realiti.

    ReplyDelete
  8. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Malah, walaupun salah seorang ADUN PAS dari Seri Serdang mengakui bahawa bukti blackout yang diuar-uarkan oleh Anwar Ibrahim itu berlaku di salah satu saluran pengundiannya, dia sendiri tidak berani membuat laporan polis dan enggan memberikan lebih banyak maklumat.

    ReplyDelete
  9. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Dengan kata lain, dia sekadar membuat pengakuan dengan bersandarkan kepada ‘nasihat-nasihat’ yang diberikannya. Terlebih-lebih menarik lagi ialah, dakwaan tersebut berlaku selepas tiga minggu hari pengundian. Dengan kata lain, sepanjang 21 hari sebelum itu, ADUN Seri Serdang itu sendiri tidak tahu apa-apa tentang kejadian blackout.

    ReplyDelete
  10. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Daripada 222 kerusi Parlimen dan beberapa ratus kerusi DUN, tidak ada satu pun bukti menunjukkan berlakunya blackout sepertimana yang dicanangkan. Lebih teruk lagi, calon-calon Pakatan Rakyat terutama sekali dari DAP, menafikan sekeras-kerasnya berita tentang blackout, malah memuji SPR yang telah menjalankan tugas dengan begitu baik pada hari pengundian.

    ReplyDelete
  11. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Anwar sebenarnya sudah tersepit kerana pembohongannya. Bagi orang biasa, mereka mungkin akan panik dan terus mendiamkan diri serta tidak lagi muncul di khalayak ramai selepas pembohongan mereka terkantoi. Tetapi ini tidak berlaku kepada Anwar Ibrahim, bahkan dia semakin giat menghasut orang ramai, khususnya golongan muda agar mempercayai pembohongannya.

    ReplyDelete
  12. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Anwar Ibrahim mendidik para pendengarnya agar mempercayai apa-apa sahaja yang dikatakannya walaupun tidak mempunyai sebarang bukti. Malah Anwar Ibrahim telah mengajar kepada para pemercayanya, sebarang bukti yang menyanggah kata-katanya tidak boleh diterima sama sekali.

    ReplyDelete
  13. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Disebabkan itulah, sehingga ke hari ini, para pemercaya Anwar Ibrahim masih lagi memperkatakan tentang penipuan pilihanraya. Sedangkan apabila mereka diminta menunjukkan bukti atau fakta, mereka sekadar memperkatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak faham dan tidak yakin. Mereka sebaliknya mengulang-ulang semula apa yang diajarkan oleh Anwar Ibrahim bagaikan burung kakatua yang diajar bercakap.

    ReplyDelete
  14. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Anwar telah mengadakan beberapa himpunan membabitkan golongan muda Cina di bebera[pa lokasi. Pada 16 Jun nanti, Anwar telah berjaya mendapatkan persetujuan daripada PAS bahawa perhimpunan yang akan diadakan di Padang Merbok, tidak jauh dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman akan turut disertai oleh ahli-ahli PAS dari seluruh negara.

    ReplyDelete
  15. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Bergantung kepada anak-anak Cina untuk berhimpun, sekadar pertunjukan kononnya, Anwar mendapat sokongan daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Namun sokongan daripada ahli-ahli PAS terutama golongan mudanya pula akan menyaksikan pertempuran di jalan-jalan raya akan memudahkan Anwar Ibrahim untuk terus menipu seperti biasa.

    ReplyDelete
  16. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Manusia yang pedomannya hanyalah ingin merampas kuasa dan berkuasa seperti Anwar Ibrahim kerap mempersetankan kepentingan majoriti rakyat. Yang dipentingkan adalah tembolok dan perutnya sendiri. Anwar boleh merekacipta seribu satu macam alasan untuk menghalalkan perbuatannya.

    ReplyDelete
  17. CUKUP-CUKUPLAH PAKATAN MEROYAN.. BERSYUKURLAH DAPAT TIGA BUAH NEGERI.. SEKURANG-KURANGNYA PAKATAN MASIH BERPELUANG MEROMPAK HARTA RAKYAT DI TIGA BUAH NEGERI ITU

    Peluang untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sudah pun terkatup rapat, walaupun dia akan terus berusaha untuk tujuan tersebut sepanjang lima tahun ini. Alasannya bahawa dia lebih popular dari Najib Abdul Razak sekaligus melayakkannya untuk terus menjadi petanding jawatan Perdana Menteri, sudah pun menjadi aras tanda kepada gelagatnya selagi dia berada bebas di luar kandang penjara.

    ReplyDelete
  18. KETIKA berceramah beberapa hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berkhayal’ bagaimana majlis angkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan dijalankan.

    Beliau berangan-angan ketika itu pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas akan memenangi pilihan raya tersebut.

    ReplyDelete
  19. Pada malam hari pengundian pula, Penasihat PKR itu terus bermain psikologi apabila menghantar mesej melalui twitternya mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan UMNO supaya tidak merampas apa yang disifatkan oleh beliau kemenangan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Ini hanya beberapa contoh sahaja bagaimana kemaruknya Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

    Justeru tidak hairanlah apabila keputusan rasmi diumumkan, Anwar ‘meroyan’ dengan membuat tuduhan bahawa berlaku penipuan dalam proses pengundian.

    ReplyDelete
  21. Berikutan itu, beliau menggerakkan perhimpunan haram di seluruh negara bagi memprotes keputusan tersebut biar pun pembangkang mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta memenangi 89 kerusi Parlimen.

    Malahan Anwar sendiri dianggap menang selesa di Parlimen Permatang Pauh. Namun ‘nafsu politik’ Penasihat PKR itu terus bergelora kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri terkubur.

    ReplyDelete
  22. Anwar tidak mahu bermuhasabah atau bersikap terbuka untuk menerima kekalahan pakatan pembangkang sebaliknya cuba menyeret rakyat menyokong agenda songsangnya mengatakan berlaku penipuan dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  23. Yang penting bagi Anwar ialah melepaskan perasaan geramnya setelah impian untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang sebelum ini beliau ’khayalkan’ tidak menjadi kenyataan.

    Apatah lagi melalui protes seumpama itu sahaja ia akan mampu menutupi kegagalannya memimpin PKR dan pakatan pembangkang menumbangkan BN.

    ReplyDelete
  24. Tambahan pula, di dalam PKR sendiri sudah ada desas-desus yang mahu Anwar bertanggungjawab kepada kegagalan pembangkang itu khususnya PKR.

    Sebab itulah, Pas yang sebelum ini dilihat teman paling setia menggerakkan ahli-ahlinya menyertai demonstrasi pembangkang mula ‘menekan brek’.

    ReplyDelete
  25. Pemimpin-pemimpin kanan parti itu terutamanya daripada golongan ulama mahu semua ahli-ahli Pas menerima keputusan PRU-13 sebagai takdir Allah.

    Walaupun tidak melarang namun kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin Pas jelas membuktikan mereka tidak mahu lagi bersekongkol atau hanyut dengan amarah Anwar yang semakin ‘meroyan’ kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  26. Keghairahan Anwar untuk terus melancarkan protes juga tergugat kerana DAP sudah membuat kenyataan tidak akan memulau majlis angkat sumpah bagi Ahli Parlimen yang dijadualkan pada 2 Jun ini.

    Ia sekali gus membuktikan DAP turut mengiktiraf keputusan PRU-13 dan dakwaan berlakunya penipuan hanyalah satu tuduhan politik yang tidak berasas.

    ReplyDelete
  27. Biar pun pada mulanya DAP bersedia berada sepentas dengan Anwar untuk melakukan protes terhadap keputusan PRU-13 namun mereka kini semakin menyedari agenda sebenar Anwar.

    ReplyDelete
  28. Apapunlah oranglain hendak katakan mengenai DS Najib, bagi ambe, beliau berjaya melakukan sesuatu yang amat luarbiasa.

    ReplyDelete
  29. Dalam keadaan di hentam tanpa henti sejak beliau menjadi Perdana
    Menteri, beliau mampu memacu negara ini. Bukan calang-calang pemimpin
    yang mampu melawan arus desakan dan kritikan dari semua pihak. Baik dari
    pihak musuh ataupun dari pihak dalaman sendiri.

    ReplyDelete
  30. Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2014 yang akan dibentangkannya pada 25 Oktober ini menyasarkan mengurangkan defisit fiskal negara kepada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015.

    ReplyDelete
  31. Untuk tujuan itu, Perdana Menteri semalam mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang diketuainya selaku Menteri Kewangan.
    Jawatankuasa itu turut dianggotai menteri Kabinet dan ketua jabatan semua kementerian.

    ReplyDelete
  32. Kita mahu mengurangkan defisit fiskal tanpa mempertaruhkan perkembangan ekonomi domestik atau sokongan fiskal yang berterusan untuk menjana inisiatif transformasi.

    ReplyDelete
  33. Ini akan dicapai melalui gabungan perbelanjaan berhemah, namun produktif dengan mengukuhkan peningkatan hasil, termasuk pulangan cukai lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya.

    ReplyDelete
  34. kerajaan berada pada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus KDNK tahun lalu kepada empat peratus tahun ini.

    ReplyDelete
  35. ekonomi Malaysia masih berkembang 4.1 peratus pada suku pertama 2013 yang disokong permintaan domestik kukuh, khususnya disumbangkan pelaburan swasta berterusan yang mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 10.9 peratus.

    ReplyDelete
  36. UMNO Youth leader Khairy Jamaluddin Abu Bakar is taking an 'open' stand on the contest for the movement's leadership post in the coming party election.

    ReplyDelete
  37. He said he had no problem if there was a contest for the post and welcome anyone who wanted to vie for the post.

    ReplyDelete
  38. Khairy, who is Youth and Sports Minister told this to reporters at the Malaysia Games (SUKMA) sponsorship event at his office in Putrajaya, Wednesday.

    ReplyDelete
  39. The media has reported that Kelantan UMNO Youth had proposed for the movement's leadership post to not be contested at the coming party election.

    ReplyDelete