TINJAU
…..Linda serta pegawainya dan Fan meninjau jambatan yang rosak dekat jeti di
Kampung Pukat.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI : Masyarakat
nelayan di Kampung Pukat meminta pertimbangan dari Ahli Parlimen Batu Sapi
Datin Linda Tsen Thau Lin untuk menggantikan jambatan kayu yang rosak di jeti
punggah-memunggah dengan jambatan konkrit.
Pengerusi Persatuan Nelayan
(Tongkang) Sandakan Fan Kwai Ming mengajukan permintaan berkenaan kepada Datin
Linda semasa beliau membuat tinjauan ke Kampung Pukat yang terletak di tanah
Merah untuk melihat sendiri keadaan jambatan-jambatan di situ.
Menurut Fan, jeti di kampung
itu digunakan oleh nelayan untuk punggah-memunggah tangkapan hasil-hasil laut
harian mereka sekembalinya dari laut.
Dalam maklum balas Linda menjelaskan bahawa pihaknya akan memohon peruntukan untuk
membaiki kemudahan asas yang rosak itu di perkampungan tersebut.
“Kerajaan memang meemandang
berat terhadap para kaum nelayan kerana mereka adalah penyumbang ekonomi Negara
apa apapun saya akan bantu untuk mendapatkan peruntukkan bagi membina jambatan
atau jeti kongkrit demi keselesaan para nelayan memunggah hasil tangkapan
mereka.
Sebagai Ahli Parlimen yang
diberi mandate untuk lima tahun lagi menerajui kepimpinan Batu Sapi saya akan
menunaikan janji-janji saya kepada seluruh pengundi Batu Sapi yang merangkumi
dua DUN iaitu Sekong dan Karamunting dalam apa saja bentuk kemudahan asas yang
diperlukan selaras Janji Ditepati
Turut sama dalam tinjauan ke Kampung Pukat itu ialan
Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.
Elaun Sara Hidup Nelayan dilihat bukan sekadar membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung golongan itu setiap bulan malah membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mereka.
ReplyDeleteBeberapa nelayan memberitahu, bantuan itu juga dilihat sebagai bukti kerajaan tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap keperluan mereka.
ReplyDeleteSeorang nelayan, Ismail Saud, 79, berkata, sejak memulakan kerjaya sebagai nelayan di Pantai Puteri pada usia 14 tahun, elaun sara hidup adalah yang amat dinantikan memandangkan pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan.
ReplyDelete"Alhamdulillah, bantuan ini diteruskan sehingga kini dan saya amat bangga menjadi salah seorang penerima bantuan daripada kerajaan ini," katanya.
ReplyDeleteIsmail merupakan antara 786 orang penerima elaun sara hidup nelayan yang disampaikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah dalam majlis penyerahan di tapak Pasar Tani, Pusat Transformasi Bandar (UTC).
ReplyDeleteElaun berjumlah RM157,200 itu melibatkan sebanyak 623 nelayan Melayu, 120 nelayan Cina dan 43 nelayan Portugis.
ReplyDeleteSeorang nelayan dari Tengkera Pantai, Wee Choon Leong, 76, berkata, berbanding negara lain golongan nelayan di negara ini amat bernasib baik menerima pelbagai bantuan.
ReplyDelete"Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan elaun yang diterima kerana memang setiap bulan akan dapat.
ReplyDelete"Saya gembira kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai bantuan termasuk insentif dan insurans," katanya.
ReplyDeleteNelayan dari Umbai, Abdullah Abu, 66, berkata, bantuan tersebut perlu diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memastikan tiada yang keciciran.
ReplyDeleteSeorang nelayan dari Serkam Pantai yang juga merupakan golongan orang kurang upaya (OKU), Mohd. Haider Dol, 40, berkata, dia bernasib baik kerana bukan hanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi juga elaun sara hidup itu.
ReplyDelete"Alhamdulillah, elaun ini memang amat membantu orang seperti saya dan saya sangat bersyukur kerana kerajaan sangat prihatin," katanya.
ReplyDelete