Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
PENDATANG asing dari India,
Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam
tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun
1984.
Peer, 53, memberitahu
Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas
dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalan pada
1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.
Beliau yang juga merupakan
anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam
lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.
"Saya diberi borang,
tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer
yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi
Kota Kinabalu di sini.
"Saya diarahkan
membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik
uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu
bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.
Ketika disoal oleh pegawai
penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang
tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam
Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata
beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi
kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.
"Adakah kamu bersetuju
kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal
Jamil. "Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.
Dalam pada itu, seorang saksi
Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) hari ini
berkata pihaknya mendapati terdapat sindiket-sindiket yang menjual "resit
sementara" atau dikenali sebagai "kad burung-burung" kepada pendatang
asing tanpa izin dari Filipina yang berada di Sabah.
Macarius Sabinus, 56, yang
bekerja mendaftarkan pendatang asing tanpa izin pada tahun 1986-1988 di Sabah
berkata, ketika proses itu pihaknya menemui kes-kes berkenaan dan pendatang
asing tanpa izin tersebut menerima kad burung-burung berkenaan di Bongao,
Filipina.
"Saya banyak menemui
kes sedemikian di kawasan Sandakan, bila saya buat pendaftaran di Dewan
Masyarakat, mereka tunjuk resit burung-burung yang diterima daripada orang di
Bongao.
"Kad itu berbeza
daripada segi rekod nombor sirinya, dan cop Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang
sebenar," katanya, yang merupakan saksi kedua inkuiri hari ini, dan
menambah, pasukannya sahaja menemui sekitar 10 kes seperti itu.
Bongao merupakan daerah yang
terdapat di Pulau Tawi-Tawi milik Filipina yang berhampiran dengan kawasan
perairan Sabah.
Sementara resit
burung-burung adalah dokumen pengenalan yang diberikan kepada warga asing tanpa
izin yang didaftarkan di Sabah pada tahun 80an, sebagai bukti mereka telah
didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad pengenalan.
Macarius merupakan Pegawai
Penyelidik di Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, dan bagi tujuan
mengumpul data pendatang asing tanpa izin berkenaan, beliau dipinjamkan ke JKM
pada 1985.
Beliau bertanggungjawab
merekod dan mendaftar pendatang asing tanpa izin di negeri Borneo itu bagi
tujuan statistik dan kaji selidik terhadap pendatang asing pada masa tersebut
di kawasan Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Sepuluh.
"Saya buat kaji selidik,
mereka (pendatang asing) akan isi borang dan kami akan dapatkan maklumat
lengkap untuk mereka yang datang mendaftar ... Kemudian kami akan keluarkan
resit 'burung-burung' kerana mereka langsung tidak mempunyai dokumen.
Ditanya sama ada dengan memberikan
mereka kad burung-burung berkenaan akan menjadikan mereka rasa mereka boleh
kekal di Sabah, Macarius berkata: "Tidak ... Ia hanyalah pendaftaran
sementara yang menunjukkan mereka tiaada dokumen daripada negara asal."
"Ada juga yang membawa
kad pengenalan meragukan, jadi saya rumuskan mereka dapat daripada majikan
syarikat jadi bukan daripada JKM," katanya lagi.
Laporan berhubung
pendaftaran berkenaan, jelas Macarius akan dihantar kepada JKM dalam tempoh
seminggu sekali.
"Kebiasanya laporan
menunjukkan kawasan kami melakukan pendaftaran, berapa pelarian, berapa
pendatang.
"Bila saya temubual
mereka, ada yang ada kad pengenalan biru, namun cara percakapan mereka bukan
umpama rakyat Malaysia, tapi dia ada kad pengenalan biru, resit sementara, saya
cakap Sulu dengan dia, dia cakap Sulu dengan saya," terang Macarius kepada
panel inkuiri hari ini.
Beliau turut menjelaskan,
terdapat lebih 12 pasukan yang melakukan pendaftaran tersebut dengan setiap
daripada mereka memiliki 12 hingga 13 anggota.
Inkuiri di hadapan bekas
Ketua Hakim Sabah Steve Chim hari ini berehat sebentar dan akan bersambung jam
2 petang nanti. (TMI)
siasat hal ini, mana boleh pendatang dpt kelebihan
ReplyDeleteThis Indian guy should stay prosecuted.
ReplyDeleteDia ni apa la.
ReplyDeleteThis make me mad though.
ReplyDeleteAnggota rela? Teruknya
ReplyDeleteHow could he possibly entering here?
ReplyDeleteMereka ada juga cara untuk masuk ke Malaysia tanpa dikesan.
DeleteImpossible.
ReplyDeletethe RCI must trace the mastermind, otherwise, all the efforts of setting up the RCI itself would be in vain..
ReplyDeleteabove issues should be investigated thoroughly by the RCI panels
ReplyDeleteRCI sudah menggunakan masa beberapa bulan untuk membuat siasatan isu PATI, RCI akan melaporkan atas siasatannya selama tempoh yang diberikan.
DeleteWonder who instructed them to register the illegal immigrants
ReplyDeleteit is good to hear that the Institute of Development Studies Sabah (IDS) is ready to assist the Government find ways to resolve the illegal immigrant problem in the states.
ReplyDeleteBagus juga mendapat sokongan dan bantuan dari benyak pihak.
DeleteHowever, at this point in time, there has yet to be any proposals for IDS to carry out a study on the presence of illegal immigrants in Sabah
ReplyDeleteJPN harus memberi penjelasan ke atas isu ini.
ReplyDeleteAmbil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
ReplyDelete