OLEH: SHAIMON S JUMADI
AHLI Parlimen Sandakan
(DAP) Stephen Wong mengemukakan soalan kepada Menteri Kerja Raya semasa
sesi soal Jawab di Sidang Parlimen mengenai projek Jalan Libaran Bypas
dari Batu 8 hingga ke batu 32 Jalan Labuk Sandakan di bawah Rancangan
Malaysia ke 10 sejak tahun 2011 lagi dan telah dijadualkan akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.
Masalahnya tambah Wong, sehingga kini projek berkenaan belum dimulakan sedangkan sudah
memakan masa dua setengah tahun. Nilai peruntukan sebenar projek dan
wang yang telah dibelanjakan amatlah dikesali kerana tidak diketahui
umum.
Jelas
Wong lagi, malangnya masa diperuntukan untuk persidangan itu tidak
mencukupi untuk di jawab secara lisan oleh Menteri berkenaan. Tetapi
Wong hanya menerima jawapan secara bertulis sahaja.
.
Menteri berkenaan menjelaskan bahawa projek tersebut diluluskan pada bulan Januari 2013, selepas Perdana Menteri balik dari lawatannya ke Sabah pada 16 Disember lalu.
Menteri berkenaan menjelaskan bahawa projek tersebut diluluskan pada bulan Januari 2013, selepas Perdana Menteri balik dari lawatannya ke Sabah pada 16 Disember lalu.
Amat
dikesali, Menteri berkenaan tidak memberi penjelasan bagaimanakah
lawatan Perdana Menteri ada kaitan dengan permulaan projek ini, dan
mengapa ia harus menunggu sehingga tamatnya lawatan Perdana Menteri
tersebut, memandangkan projek ini telah awal-awal diperuntukkan di bawah
Rancangan Malaysia ke-10
Menteri
juga berkata bahawa keseluruhan Jalan Bypass itu adalah sepanjang 25km,
dengan bajet RM370 juta dan reka bentuknya sudah disiapkan pada bulan
Mac tahun ini. Projek tersebut akan dijalankan dalam 4 Peringkat, dan
Peringkat Pertama akan dibuka tender pada September ini dan dijangka
siap awal 2014.
Sekali lagi, kata Wong tiada jawapan tentang mengapakah reka bentuknya hanya disiap pada Mac ini, dan mengapakah projek ini lambat dimulakan – walaupun Wong ada tanya dalam soalan beliau, mengapa projek itu belum dimulakan, sedangkan 2 ½ tahun sudah lalu sejak 2011.
Pada masa yang sama, Stephen Wong Tien Fatt (SANDAKAN)mengajukan pertanyaan kepada Menteri Komoditi dan Perladangan berkenaan status Lembaga Kelapa Sawit Malaysia tidak mengembalikan kutipan SES kepada Plaintiff dan juga semua pembayar SES yang lain dalam Kes Rayuan Sivil No. W-01-248-2010. Mahkamah Rayuan pada 2012 telah memutuskan SES ini melanggar perlembagaan dan tidak sah?

Untuk
maklumat anda, SES tersebut telah dikenakan kepada sesetengah pihak
dalam perindustrian kelapa sawit, tetapi bukan semua. Syarikat-syarikat
kerajaan (GLC) seperti Felda dikecualikan daripada SES tersebut, dan
pengecualian ini telah dikutuk oleh banyak pembayar SES sebagai berunsur
diskriminasi kerana ia telah menambahkan kos para pembayar.
Malangnya, Menteri enggan menjawab soalan ini dengan merujuk kepada Peraturan 23(1g) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, atas sebab Kerajaan telah merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Malangnya, Menteri enggan menjawab soalan ini dengan merujuk kepada Peraturan 23(1g) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, atas sebab Kerajaan telah merayu ke Mahkamah Persekutuan.
No comments:
Post a Comment